Sebuah Lukisan Sebutir Cinta
Ombak menghempas pantai. Angin petang mendayu-dayu. Damainya ketika itu.Kakinya mulai memijak pasir. Langkahnya tiba-tiba terhenti tatkala melihat sekujur tubuh berdiri di hadapan sehelai kanvas. Jarinya memegang sebatang berus lukisan dan mulai mewarna kanvas itu. Wajahnya kabur. Dia mulai mendekati. Salam di beri. Belum sempat gadis itu berpaling... “ Kringggggg!!!!!!!!” . “ Argh!!!!! Kacau daunlah jam ni!” Hadif terjaga dari tidurnya. Belakangan ini dia sering mendapat mimpi yang sama dan setiap kali gadis itu cuba memalingkan wajahnya, setiap kali itulah dia terjaga. “ Hadif, bangun nak, karang terlepas subuh.” Kata Puan Mazni. Hadif bingkas bangun dan bersedia melaksanakan tanggungjawabnya.
***
Mata Qaira masih lagi memandang komputer ribanya. Kata-kata Uminya satu pun tidak menjengah ke mindanya. Dia masih sibuk mencari bahan mengenai laut dalam. “ Qaira Hana!! Dengar tak apa yang Umi cakap? Tak habis-habis dengan komputer.” Kecut perut Qaira tatkala mendengar suara Uminya. “Dengar Umi,” balas Qaira perlahan. “Baguslah kalau macam tu. Kalau dalam seminggu kamu tak dapat calon, kamu kena terima pilihan Umi. Fullstop!” Puan Murni berlalu ke tangga. Qaira mengganguk. Dia melepaskan nafas lega. Tiba-tiba nafas kembali sesak. Seminggu!!what? Mana aku nak cari calon! Argh!! Masalah-masalah.
***
SEMINGGU BERLALU..
Qaira menyelak halaman majalah ilmiah itu dengan malas. Sesekali matanya melirik jam di tangan. “ Assalamualaikum, sorry lambat.” Qaira masih lagi membelek majalah dihadapannya itu. “ Laa.. kau marah ke aku lambat.”
“ Taklah Hadif, kalau kau nak tahu akulah orang yang paling bahagia bila tahu kau lambat.” perli Qaira. “ Alah, sorrylah bukan sengaja pun. Okey lepas ni aku janji aku tak buat lagi.” Qaira membuat muka bersahaja. Seorang pelayan datang dan meletakkan jus anggur di hadapan mereka. Pelayan tersebut berlalu. Hadif lantas mencapai jus itu tanpa menghiraukan Qaira. “ Sedap betul jus ni. Kau ni macam tahu-tahu je aku nak minum jus anggur.” Terbuntang mata Qaira melihat perlakuan Hadif. “ Wei! Tu air akulah! Dahlah datang lambat, pastu sesedap hati kau je nak minum air aku! Kau memang saja je kan nak cari pasal dengan aku!” Tergamam Hadif di situ. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Qaira akan meninggikan suara. Gadis di hadapannya sememangnya dikenali dengan sifat sabar yang menggunung. Namun malam ini dia silap percaturan. Qaira meraup wajahnya beberapa kali. Dia beristghfar perlahan. Allah sajalah yang tahu perasaannya kini. “Qaira...Qaira.. aku minta maaf. Okey lepas aku tak akan buat lagi. Kau janganlah nangis nanti orang ingat aku yang buat kau.” Wajah Qaira merah. “ Sorry, aku terlampau ikut perasaan sangat.” Hadif tersenyum. “ Dahlah jangan stress sangat. Senyum sikit, baru comel.” Qaira senyum nipis. “Aku okeylah. Ada apa yang kau nak jumpa aku ni?” Tanya Qaira. Hadif membetulkan duduknya. “ pasal mama aku dan umi kau.” Qaira terangguk-angguk. “ Kau ada pilihan hati ke?” tanya Qaira. Hadif menggeleng. “ Entahlah, aku tak nak kecewakan mama.” “Aku pun tak nak kecewakan umi. Aku tak tau nak buat macam mana. Aku stress sangat.” Qaira pening antara permintaan umi dan sayang terhadap sahabatnya itu. “ Qaira, kau tahu aku sayang kau dan aku jugak tahu kau sayang aku, Cuma aku takut sayang kita tak cukup nak bina sebuah keluarga bahagia macam yang kita impikan. Aku tak nak hancurkan harapan kau, cita-cita kau. Aku nak tengok kau bahagia.” Kata-kata Hadif membuat Qaira terdiam sebentar. “ Kau ada pilihan hati ke?” pertanyaan Qaira membuat Hadif yang terdiam. Tiada jawapan yang di berikan. Qaira bangun dari kerusi. “ Aku nak balik. Kalau kau tak boleh terima kau cakaplah dengan mama, aku tak mampu nak kecewakan hati umi.” Qaira bergerak meninggalkan Hadif. “ Qaira...” panggil Hadif. “ Kau kenal aku bukan sehari, bukan jugak setahun. Kau patut tahu apa yang aku rasa. Assalamualaikum.”
