Isnin, 13 Jun 2016

Kasih Tanpa Tepian Part 3



part 3




Bau semerbak nasi lemak menghuni rongga hidungku. Ah, laparnya. Mungkin setelah tiba semalam aku tiada selera untuk makan. Baru ku sedar, aku tidak menjamah makanan sedari semalam. Aku mengorak langkah ke dapur. Mama sedang leka menghadap dapur. Bunyi percikan minyak jelas kedengaran. Bau ayam goreng.

"Mama." Mama berpaling ke arah aku. Senyuman di ukir. Tenang rasanya jiwa melihat wajah mama.

Aku merapati mama. Pelukan ku beri. Rinduku tertumpah. Mahu bergenang air mata.

"Nis?"

Tangan mama menyapu air mata yang entah bila menyapa pipi.

"Kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah sedih. Janganlah macam ni."

Aku menggelengkan kepala. Sungguh rindu itu tak terbayang dengan kata-kata. Derhaka kah aku meninggalkan mama bertahun lamanya. Derhaka kah aku bila menidakkan segalanya?

"Sudah, tak cantik dah anak mama ni menangis. Mari duduk. Kita makan ya."

Mama memimpin aku ke meja. Air mata masih lagi lebat di pipi. Mama yang sangat memahami. Mama yang tak pernah menyalahkan sesiapa. Mama yang sentiasa tenang. Oh Tuhan, berdosanya aku.

"Nis?"

Suara Aisyah. Aku palingkan wajah dari Aisyah. Malu. Aisyah tahu aku bukanlah gadis yang mudah mengalirkan air mata. Tapi dengan mama, aku tewas sama sekali.

"Eh, tak malunya menangis." Aisyah ketawa. Mama menjegilkan wajah ke arah Aisyah

" Ai, apa gelakkan Nis pulak. Awak pun sama, semalam pun menangis jugak kan?"

Mama sudah bocorkan rahsia. Pasti Aisyah menangis ketika aku tiada. Wajah Aisyah mudah bertukar masam. Barangkali tidak suka mama memihak pada aku.

"Nis."
" Ya."

Wajah ku masih menunduk. Malu menunjuk wajah pada Aisyah.

"Farish tidur dengan Nis?"

Aku mengangguk. Aku tahu tika ini mama turut memandang ke arah aku.

" Dia datang sendiri malam tadi. Nak tidur dengan Nis."

Mama menarik kerusi sebelah aku. Aku dengar keluhan kecil dari bibir Aisyah.

" Dia tahu bezakan Nis dengan Ai. Dia tahu siapa mama dia."

Tersentak aku mendengar suara itu. Haziq! Sudah berapa lama dia mencuri dengar. Semalam langsung dia tidak berbicara dengan aku. Aku fikir dia masih marah dengan aku. Siapa saja di tempat dia harus marah dengan ku.

Haziq menarik kerusi di depan ku. Panahan matanya cukup merimaskan aku. Sudah aku duga sebentar lagi pasti berdas-das peluru dia tembak ke arah aku.

" Kalau takde yang bercerita, takkan Farish kenal kita. Kalau takde yang provok takde nya Farish nak mengerti sedemikian rupa."

Aisyah menjeling Haziq usai berkata. Ah, pening aku memahami bahasa badan dua beradik ini.

"Sudah, jangan bergaduh. Tak elok. Haziq, panggil papa makan. Nis, panggil Farish turun. Kita sarapan sama."

Aku bangkit menuju ke tangga. Jelingan Haziq ku pandang sepi.

Ah, sudah. Apa lagi dugaan bakal tiba.


End of part 3.

Khamis, 26 Mei 2016

Kasih Tanpa Tepian Part 2

KASIH TANPA TEPIAN PART 2

Katil beralaskan cadar biru itu indah sekali terpampang. Nyaman rasanya. Benda pertama aku buat adalah tidur. Lama tidak kembali ke sini. Ke rumah papa dan mama. Bertahun rasanya aku tidak pulang. Bilik ini masih juga serupa. Entah mengapa aku memberanikan diri untuk pulang ke sini setelah sekian lama aku diam di tanah kelahiran ku. Mungkin kerana Farish. Anak kecil yang di bawah penjagaan mama dan papa. Anak kecil yang aku tinggalkan ketika usianya masih tidak tahu apa itu dunia. Keluhan kecil berlabuh. Sampai bila aku harus lari dari kenyataan?

Masih terbayang wajah ceria si kecil melihat kehadiran aku tadi.  Jujur aku mengakui, tidak pernah terlintas di fikiran aku bahawa anak itu masih mengenali aku.

"Mama?" Aku tersentak. Entah bila pintu bilik ku terbuka dan wajah tenang itu muncul.

"Ya, Farish?"

Dia datang mendekat. Katil ku ini di cuba panjat.

"Boleh Farish tidur dengan mama?"

Aku diam. Aduhai, tidak sampai hati ku untuk menolaknya. Dia ku tarik dalam pelukan. Tanpa aku sedari rindu yang bertahun itu mengamit kembali. Wajah itu aku kucup seketika.

"Boleh sayang. Tidur dengan mama."

"Terima kasih mama."

Dia menarik selimutnya sendiri. Tangan aku di capai menjadi alas kepala.

Tuhan, apakah aku telah merobek hati anak kecil ini sekian lama? Sungguh aku tak mengerti.

Entah bila lena ku tiba. Malam ini menjadi malam yang cukup lena buat ku.


End of part 2.

Rabu, 27 April 2016

Kasih Tanpa Tepian Part 1




Di sini aku luah kan cerita, memori antara kita. Memori ini ku gengam kemas agar aku tahu di mana ertinya nilai dalam hubungan kita. Dan segalanya telah berakhir, namun kasih ku padamu masih kekal sehingga ke syurga. insyaAllah. Ingatlah, sayang ku ini demi Tuhanku.

KASIH TANPA TEPIAN
OLEH
NISRINA SYAURAH

Aku tarik nafas lega. Letih rasanya mata mengadap komputer tanpa henti. Bahu di urut perlahan. Mata yang layu sedikit segar. Cawan biru di sebelah aku capai. Belum sempat ku teguk, hanya keluhan yang keluar. Ya, air dalam cawan dah habis. Aku bangkit dari duduk. Perlahan aku menapak ke pintu bilik. Suasana hijau menyapa mata.
Ah, tenangnya jiwa!

Satu ketika dahulu, seringkali aku di nasihatkan agar melihat pepohon hijau setelah lama mengadap skrin bercahaya. Demi merelakskan mata katanya. Tapi masalah aku, selalunya kerja ku habis waktu malam dan yang menyapa hanyalah pandangan gelap serta cahaya suram. Aku tersenyum nipis. Gerangan siapakah yang sering menasihati aku menjaga mata. Hakikatnya, aku jelas rabun. Kata kaklong, akibat seringkali membaca sebelum tidur. Kata abang, bahana mengadap komputer 24 jam. Kata mak, tu kan keturunan.
Tanpa aku sedar, bunyi tawa ku tercetus. Entah mengapa aku teringat mereka. Barangkali sudah lama tidak ketemu.

Telefon bimbit hitam di atas meja berdering laju. Berasak mahu aku menjawab panggilan. Jam aku lihat sepintas lalu, baru pukul 10 pagi.

"Nis?"
" Yup?"
" I'm going to Aussie."

Eh? Mimpi apa pagi-pagi ni.

" Asal? Anything yang aku tak tahu?"
"Farish tak sihat, Papa dengan Mama kata dia meracau-racau. Aku risau."
"Hmmm.. Kau jaga diri lah. Aku menyusul kemudian."
" okay, aku tunggu kau kat sana."
"Bagitau aku apa-apa hal"
" Rightio."

Talian di matikan. Pukul 10 waktu malaysia. Maksudnya pukul 12 waktu australia. Telefon aku pandang sekali lagi.

............
End of part 1

Rabu, 1 Januari 2014

Friendzoned.


Bismilah
secara jujurnya, cerita ini bukan 100% my idea.. based on true story and diolah sesedap laksa
oleh saya. Maka secara harapannya di harap anda terima lah dengan hati yang tenang. :)

Credit To
Allah yang memberi Ilham :)
SCI Industries, sbb buat contest ni. Sangat teruja pada mulanya. haha.
Syahirah Omar. aka Cheyya, sbb sebarkan berita tentang contest ni.
Elly Nadhirah, dia yang bersama merangka cerita
Dia, tuan punya kisah yang sebenar. thanks for this epic story (poyonya ayat aku)
and Anda, the readers. This is yang terilham buat anda

Dari DIA ia datang dan kepada DIA ia pulang. :) May Allah Bless.




“ Let’s just be friend. That more than enough.”

Dejavu. Sungguh hatinya terasa terhempap dek meteor yang terbabas entah dari planet mana. Ada rasa sebak yang tiba. Tanpa di sedari, ada permata mengalir dari celah mata. Hilang macho bro!

******

“ Lepak jom!” 

Pergh. Ni belajar bagi salam ke idak?

“ Kau kalau tak jerit kat telinga aku tak boleh kan?” Marrissa mengosok perlahan telinganya. Berdesing seh!
Ajad tampal sengih. Kerusi di depan Marrissa di huninya.

Habit lah babe.”

“ Banyaklah kau!”

Buku rujukan Kimia itu kembali di selak. Pergh, apahal pulak soalan ni tetiba macam melencong ke tempat lain. Ajad yang memerhati wajah yang penuh teliti membelek buku rujukan itu masih tersengih.

“ Ajad, kalau kau datang sekadar nak tayang muka kau yang sama spesis cam kerbau kat tengah sawah tu, baik kau blah.”

“ Ceh, aku handsome kalah Jonathan Putra, kau boleh samakan dengan kerbau? Hampeh betul. Aku rasa Pak cik Azman kena bawak kau pergi check mata lah. Sah rabun kambing.”

Marrissa mencebik. Dah tak nak tolong. Siap main kutuk orang lagi. Eh Marrissa, tadi tu bukan kau kutuk dia jugak ke? Hehe.

“ Ni aku malas ni. Tetiba je kau boleh sengih sorang-sorang. Kau asal? Lupa makan ubat lagi ke?”

“ Diam lah Ajad. Sini cepat tolong. Apa pasal soalan ni over sangat?”

Marrissa menolak buku latihan yang berada di hadapannya kepada Ajad.

“ Soalan simple pun tak boleh jawab. Ni macam mana nak SPM ni? Ke laut la jawabnya.”

“ Choi! Doa lah baik-baik.”

Marrissa menarik muka. Ajad tayang sengih.

“ Alah, merajuk pulak. Yalah sayang, intan payung batu permata Pak Cik Azman. Meh, aku tolong. Sila berterima kasih ya?”

“ Yalah.”

“ Yalah je? Bagi lah pisang goreng ke, Nasi Lemak Mak Minah ke.”

“ Yalah,yalah.”

“ Okay deal.  Sini aku tunjuk.”

Ada senyuman yang terukir di bawah sedar. Manis bak madu. Cantik bak bunga. Indah bak permata. Cehwah, ayat tak boleh blah.

*****

Bantal kekabu itu di tepuk perlahan. Tangan kanan menahan kuap. Jam berdetik menunjukan pukul 1 pagi. Mata yang kuyu mohon agar lenanya tiba secepat mungkin. Belum sempat mimpi menyapa datang pulak bunyi burung berkicauan tanda mesej masuk. Hish, anak siapa lah yang suka mintak kasut masak lemak ni!

-Lapar lah -.-

Pergh, lapar pun nak cakap ke? Pergi mampus sana. Aku nak tidur pun tak senang. Memang kau sarapan kasut goreng cap kapal lah!

+Rebus buku add math kau sana~

Ajad yang sedang meneguk air sirap bandung itu sedikit tersembur membaca mesej Marrissa. Pergh. Mana dia tahu buku AddMath aku dah ‘selamat’ dalam periuk mak aku ni? Hampeh punya member.

-Kau skodeng aku ea? Mana kau tahu buku aku dah ‘selamat’

Marrisa tergaru-garu seketika. Ni apa kes pulak dah? Sah sewel 10 minit ni.

+Kau asal? Buang tebiat? Yang pergi buat betul2 kenapa?

Cawan bekas air bandung itu di bawah ke singki. Jemari laju membalas mesej yang baru 45 saat di baca.

-Adik aku main-main. Entah macam mana buku aku dah tercampak dalam sup mak aku. Masa nak makan tadi mak aku baru perasan. -.-‘

Marrissa ketawa terbahak-bahak. Hilang kesopanan melayu melakanya.

+Kau bab menipu nombor satu kan? Tak caya aku. Dah aku nak tido. Pergi main jauh2 sana.

Pintu bilik di tolak perlahan. Takut menganggu isi rumah. Bibir mengukir senyum membaca pesanan ringkas gadis bermata bundar itu.

-aku cakap betul lah. Ingat aku memain ke? Dah lah pergilah tido. Siapalah aku ni....

