KASIH TANPA TEPIAN PART 2
Katil beralaskan cadar biru itu indah sekali terpampang. Nyaman rasanya. Benda pertama aku buat adalah tidur. Lama tidak kembali ke sini. Ke rumah papa dan mama. Bertahun rasanya aku tidak pulang. Bilik ini masih juga serupa. Entah mengapa aku memberanikan diri untuk pulang ke sini setelah sekian lama aku diam di tanah kelahiran ku. Mungkin kerana Farish. Anak kecil yang di bawah penjagaan mama dan papa. Anak kecil yang aku tinggalkan ketika usianya masih tidak tahu apa itu dunia. Keluhan kecil berlabuh. Sampai bila aku harus lari dari kenyataan?
Masih terbayang wajah ceria si kecil melihat kehadiran aku tadi. Jujur aku mengakui, tidak pernah terlintas di fikiran aku bahawa anak itu masih mengenali aku.
"Mama?" Aku tersentak. Entah bila pintu bilik ku terbuka dan wajah tenang itu muncul.
"Ya, Farish?"
Dia datang mendekat. Katil ku ini di cuba panjat.
"Boleh Farish tidur dengan mama?"
Aku diam. Aduhai, tidak sampai hati ku untuk menolaknya. Dia ku tarik dalam pelukan. Tanpa aku sedari rindu yang bertahun itu mengamit kembali. Wajah itu aku kucup seketika.
"Boleh sayang. Tidur dengan mama."
"Terima kasih mama."
Dia menarik selimutnya sendiri. Tangan aku di capai menjadi alas kepala.
Tuhan, apakah aku telah merobek hati anak kecil ini sekian lama? Sungguh aku tak mengerti.
Entah bila lena ku tiba. Malam ini menjadi malam yang cukup lena buat ku.
End of part 2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan