Isnin, 13 Jun 2016

Kasih Tanpa Tepian Part 3



part 3




Bau semerbak nasi lemak menghuni rongga hidungku. Ah, laparnya. Mungkin setelah tiba semalam aku tiada selera untuk makan. Baru ku sedar, aku tidak menjamah makanan sedari semalam. Aku mengorak langkah ke dapur. Mama sedang leka menghadap dapur. Bunyi percikan minyak jelas kedengaran. Bau ayam goreng.

"Mama." Mama berpaling ke arah aku. Senyuman di ukir. Tenang rasanya jiwa melihat wajah mama.

Aku merapati mama. Pelukan ku beri. Rinduku tertumpah. Mahu bergenang air mata.

"Nis?"

Tangan mama menyapu air mata yang entah bila menyapa pipi.

"Kenapa ni? Pagi-pagi lagi dah sedih. Janganlah macam ni."

Aku menggelengkan kepala. Sungguh rindu itu tak terbayang dengan kata-kata. Derhaka kah aku meninggalkan mama bertahun lamanya. Derhaka kah aku bila menidakkan segalanya?

"Sudah, tak cantik dah anak mama ni menangis. Mari duduk. Kita makan ya."

Mama memimpin aku ke meja. Air mata masih lagi lebat di pipi. Mama yang sangat memahami. Mama yang tak pernah menyalahkan sesiapa. Mama yang sentiasa tenang. Oh Tuhan, berdosanya aku.

"Nis?"

Suara Aisyah. Aku palingkan wajah dari Aisyah. Malu. Aisyah tahu aku bukanlah gadis yang mudah mengalirkan air mata. Tapi dengan mama, aku tewas sama sekali.

"Eh, tak malunya menangis." Aisyah ketawa. Mama menjegilkan wajah ke arah Aisyah

" Ai, apa gelakkan Nis pulak. Awak pun sama, semalam pun menangis jugak kan?"

Mama sudah bocorkan rahsia. Pasti Aisyah menangis ketika aku tiada. Wajah Aisyah mudah bertukar masam. Barangkali tidak suka mama memihak pada aku.

"Nis."
" Ya."

Wajah ku masih menunduk. Malu menunjuk wajah pada Aisyah.

"Farish tidur dengan Nis?"

Aku mengangguk. Aku tahu tika ini mama turut memandang ke arah aku.

" Dia datang sendiri malam tadi. Nak tidur dengan Nis."

Mama menarik kerusi sebelah aku. Aku dengar keluhan kecil dari bibir Aisyah.

" Dia tahu bezakan Nis dengan Ai. Dia tahu siapa mama dia."

Tersentak aku mendengar suara itu. Haziq! Sudah berapa lama dia mencuri dengar. Semalam langsung dia tidak berbicara dengan aku. Aku fikir dia masih marah dengan aku. Siapa saja di tempat dia harus marah dengan ku.

Haziq menarik kerusi di depan ku. Panahan matanya cukup merimaskan aku. Sudah aku duga sebentar lagi pasti berdas-das peluru dia tembak ke arah aku.

" Kalau takde yang bercerita, takkan Farish kenal kita. Kalau takde yang provok takde nya Farish nak mengerti sedemikian rupa."

Aisyah menjeling Haziq usai berkata. Ah, pening aku memahami bahasa badan dua beradik ini.

"Sudah, jangan bergaduh. Tak elok. Haziq, panggil papa makan. Nis, panggil Farish turun. Kita sarapan sama."

Aku bangkit menuju ke tangga. Jelingan Haziq ku pandang sepi.

Ah, sudah. Apa lagi dugaan bakal tiba.


End of part 3.