Sudah.. merajuk pulak anak mak seorang ni.

+ Yalah, Ajad. Aku tahu kau berkata benar sekali. Arakian, mataku yang cantik bak mata kucing parsi milik tok aku kat kampung seberang tu dah tersangat penat melayan kerbau kat sawah yang memalam buta menganggu hidup orang ni. Makanya, izinkan beta melelapkan mata ya. Esok beta akan menemui hamba ya.. Dah sana tido. Night!

Hah! Amik kau. Penuh sopan aku taip punya. Dah mata, jangan kau layan kan si Ajad ni. Esok terlepas subuh bukan dia yang kena jawab nanti. Tidur Marrissa. Tidur.

Ajad hanya tersengih. Marrissa, Marissa. Entah mengapa hatinya senang melayan gadis bermata bundar itu. Berkawan. Berteman. Bermain. Bergelak ketawa. Senyum. Masam. Adakala pahitnya juga terasa. Itu namanya persahabatan. Indah bukan?
Malam melabuh tirai. Menapak sang waktu menanti fajar tiba. Episod baru bermula lagi.

*****

Ajad tarik muka. Menyampah. Sakit Hati. Nak termuntah. Segala macam yang dirasainya apabila melihat Hairul yang berada di pintu belakang kelasnya. Nak usyar si Marrissa ler tu. Cubalah cari awek lain. Dah clash buat lah cara clash. Sibuk nak mencantumkan balik kain koyak apa hal?

“ Ajad!” Ajad hanya angkat kening membalas panggilan Hairul. Tak layan kang, kata aku pilih kasih. Layan, ter-over lah pulak mamat ni.

“ Mar mana?”

“ Mana aku tahu. Aku bukan babysitter dia.”

Hairul sengih senget. Pura-pura terasa. Hakikatnya? Kau tanya jelah.

“ Sorrylah. Kau kan bestfriend dia. Mesti dia cakap kalau nak kemana kan?”

“ Entah, pergi cari pakwe baru agaknya.” Ajad menyelak helaian buku Fizik yang sudah kusam itu. Dalam hatinya berkontena-kontena sumpahan ‘hadiah’ terindah buat Hairul.

“ Wei.”

“ Apa?”

“ Aku handsome tak hari ni?”

Pergh. Tak agak-agak soalan mamat perasan ni.

“ Aku handsome lagi.” jawabnya malas. Memang tahap dewa punya malaslah.

“ Alah, aku tahu kau segan nak puji aku.” Okay, bak sini 100 gelen punya saiz baldi. Aku tak sabar nak muntah.

“ Ajad!” Lagi satu anak bujang Pak Hatam dah memekak panggil orang.

“ Apa??” Laungnya menyahut.

“Mashmallow!” Eh?

“ Mana?”

“ 5 Beta!”

“ Okay!”

Terima kasih Wahai Hamidi kerana menyelamatkan aku dari mamat perasan ni.

“ Aku keluar jap. Kau kalau nak lepak. Lepak lah. Aku lambat lagi kut. Cikgu Kasim memang tak masuk kelas hari ni.”

Hairul hanya mengangguk. Ajad bangkit menuju ke pintu hadapan. Keluar saja kelas terus dia menarik nafas lega. Pergh. Memang tenang setenangnya dunia aku sekarang. Kakinya melangkah menuju ke 5 Beta. Tangan di masukkan ke dalam poket seluar. Gaya-gaya macho lah konon.
Kelas 5 beta agak tenang berbanding kelas Alpha. Kelas si Hairul tu Sigma, sebelah belakang kelas Ajad. Kelas Beta tingkat atas. Jadi mestilah Hairul tak naik atas. Baik punya tempatlah kau lari Marrissa. Nasib Hamidi nak turun. Boleh sampai pesan. Marrissa yang duduk di hujung tepi tingkap elok berbual dengan Syuhadah. Kerusi kosong di sebelah Marrissa di tariknya.

“ Asal?”
Marrissa yang menyedari kedatangan Ajad dari awal hanya memandang sepi.

“ Tak ada apa. Aku malas balik kelas. Apa budak tu nak?”

Faham dengan pertanyaan Marrissa, Ajad lantas menjawab.

“ Cari cinta sejati dia.”

“ Geli lah, Jad.”

Ajad ketawa perlahan. Kelas orang. Nanti karang ada yang kena baling kerusi, siapa nak tanggung.

“ Serius lah wei. Kau layankan jelah dia. Berabad dia menanti kau.”

Marrissa hanya mencebik mendengar kata-kata yang muncul dari bibir Ajad. Kalau aku suka dia tak apa lah Ajad. Ni aku dah suka kat orang lain. Cik Hati ni tak faham bahasa sikit. Kalau dah suka. Suka lah jugak. Nanti kalau dah tak suka, Sampai kesudah tak suka.
Melihat Marrissa hanya diam tidak menjawab membuat hatinya sedikit gusar.
Syuhadah yang tadi elok berbual dengan Marrissa turut terdiam. Nampak macam si Mar ni dah touching semacam. Baik aku diam. Ajad menghembus nafas perlahan. Susah kalau Marrissa dah melayang entah kemana.

“ Marrissa Faqihah.”

Entah mengapa wajahnya di palingkan dari memandang Ajad. Dia tahu Ajad serius bila memanggil nama penuhnya.

“ Ajad Rifqi.”

Ajad mengukir senyum. Entah mengapa hatinya tiba-tiba redup tatkala mendengar suara Marrissa menyebut namanya. Seperti menyedarkan dia dari mimpi yang  panjang.

“ Bukan dia yang ada. Dan bukan dia yang hadir. Aku tahu apa yang aku nak. Aku tahu apa yang  aku rasa. Cuma bukan dia. Aku tak nak sia-sia kan hidup untuk main-main.”

Ajad menggangguk tanda faham. Gula-gula kopiko yang diam di dalam poket baju kemejanya di keluarkan lalu di berikan kepada Marrissa.

“ Manis dan pahit.” Senyuman manis di lemparkan.

Marrissa turut ikut senyum. Kopiko selamat masuk mulut.

“ Dah jom, jangan nak melepak kat kelas orang. Semak je.”

Senyuman bertukar menjadi cebikan. Hampeh punya kawan.

*****

Bola berwarna oren itu selamat masuk jaring. Petang semakin melabuhkan tabirnya. Peluh yang mengalir tidak dipedulikan. Dia kembali membuat balingan sekali lagi. Dada berombak laju. Entah mengapa. Hatinya sangat kecewa. Ibarat jatuh ke dalam gaung yang sangat dalam. Jatuh bertimpa-timpa. Terasa perit yang amat. Salahkan dia merasakan rasa itu. Bukan dia yang meminta. Namun, entah mengapa jiwanya terasa di robek begitu saja. Persahabatan memang lebih indah dari percintaan. Dia akui itu. Dia tidak mahu merosakkan persahabatan yang terbina kukuh sekian kalinya. Balingan terakhir kembali berpaling ke arahnya. Dia jatuh terduduk. Hatinya ikut terduduk. Wajah gadis bermata bundar itu muncul dalam bayangan.  Wake up Ajad. Duduk dalam realiti dunia. Tetapkan hati kau. Jangan menyerah. Dia bukan milik kau.

“ Kenapa main sendiri?”

Ajad berpaling. Hamidi memandang dengan kening yang terangkat. Ajad bukan kat atas. Dia kat bawah. Roda Ajd tengah berputar tak tentu hala. Hamidi melangkah mendekati Ajad. Ajad yang tenang nampak serabut. Ajad yang hanya tahu gelak dan tawa, senyum dan sengih itu jelas terlihat kesan berair di matanya.

“ Kau kenapa? Pelik je aku tengok.” Hamidi cuba menebak. Ajad tak suka cerita masalah kat orang. Dia suka simpan sendiri. Hamidi akui semua itu. Namun dia tetap ada tugas sebagai sahabat.

“ Kau sedih pasal Hairul?”

“ Mana ada.”

“ Aku nampak Ajad. Jangan tipu aku. Marrissa kau boleh tipu. Tapi aku nampak semua.”

“ Kalau kau dah tahu kenapa kau tanya.”

“ Aku tak nak kau simpan.”

Ajad mengetap bibir. Dengan Hamidi dia memang tak pandai nak menipu. Terbias segalanya.

“ Hairul betul. Aku yang kacau hal dia dengan Faqihah. Aku tak patut campur urusan dia orang. Siapa lah aku ni. Orang ketiga je.”

Hamidi tersenyum mendengar luahan Ajad. Bukan selalu kau nak tengok Ajad serabut tahap tak ingat punya.

“ Siapa Marrissa Faqihah pada kau?”

Air liur terasa tersekat di kerongkong. Err..

“ Kawan. Teman. Aku tak tahu lah..”

“ Kau tolak hakikat. Kau tahu jawapan. Tapi kau nafikan.”

“ Tak! Aku tak nak serabut kan diri aku dengan hal ni. Kau pun faham aku kan!” Dia meninggikan suaranya.

“ Aku ada je kat sebelah kau. Tak payah jerit bagai. Aku tahu lah.”

Ajad kembali tunduk.

“ Lepaskan dia dari terikat. Lepaskan semua benda yang kau rasa terbeban. Kita muda lagi. Banyak lagi yang kita kena tempuh. Cinta ni mainan masa muda. Dugaan dalam masa kita nak belajar membesar. Dah lah tu. Fokus kat SPM yang lagi sebulan ni lagi bagus. Aku tak nak SPM kau lingkup. Kau ada masa depan yang terang.”

Ajad mengangguk tanda memahami. Betul. Masa depan lagi penting dari benda remeh temeh ni. Okay, hiraukan. Wahai Encik hati, mari bersama kita meninggalkan yang semalam. Lembaran baru harus di tebarkan.

*****

Marrissa memandang Ajad yang sedang menulis di bukunya. Ajad dah jadi pendiam. Ajad dah tak banyak cakap. Ajad tiba-tiba tukar jadi orang lain. Ajad dah tak mengusik macam dulu. Dah tak ada lagi mesej tanya soalan pelik-pelik. Atau sebagainya. Ajad, kenapa?

Jika ikut rasa hati yang memberontak untuk dia mendekati Ajad, mesti tak di layan. Dua tiga hari lepas pun Ajad macam tu. Marrissa jadi pelik. Dunia mana yang dah Ajad jumpa sampai boleh kena sampuk macam ni.

Tanpa Marrissa sedari ada mata lain yang merenung tanda tidak puas hati. Kalau aku tak dapat kau, budak tu pun tak dapat kau. Kau dah mainkan hati aku. Jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu je. Be ready Marrissa. Ada bom atom yang tunggu masa nak mendarat.

*****

“ Ajad.”

Ajad tekun memandang buku.

“ Ajad. Aku cakap ni.” Marrissa mula naik darah. Melampau lah. Dah lah call tak angkat. Mesej tak balas. Orang susah-susah menapak pergi rumah dia. Boleh buat muka selamba je tak layan.

“ Apa.”

“ Kenapa tak angkat call?”

“ Phone silentlah. Kan sibuk nak study. SPM kan minggu je lagi.”

“ Tapi takkan langsung tak ada masa nak cakap dengan aku.”

Marrissa mula memegang hujung tudung. Geramnya!

“ Alah, kau pergi je lepak dengan orang lain. Bukan tak biasa.”

Marrissa diam seketika. Sungguh semua dalam otak ni terasa nak meletup macam gunung berapi kat Indonesia je. Apa nama gunung tu? Aku tak ingat lah pulak. Ah, pedulikan. Perhitungan harus di selesaikan!

“ Habis tu, kenapa kau macam mengelak dari aku? Aku ada buat salah kat kau? Cuba cakap. Aku sakit hati lah kau buat aku macam ni. Dah dekat sebulan ni. Kau buat endah tak endah je. Takkan pasal SPM kau nak jadikan alasan.”

Ajad mendengus perlahan. Buku di hadapannya memang tinggal tulisan kosong. Otak tak mampu menghadam segalanya.

“ Dah lah tu. Kau balik je. Pergi study dengan Syuhadah ke siapa ke. Aku sibuk okey.”

“ Salah ke aku nak belajar dengan kau. Salah? Aku ni siapa ya pada kau? Bila kau suka kau panggil aku. Bila tak suka kau campak jauh-jauh macam tu?”

Sungguh kemarahannya sampai tahap maksima. Dia sudah tidak mampu bersabar. Kalau tak nak kawan lagi cakap lah. Tak payah nak buat macam aku yang terhegeh-hegeh dekat dia! Sakit pulak hati aku!

“ Baliklah Marrissa. Pergi tenang kan fikiran kau.” Ajad masih tenang. Tenang menahan rasa.

“ No! I need your explanation! Who am I?! WHO??!!”

