part 3
Bau
semerbak nasi lemak menghuni rongga hidungku. Ah, laparnya. Mungkin setelah
tiba semalam aku tiada selera untuk makan. Baru ku sedar, aku tidak menjamah
makanan sedari semalam. Aku mengorak langkah ke dapur. Mama sedang leka
menghadap dapur. Bunyi percikan minyak jelas kedengaran. Bau ayam goreng.
"Mama."
Mama berpaling ke arah aku. Senyuman di ukir. Tenang rasanya jiwa melihat wajah
mama.
Aku
merapati mama. Pelukan ku beri. Rinduku tertumpah. Mahu bergenang air mata.
"Nis?"
Tangan
mama menyapu air mata yang entah bila menyapa pipi.
"Kenapa
ni? Pagi-pagi lagi dah sedih. Janganlah macam ni."
Aku
menggelengkan kepala. Sungguh rindu itu tak terbayang dengan kata-kata. Derhaka
kah aku meninggalkan mama bertahun lamanya. Derhaka kah aku bila menidakkan
segalanya?
"Sudah,
tak cantik dah anak mama ni menangis. Mari duduk. Kita makan ya."
Mama
memimpin aku ke meja. Air mata masih lagi lebat di pipi. Mama yang sangat
memahami. Mama yang tak pernah menyalahkan sesiapa. Mama yang sentiasa tenang.
Oh Tuhan, berdosanya aku.
"Nis?"
Suara
Aisyah. Aku palingkan wajah dari Aisyah. Malu. Aisyah tahu aku bukanlah gadis
yang mudah mengalirkan air mata. Tapi dengan mama, aku tewas sama sekali.
"Eh,
tak malunya menangis." Aisyah ketawa. Mama menjegilkan wajah ke arah
Aisyah
"
Ai, apa gelakkan Nis pulak. Awak pun sama, semalam pun menangis jugak
kan?"
Mama
sudah bocorkan rahsia. Pasti Aisyah menangis ketika aku tiada. Wajah Aisyah
mudah bertukar masam. Barangkali tidak suka mama memihak pada aku.
"Nis."
"
Ya."
Wajah
ku masih menunduk. Malu menunjuk wajah pada Aisyah.
"Farish
tidur dengan Nis?"
Aku
mengangguk. Aku tahu tika ini mama turut memandang ke arah aku.
"
Dia datang sendiri malam tadi. Nak tidur dengan Nis."
Mama
menarik kerusi sebelah aku. Aku dengar keluhan kecil dari bibir Aisyah.
"
Dia tahu bezakan Nis dengan Ai. Dia tahu siapa mama dia."
Tersentak
aku mendengar suara itu. Haziq! Sudah berapa lama dia mencuri dengar. Semalam
langsung dia tidak berbicara dengan aku. Aku fikir dia masih marah dengan aku.
Siapa saja di tempat dia harus marah dengan ku.
Haziq
menarik kerusi di depan ku. Panahan matanya cukup merimaskan aku. Sudah aku
duga sebentar lagi pasti berdas-das peluru dia tembak ke arah aku.
"
Kalau takde yang bercerita, takkan Farish kenal kita. Kalau takde yang provok
takde nya Farish nak mengerti sedemikian rupa."
Aisyah
menjeling Haziq usai berkata. Ah, pening aku memahami bahasa badan dua beradik
ini.
"Sudah,
jangan bergaduh. Tak elok. Haziq, panggil papa makan. Nis, panggil Farish
turun. Kita sarapan sama."
Aku
bangkit menuju ke tangga. Jelingan Haziq ku pandang sepi.
Ah,
sudah. Apa lagi dugaan bakal tiba.
End
of part 3.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan