Di
sini aku luah kan cerita, memori antara kita. Memori ini ku gengam kemas agar
aku tahu di mana ertinya nilai dalam hubungan kita. Dan segalanya telah
berakhir, namun kasih ku padamu masih kekal sehingga ke syurga. insyaAllah.
Ingatlah, sayang ku ini demi Tuhanku.
KASIH TANPA TEPIAN
OLEH
NISRINA SYAURAH
Aku
tarik nafas lega. Letih rasanya mata mengadap komputer tanpa henti. Bahu di
urut perlahan. Mata yang layu sedikit segar. Cawan biru di sebelah aku capai.
Belum sempat ku teguk, hanya keluhan yang keluar. Ya, air dalam cawan dah
habis. Aku bangkit dari duduk. Perlahan aku menapak ke pintu bilik. Suasana
hijau menyapa mata.
Ah,
tenangnya jiwa!
Satu
ketika dahulu, seringkali aku di nasihatkan agar melihat pepohon hijau setelah
lama mengadap skrin bercahaya. Demi merelakskan mata katanya. Tapi masalah aku,
selalunya kerja ku habis waktu malam dan yang menyapa hanyalah pandangan gelap
serta cahaya suram. Aku tersenyum nipis. Gerangan siapakah yang sering
menasihati aku menjaga mata. Hakikatnya, aku jelas rabun. Kata kaklong, akibat
seringkali membaca sebelum tidur. Kata abang, bahana mengadap komputer 24 jam.
Kata mak, tu kan keturunan.
Tanpa
aku sedar, bunyi tawa ku tercetus. Entah mengapa aku teringat mereka.
Barangkali sudah lama tidak ketemu.
Telefon
bimbit hitam di atas meja berdering laju. Berasak mahu aku menjawab panggilan.
Jam aku lihat sepintas lalu, baru pukul 10 pagi.
"Nis?"
"
Yup?"
"
I'm going to Aussie."
Eh?
Mimpi apa pagi-pagi ni.
"
Asal? Anything yang aku tak tahu?"
"Farish
tak sihat, Papa dengan Mama kata dia meracau-racau. Aku risau."
"Hmmm..
Kau jaga diri lah. Aku menyusul kemudian."
"
okay, aku tunggu kau kat sana."
"Bagitau
aku apa-apa hal"
"
Rightio."
Talian
di matikan. Pukul 10 waktu malaysia. Maksudnya pukul 12 waktu australia.
Telefon aku pandang sekali lagi.
............
End
of part 1
Tiada ulasan:
Catat Ulasan