“ Kawan! Kau kawan aku je. Puas hati kau? Kita kawan je. Tak lebih dari tu. Kau bukan awek aku yang kena ambil tahu detail pasal aku. Kau tak payah nak susah-susahkan diri kau fikir pasal aku. Kita kawan je. Kau pergi lah. Balik. Aku tak nak nanti apa pulak kata Hairul. Aku malas nak layan semua ni. Just go home Marrissa. Balik tenang kan otak kau. Aku mintak maaf okay. Aku tak sakitkan hati kau. Tapi kau yang mintak semua ni.”

Suara yang sedari tinggi pada mulanya kendur sedikit. Ada butir permata yang mengalir deras. Sungguh Ya Allah. Beginikah pengakhirannya.

“ Jadi, Hairul lah punca kau macam ni. Mamat tak guna tu?” Air mata di kesat kasar. Tak guna kau Hairul!

“ Kau kawan aku, aku nak kau bahagia. Aku tahu Hairul cemburu tengok kau dengan aku. Kita kawan macam biasa jelah.”

“ Nope! Aku sayang kau. Aku suka kat kau. Aku dengan Hairul tu tak ada apa-apa langsung. Kau pun tahu kan! Kenapa sebab dia kita kena macam ni. Aku tak nak macam ni. Kita baik macam dulu please?”

Ajad menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara. Sungguh pengakuan seorang Marrissa Faqihah cukup membuat hatinya berdolak dalih. Marrissa Faqihah, kenapa kau buat aku macam ni.

“ Okay, look. Balik. Tenangkan hati kau. Lupakan je apa yang jadi ni okay. Just focus on your SPM.”

“ Tapi...”

“ Marrissa Faqihah. Kita kawan okay. Just friend. Aku mintak maaf. Even tak ada Hairul sekalipun. Tetap aku anggap kau kawan aku. Not more than that.”

Marrissa terus berpaling dan melangkah pergi. Sampai hati kau. Kau tak tahu ke Ajad yang aku sayang sangat kat kau. Lepas apa yang kita lalui. Kau boleh nak buang aku macam tu aje. Ya Allah. Sakitnya hati aku!
Ajad diam tidak terkata. Terasa hatinya tersiat melihat butiran air mata membasahi pipi si gadis. Langkahan gadis itu hanya di hantar dengan pandangan mata. Kakinya kaku. Lidahnya kelu. Untuk sekian kalinya dia terduduk. Maafkan aku, Marrissa.

******

   Hamidi dan Syuhada nyata terkaku dengan adegan yang berlaku di hadapan mereka.  Masing-masing seolah sedang memproses situasi yang sangat janggal. Baru tadi Hamidi berjalan bersama Ajad menuju ke kelas Alpha. Manakala Marrissa bersama Syuhada keluar dari kelas Alpha menuju ke arah tangga. Pertama kali melihat Ajad berpatah balik ke arah Beta dan Marrissa berpatah ke Alpha. Sungguh mereka terasa sesuatu. Ajad dengan Marrissa gaduh ke?

“ Kau tahu?” Hamidi menyoal Syuhada yang masih setia di depannya.

“ Ajad tak cerita?”

Hamidi mengeleng perlahan.

“ Kau tanya lah Ajad. Aku tak berani cerita. Takut Mar marah lah pulak.”

“ Oh, okay.”

“ Aku lepak Alpha kejap.” Syuhada berpaling dan kembali menuju ke arah Kelas Alpha. Hari terakhir nak lepak kat kelas. Lusa dah mula nak berpangkalan depan dewan. Kelas dah jadi milik junior dah.
Hamidi juga menapak kembali ke kelasnya. Wajah selamba milik Ajad yang leka di tempat duduk Hamidi itu di tenung dari jauh. Ajad, Ajad. Apa kau dah buat kat anak dara orang ni.

“ Ready to story?”

Ajad tayang muka endah tak endahnya. Ceh, bajet aku nak share lah tu. Hamidi tersenyum nipis. Ego Ajad. Ego.

“ Anak dara orang Ajad. Sebelum Pak cik Azman...”

“ Dia confess.”  

Hamidi terdiam. Celahan yang Ajad lakukan membuat dia tergamam. Dia buat apa? Ulang balik boleh. Ajad menjeling wajah Hamidi seketika. Pulak dah.

“ Dia cakap dia suka aku.”

Oh, okey, sila hadam Hamidi. Ini kes berat ni.

“ Kau cakap apa.”

“ Cakap apa. Cakap lah yang aku dengan dia kawan.”

“ Kau biar betul? Kau bukan suka dia ke?”

Jeda  seketika. Ajad memandang keluar.

“ Aku tak tahu. Feeling aku kat dia jadi zero bila dengar apa yang Hairul cakap dulu.”

Hamidi diam jugak. Susah pulak Ajad ni. Ego betul.

“ Kau betul ke Ajad? Aku macam tak percaya.”

“ Aku malas nak fikir lah Midi. Biarlah kisah ni habis kat sini. Paling penting sekarang, SPM.”
Hamidi mengiakan di dalam hati. Betul, tapi anak dara orang yang terluka tu siapa yang rawat?

“ Kau nak buat apa sekarang?”

Ajad menarik nafas sebelum membalas.

“ Stay away from her. Cukuplah setakat ni. Aku tak larat nak bagi dia terluka.”


*****

Angin petang menampar pipi. Marrissa tenang memandang sawah. Awan redup seolah memahami erti jiwa yang memerlukan ketenangan.

“ Adik akak ni asyik termenung je sejak balik sini.”

Marrissa sedikit terkejut dengan kehadiran si kakak.

“ Tak ada apalah kak.”

Luthfia duduk berdekatan si adik. Perubahan sikap Marrissa membuat dia tertanya-tanya. Tempoh hari ibu ada cerita yang Marrissa menangis. Tapi ibu kata, sebab nak SPM kut. Ibu pun tak lah kacau.

“ Lama tak dengar cerita Ajad. Selalunya berlambak cerita pasal Ajad kalau jumpa akak.”

Marrissa tunduk seketika sebelum kembali memandang ke depan. Lidah seakan kelu mendengar nama itu. Hampir sebulan mereka menyepi. Tiada lagi gelak tawa. Mahupun kongsi cerita duka.

“ Siapa Hairul?”

Eh, mana pulak kakak dengar pasal mamat tu?

“ Mana kakak kenal dia?”

“ Kakak tak kenal. Tapi tadi dia call Tok. Itu yang kakak tanya.”

“ Dia call Tok? Takkan lah.”