Khamis, 26 Mei 2016

Kasih Tanpa Tepian Part 2

KASIH TANPA TEPIAN PART 2

Katil beralaskan cadar biru itu indah sekali terpampang. Nyaman rasanya. Benda pertama aku buat adalah tidur. Lama tidak kembali ke sini. Ke rumah papa dan mama. Bertahun rasanya aku tidak pulang. Bilik ini masih juga serupa. Entah mengapa aku memberanikan diri untuk pulang ke sini setelah sekian lama aku diam di tanah kelahiran ku. Mungkin kerana Farish. Anak kecil yang di bawah penjagaan mama dan papa. Anak kecil yang aku tinggalkan ketika usianya masih tidak tahu apa itu dunia. Keluhan kecil berlabuh. Sampai bila aku harus lari dari kenyataan?

Masih terbayang wajah ceria si kecil melihat kehadiran aku tadi.  Jujur aku mengakui, tidak pernah terlintas di fikiran aku bahawa anak itu masih mengenali aku.

"Mama?" Aku tersentak. Entah bila pintu bilik ku terbuka dan wajah tenang itu muncul.

"Ya, Farish?"

Dia datang mendekat. Katil ku ini di cuba panjat.

"Boleh Farish tidur dengan mama?"

Aku diam. Aduhai, tidak sampai hati ku untuk menolaknya. Dia ku tarik dalam pelukan. Tanpa aku sedari rindu yang bertahun itu mengamit kembali. Wajah itu aku kucup seketika.

"Boleh sayang. Tidur dengan mama."

"Terima kasih mama."

Dia menarik selimutnya sendiri. Tangan aku di capai menjadi alas kepala.

Tuhan, apakah aku telah merobek hati anak kecil ini sekian lama? Sungguh aku tak mengerti.

Entah bila lena ku tiba. Malam ini menjadi malam yang cukup lena buat ku.


End of part 2.

Rabu, 27 April 2016

Kasih Tanpa Tepian Part 1




Di sini aku luah kan cerita, memori antara kita. Memori ini ku gengam kemas agar aku tahu di mana ertinya nilai dalam hubungan kita. Dan segalanya telah berakhir, namun kasih ku padamu masih kekal sehingga ke syurga. insyaAllah. Ingatlah, sayang ku ini demi Tuhanku.

KASIH TANPA TEPIAN
OLEH
NISRINA SYAURAH

Aku tarik nafas lega. Letih rasanya mata mengadap komputer tanpa henti. Bahu di urut perlahan. Mata yang layu sedikit segar. Cawan biru di sebelah aku capai. Belum sempat ku teguk, hanya keluhan yang keluar. Ya, air dalam cawan dah habis. Aku bangkit dari duduk. Perlahan aku menapak ke pintu bilik. Suasana hijau menyapa mata.
Ah, tenangnya jiwa!

Satu ketika dahulu, seringkali aku di nasihatkan agar melihat pepohon hijau setelah lama mengadap skrin bercahaya. Demi merelakskan mata katanya. Tapi masalah aku, selalunya kerja ku habis waktu malam dan yang menyapa hanyalah pandangan gelap serta cahaya suram. Aku tersenyum nipis. Gerangan siapakah yang sering menasihati aku menjaga mata. Hakikatnya, aku jelas rabun. Kata kaklong, akibat seringkali membaca sebelum tidur. Kata abang, bahana mengadap komputer 24 jam. Kata mak, tu kan keturunan.
Tanpa aku sedar, bunyi tawa ku tercetus. Entah mengapa aku teringat mereka. Barangkali sudah lama tidak ketemu.

Telefon bimbit hitam di atas meja berdering laju. Berasak mahu aku menjawab panggilan. Jam aku lihat sepintas lalu, baru pukul 10 pagi.

"Nis?"
" Yup?"
" I'm going to Aussie."

Eh? Mimpi apa pagi-pagi ni.

" Asal? Anything yang aku tak tahu?"
"Farish tak sihat, Papa dengan Mama kata dia meracau-racau. Aku risau."
"Hmmm.. Kau jaga diri lah. Aku menyusul kemudian."
" okay, aku tunggu kau kat sana."
"Bagitau aku apa-apa hal"
" Rightio."

Talian di matikan. Pukul 10 waktu malaysia. Maksudnya pukul 12 waktu australia. Telefon aku pandang sekali lagi.

............
End of part 1