“ Sebenarnya dia nak cakap dengan Marrissa. Tapi bila Tok yang angkat, Tok tanya lah siapa? Tok sekolahkan kejap. Tu yang tak jadi cakap dengan adik tu. Tok cakap kat kakak, Kalau Ajad tu Tok kenal lah. Ni Hairul Tok tak kenal. Tu yang Tok tak bagi cakap dengan Marrissa.”
Oh, steady lah Tok. Mana lah dia tu dapat nombor rumah Tok ni. Hish. Buat semak je.

“ Marrissa belum jawab soalan kakak.”

“ Tak ada apa kak. Marrissa dah tak kawan dengan Ajad.” Ranting kayu di ambil lalu tanah di sisi dikuis perlahan. Kakak kita tak payah cerita pasal dia lagi boleh tak? Sakit lah hati ni.

“ Marrissa tak cerita kenapa? Tak nak kongsi?”

Marrisa geleng perlahan. Bukan sekarang.

“ Marrissa tahu Marrissa bukan baik sangat . Marrissa bukan macam kakak. Bukan macam Syuhada. Tapi Marrissa still ada hati jugak.”

Luthfia mengukir senyum. Tanpa dia sedari masa berlalu dengan pantas. Marrissa bukan anak kecil lagi. Marrissa dah besar.

“ Marrissa pernah tanya kenapa Marrissa rasa yang akak ni baik? Sedangkan Marrissa tahu kita semua ni sama je.”

Marrissa diam. Otak mampu berputar memikir. Ada skru yang tertanggal barangkali.

“Marrissa pernah tahu kenapa ibu, ayah, Tok dengan kakak panggil Marrissa dengan Marrissa. Bukan dengan Mar atau Rissa?”
Marrissa mengeleng. Dia sendiri tidak perasan. Selama ini memang dah terbiasa menggunakan Marrissa sebagai bahasa pengganti diri.

“ Marrissa bermaksud gadis yang penuh sopan santun. Waktu dulu, Tok selalu cakap. Apa yang kita panggil seseorang itu umpama doa buatnya. Bila kami memanggil Marrissa, bermakna kami berharap Marrissa ialah gadis yang penuh sopan santun.”

Oh, kau rasa lah Marrissa kau ni penuh sopan santun tak? Oh. Sentap sekejap.

“ Faqihah pula bermaksud cerdik. Ibu dah ayah sellau berharap supaya permata dia ni seorang gadis yang penuh sopan santun dan cerdik. Marrissa tahu kenapa kakak bangkitkan isu ni?”
Marrissa mengeleng. Rasa ingin tahu semakin membuak-buak.

“ Marrissa cakap yang kakak baik. Tapi Marrissa kena ingat kita adalah diri kita yang kita bawa kemana sahaja. Sama macam Marrissa. Marrissa cerdik. Marrissa sopan. Marrisa miliki semua tu dan kenapa Marrissa masih berasa rendah diri dengan semua itu? Marrissa tahu tak, kalau nak jadi baik itu bukan dengan cakap sahaja? Allah dah janji yang kalau kita ubah nasib kita sendiri maka kita akan berubah. Allah takkan ubah kita kalau kita tak ubah diri kita dulu.”
Okay, ini sentap. Wajah milik kakaknya itu di pandang perlahan. Marrissa tak tahu. Marrissa rasa lost sangat-sangat.

“ Tak ada yang terlambat tentang taubat. Kakak pun bukan baik sangat. Kakak cuma nak jadi lebih baik.”

“ Kakak rasa, Marrissa ni teruk ke?”

“ Adik kakak langsung tak teruk. Cuma dia di belenggu oleh perasaan dia sendiri. Kenapa? Marrissa rasa yang Ajad tak suka Marrissa sebab Marrissa teruk macam tu?”

Jujur dia akui, memang itu yang muncul di benaknya. Dia tidak cukup baik untuk Ajad. Ajad baik. Sebab tu Ajad tolak dia.

Luthfia tersenyum. Gitu rupanya.

“ Mungkin bukan Ajad yang Marrissa perlukan. Ajad mungkin cuma satu ujian dalam tempoh Marrissa belajar mengenal dunia. Ada hikmah semua benda yang Allah tentukan.”

Marrissa menelan air liurnya. Ujian? Sungguh dia terlupa nikmatnya yang datang berduyun-duyun. Bila di timpa resah sebegini rupa. Dia seolah melupakan yang di atas sana.

“ Marrissa tak tahu nak buat apa.”

Luthfia masih dengan senyuman yang tidak lekang.

“ Back to Him. DIA Maha Mengetahui dik.”

Ada senyuman yang terukir.

“ Thanks kakak. Love you.”

“ Love you to adik.”

Tubuh Luthfia di peluk kejap. Indahnya bila rasa di sayangi.

“ Tapi, apa maksud nama kakak? Luthfia Farha.”

  Gadis yang lembut serta mengembirakan.”

Dan Marrissa mengakui. Kakak sentiasa mengembirakan.

Dan ada cerita di balik tawa. Ada hikmah di balik duka.


*******

Buku setebal dua inci itu di letakkan di rak di hadapannya. Perlahan tangannya mengusap mata. Letih bertimpa-timpa rasanya. Dengan kuliahnya, tutorial lagi. Tu tak termasuk dengan projek tambahan lagi. Hampir setahun meninggalkan zaman persekolahan. Dan dalam tempoh yang sama juga dia menetap di kolej ini. Tahun persediaan sebelum dia berjaya terbang ke negara orang. Hampir setahun juga dia melupakan segala peristiwa pahit yang pernah melakari minda.

“ Tak tidur lagi?”

Marrissa sedikit tersentak. Wajah Syuhada yang hadir di muka pintu di balas dengan senyuman.

“ Baru habis study. Nak tidur ni. Awak tak tidur lagi?”

Syuhada melabuhkan punggung di birai katil bujang milik Marrissa.

“ Belum, saja jenguk awak kejap.”

“ Kenapa?”

“ Nak mintak tolong sikit?” Wajah Marrissa di tenung dengan penuh mengharap. Marrissa senyum nipis. Ada-ada je si Syuhada ni.

“ Apa dia? Cakaplah. Macam tak biasa.”

“ Malam nanti kejut kita boleh? Nak qiam lah. Takut tak sedar.”

Oh, ingatkan apa lah tadi.

“ InsyaAllah. Boleh je. Tapi kita jemaah boleh?”

“ InsyaAllah. Boleh jugak.”

Senyuman mengambarkan rasa. Bahagia yang sukar di ungkap. Terima Kasih Ya Allah atas apa yang telah KAU berikan buat hamba-Mu ini.

“ Okay, saya balik bilik dulu. Kejut tau.” Syuhada bangkit menuju ke pintu.

“ InsyaAllah.  Awak pun sama. Kalau terjaga kejutkan saya sekali ya?”

“ InsyaAllah. Selamat malam Marrissa. Assalamualaikum.”

“ Malam jugak. Walaikumsalam.”


******

Bersepah. Ni kalau mak tengok ni mesti kena bising berabad. Maaf lah mak. Anak teruna mak ni memang tak menyempat nak bersihkan bilik.  Alat tulis di meja di kemaskan sedikit. Matanya jatuh pada bingkai gambar di sisi meja. Gambar mak dan abah tersenyum. Di sebelahnya gambar dia bersama Hamidi. Gambar terakhir sebelum  Hamidi ke Turki beberapa bulan lepas. Planner yang elok terletak di meja di capai untuk di susun ke rak. Ada helaian berterabur sewaktu dia mencapai planner tersebut. Sekeping gambar menyapa matanya. Entah mengapa ada rasa sebak yang hadir. Ya Allah, inikah petanda rindu.
Dia mengambil kepingan gambar tersebut lalu kembali di selitkan bersama kertas-kertas yang bertaburan tadi. Setahun dia menahan rasa. Setahun dia  membiarkan kisahnya tergantung begitu sahaja. Salahkah dia menjauhi gadis yang pernah bersusah payah bersamanya? Salahkah dia andai menapak jauh dari gadis itu adalah yang terbaik buat dia? Namun harus dia akui. Ada getar yang hadir. Ada gusar yang tiba. Entah mengapa dia meraba hatinya. Mencari tempat di mana letaknya nilai rasa itu sendiri. Perbualannya bersama Hamidi beberapa minggu sebelum Hamidi berangkat, terlayar seketika.

“ Aku dah tahu semua.”

Ajad memandang Hamidi yang sedang termenung itu.

“ Kau tahu apa?” Dahi mulai berkerut. Apa si Hamidi ni merepek petang-petang ni.

“ Hairul. Dia dah cerita semua.” Bila nama lelaki itu di sebut hatinya agak bergelora. Rasanya gelombang 
kemarahan semakin memuncak. Wajahnya masih tenang.

“ Pasal apa?”

“ Marrissa Faqihah.”

Hampir terjatuh gelas di tangan mendengar nama gadis itu. Buat sekian kalinya. Nama itu seakan sedang menari-nari di ruangan minda.

“ Marrissa memang langsung tak ada relay dengan Hairul, Apa yang Hairul cakap dnegan kau dulu semua 
tipu belaka. Dia dengki sebab Marrissa pernah terus-terang dekat dia yang dia memang suka kat kau. “
Sengih senget ditampal di bibir.


“ Kalau tipu, habis tu sms tu semua pun tipu jugak lah? Terang-terang sms itu di hantar dari phone Marrissa.”
Hamidi memandang wajah Ajad sekilas sebelum menyambung.

“ Kau tak percaya?”

“ Bukan tak percaya. Cuma susah nak percaya.”

“ Ingat tak, Marrissa pernah cakap phone dia hilang?” Ajad cuba membuka kotak minda. Mencari-cari 
waktu dan tika peristiwa itu berlaku. Almaklum, Ajad ni pelupa sikit. Itulah, banyak makan semut gamaknya. Tiba-tiba, dia seakan tersedar. Ya Allah. Aku dah kena tipu.

“ Maksudnya, masa tu Hairul yang ambil dan buat semua helah tu?”

Hamidi mengangguk perlahan. Ajad tiba-tiba banggun.

“ Mana mamat tak guna tu sekarang? Memang mintak penumbuk aku lah dia tu!”

“ Sabar Ajad. Duduk dulu. Hairul dah tak ada pun. Dia dah pindah.”

“ Pengecut!”

Hamidi mengeleng perlahan. Nasib lah dia tak bagi Hairul jumpa Ajad. Kalau tak, mahu pecah muka si 
Hairul tu nanti.

“ Sebab aku tahu kau macam ni lah aku tak bagi si Hairul tu jumpa kau. Nanti kalau dia masuk hospital siapa yang susah?”

Ajad beristghifar di dalam hati. Sungguh hatinya sakit. Dia mengkhianati persahabatannya bersama Marrissa hanya kerana tertipu dengan Hairul, mamat tak guna tu. Dia mempergadaikan hati seorang gadis yang tulus meyukai dia. Dia menafikan sebuah rasa hanya kerana tidak mahu segalanya seakan berubah. Namun percaturannya membawa padah. Sehingga kini, dia hilang terus dari hidup si gadis bermata bundar itu. Saat ini hanya kemaafan yang mampu dia pinta. Maafkan aku, Marrissa.

Deringan telefon menyedarkan Ajad. Nama si pemanggil di pandang sekilas sebelum menjawab.

“ Assalamualaikum mak.”

“ Waalaikumsalam. Ajad sihat?” laju maknya bertanya.

“ Sihat mak. Mak sihat? Kenapa mak tak tidur lagi ni.”

“ Mak sihat Alhamdulilah. Mak teringatkan kamu. Ni yang mak telefon ni.”

“ Ada apa mak? Serius je bunyinya.” Ajad bangun dari kerusi yang di duduki menuju ke katil. Nikmatnya wahai katil.

“ Tak lah, Ni minggu depan mak nak pergi menghantar Tok Siah kamu pergi umrah. Terlanjur ke KLIA tu, 
abah ajak singgah jumpa kamu.”

“ Tok Siah nak pergi umrah? Lah, kenapa mak baru cakap. Ajad tahu, Ajad balik kampung.”

Pelipis di garu sedikit.

“ Mak tak sempat nak beritahu kamu. Minggu depan ni kamu ada ke tidak? Nanti penat je abah kamu memandu, kalau kamu tak ada.”

“ Ada, InsyaAllah. Hari apa mak?”

“ Sabtu pagi. Lepas susbuh kami bergerak lah.”

Ajad berfikir-fikir sebentar.  Gerak pergi KLIA teruslah. Untung-untung boleh jumpa Tok Siah sekali.

“ Macam ni lah mak. Nanti Ajad jumpa mak dengan abah terus lah kat KLIA tu. Boleh Ajad jumpa Tok Siah sekejap.”

“ Ikut kamu lah. Nanti mak beritahu abah kamu. Apa-apa hal nanti, kamu jangan lupa telefon mak pulak.”

“ InsyaAllah mak. Nnati kirim salam dekat abah tau mak. Cakap dengan abah ni Ajad rindu abah ni.”

“ Amboi, abah je ke? Mak ni kamu tak rindu.”

Lebar senyumannya. Mak oh mak. Anak mak ni mana reti tak rindu mak.

“ Rindu. Paling rindu. Dah lah mak. Lewat ni. Nanti mak letih pulak.”

“ Yalah. Kamu tu jangan berjaga malam sangat. Tidur. Ada masa bangun solat malam.”

Sebelah tangan di letakkan ke dahinya.

“ Ya, mak.”

“ Hurm, yalah. Mak letak dulu ni. Assalamualaikum.”

“ Walaikumsalam.”

Telefonnya kembali di letakkan di sisi katil. Penatnya kian terasa. Esok jelah kemas bilik. Letih lah pulak.

******

KLIA yang sesak dengan pelbagai bangsa. Dah nama pun lapangan terbang antarabangsa. Wajah kakak dan ibu serta ayahnya masih tidak di temui. Mana pulak dia orang ni. Matanya jatuh pada seseorang yang sedang menapak ke arah kanan.  Namun panggilan dari kakaknya memalingkan wajahnya dari pemuda itu tadi.

“ Lambat! Kesian Tok dari tadi tunggu cucu dia yang sorang ni.”

Marrissa tayang sengih.

“ Maaflah. Terlepas bas dari tadi. Itu yang lewat sikit.”  Ibu dan ayahnya di salam.

“ Mana Tok?” Matanya mula tercari-cari wajah tua itu. Luthfia menunjuk ke arah kanan mereka. Kelihatan sebuah keluarga lagi yang sedang berbual dengan Tok Siah. Mereka mendekati keluarganya.

“ Sampai jugak cucu Tok yang sorang ni.” Tangan Tok Siah di salami dan tubuhnya di raih dalam pelukan. Rindunya kat Tok.

“ Maaf Tok. Tadi tertinggal bas. Itu yang lewat sikit.”

“ Kalau lewat banyak tak dapat lah jumpa Tok.”

Masing-masing tertawa mendengar gurauan Tok Siah. Marrissa tersenyum cuma. Dia sedikit kekok apabila melihat keluarga yang sedang berbual dengan Tok Siah ialah Pak Mat dan Cik Yah. Kalau anda nak tahu secara tepatnya, mereka berdua adalah mak dan abah kepada Ajad. Ya, Ajad. Kawan kita tu.
Ajad hanya diam membisu. Sungguh dia terlupa yang Marrissa tentu sahaja akan hadir pada hari ini. Yalah, nama pun Tok Siah tu Tok dia. Kita ni menumpang kasih Tok Siah je.
Para jemaah umrah yang turut sama didalam kumpulan yang bakal di sertai Tok Siah sudah memanggil-manggil Tok Siah untuk mendekati mereka.

“ Tu Tok dah kena panggil. Ni Tok tak sempat nak jumpa lama-lama. Mak, pergi dulu ya Azman, Zahlia.”

Masing-masing menyalami Tok Siah.

“ Baik-baik mak kat sana. Jangan lupa doakan kami.” Pesan Azman buat ibunya.

“ InsyaAllah.”

Tok Siah mula bergerak mendekati jemaah yang lain. Terima Kasih Ya Allah. Engkau memberi ruang kepada ku menjadi tetamu-Mu sekali lagi.

*****

Marrissa melangkah membelakangi keluarganya. Dia nampak Ajad bebicara bersama ayahnya. Banyak-banyak hari. Kenapa hari kita jumpa? Kan bagus kalau kita tak jumpa langsung.
Berlainan  buat Ajad. Setelah lamanya dia menanti untuk bertemu empat mata dengan Marrissa. Dan hari ni dia tak akan melepaskan peluang keemasan itu. Biarlah hari ini bernoktah segalanya. Dia sudah penat menahan rasa. Usai meminta izin dengan Pak cik Azman. Dia melangkah medekati Marrissa.
Ni dah kenapa pulak dia macam nak dekat dengan aku? Ke perasaan aku je?

“ Assalamualaikum Marrissa.”

Salam di jawab didalam hati. Lidahnya kelu untuk bersuara.

Ajad menarik nafas sebelum bersuara. Cool Ajad. Cool.

“ Ajad nak mintak maaf. Ajad tahu Ajad banyak buat salah dengan Marrissa. Ajad tak pernah nak fikir 
panjang. Ajad mintak maaf.”

“ Aku dah maafkan kau. Lama dah. Tak payah lah ungkit lagi. Benda dah lepas. Kita pun masing-masing ada hidup sendiri.” Mudah dia membalas. Entah mengapa seakan dia menerima satu kekuatan untuk menyudahkan segala yang tergantung.

“ Ajad tahu bukan senang Marrissa nak maafkan Ajad. Ajad dah tahu kisah yang betul. Ajad mintak maaf sebab tak terus terang dengan Marrissa.”

“ Dah lah Ajad. Aku malas nak bukak kisah lama. Anggap jelah yang semua tu cabaran dalam masa kita nak dewasa ni.”

Wajah Marrissa di pandang sekilas. Hatinya tercuit seketika.

“ Marrissa. Sebenarnya Ajad..Ajad..Ajad..”

Alahai Ajad. Kau dah kenapa nak gagap bagai ni.

“ Sebenarnya apa?!” Wajah Ajad di pandang terus. Susah betul lah mamat ni.

“ Ajad suka Marrissa. Ajad sangat suka Marrissa.”

Pergh, lega macam larva gunung dapat keluar je gayanya. Marrisa terkedu. Mimpi ke apa.  Dua puluh saat kemudian, dia tersenyum nipis. Kalau dulu Ajad menyuarakan rasanya, mungkin dia akan melonjak ceria, sehingga hilang santunya. Namun, dia Marrissa. Gadis yang penuh sopan dan santunnya.

“Ajad..”

“ Kita mula balik?”

Marrissa mengetap bibir seketika. Sungguh hatinya terasa kosong. Rasa yang pernah bertapak dulu sudah hilang merentas benua barangkali. Dia sendiri tak tahu mengapa dia merasakan sedemikian rupa.

*****

“Let’s just be friend. That more than enough.”

Dejavu. Sungguh hatinya terasa terhempap dek meteor yang terbabas entah dari planet mana. Ada rasa sebak yang tiba. Tanpa di sedari, ada permata mengalir dari celah mata. Hilang macho bro!
Segalanya seakan hilang begitu sahaja. Perlahan dia melihat Marrissa menapak meninggalkannya. Berakhirkah cerita mereka?

-TAMAT-