***
Qaira duduk termenung di atas katil. Rambutnya di ikat satu. Tangannya di letakkan di bawah dagu. Fikirannya melayang. Peristiwa petang tadi belayar di mindanya. Masih jelas di ingatannya senyuman Umi dan Walid. Dan dia hanya mampu senyum nipis. Dengan satu kali lafaz dia sah menjadi milik Hadif. Antara paksa atau rela dia sendiri tidak pasti. Pintu bilik terbuka. Hadif memberi salam. Qaira masih termenung. Hadif membuka jam tangan miliknya dan menuju ke bilik air. Usai urusan nya, dia memandang Qaira yang masih seperti patung cendana. Dia menilik wajah gadis itu. Belum pernah sekali pun dia menatap wajah Qaira sebegitu. “ Berapa lama lagi nak berangan? Rasanya macam nak tembus dinding bilik tu.” Qaira tersentak. “ Bila kau masuk? Aku tak nampak pun.” Hadif senyum. Dia mendekati Qaira yang berada di katil. “ macam mana nak nampak Cik Qaira oi, kalau kau asyik berangan.” Qaira diam. Dia jadi malu sendiri. Hadif mengambil tempat di sebelah Qaira dan merebahkan badannya. Penat melayan tetamu masih berbaki. “ Dah solat belum?” Hadif hanya mengangguk. Matanya terkatup rapat. “ Penat?” Hadif menanti jawapan. Qaira hanya mengeleng perlahan. Hadif merasa kurang selesa dengan reaksi Qaira.Dia bangun dan duduk bersila di sebelah Qaira. “ Qaira, kau okey tak? Kenapa diam?” Tangan Hadif menyentuh dahi Qaira.Risau gadis itu demam. Qaira hanya mengelengkan kepala.” Aku okeylah.” Qaira mengalihkan badannya mengadap Hadif. “ Kenapa kau terima aku?” Hadif tersenyum mendengar soalan Qaira. “ Kalau macam tu,kenapa kau terima aku?”. Qaira terdiam mendengar soalan Hadif. “ Tak ada jawapan? Kalau kau tak ada jawapan, aku pun tak ada jawapan.” Qaira mengetap bibirnya. Dia mencapai tangan Hadif lalu mengucupnya. “ Hadif, maafkan aku kalau aku tak mampu nak jadi isteri yang baik untuk kau, Terima kasih sebab kau sanggup bantu aku untuk laksanakan permintaan Umi.”
“ Terima kasih untuk Qaira juga sebab sudi jadi isteri Hadif. Maafkan Hadif andainya Hadif gagal menjadi seorang suami yang Qaira impikan.” Habis kata-katanya dia mengucup dahi Qaira. “ Sebab malam pun dah lanjut baik kita tidur. Hadif dah penat.”
Hadif kembali merebahkan dirinya. Qaira mengangguk. Tanda dia bersetuju. Dia tersentak. Mana nak tidur ni? Tak kan..Tiba-tiba tangannya di tarik ke belakang.Belum sempat Qaira mengeluarkan suara “ Shh.... tidur jelah aku tak buat apa-apa pun.”Qaira mengetap bibirnya.
“ Qaira sayang, Hadif tak makan orang. Dah, tidur jelah. Esok ada banyak kerja nak buat.”
Entah kenapa hati Qaira menjadi lega. Akhirnya dia lena di sisi Hadif
***
7 Bulan kemudian......
“ Qaira!!!” Qaira terkocoh-kocoh berlari ke tingkat atas. “Kenapa?”
Kecut perutnya melihat wajah garang Hadif. “ Nampak tak fail biru atas meja?” Qaira mengeleng. “Tak ada ke atas meja?”
“Sebab tak ada lah aku tanya! Kalau ada aku tak payah susah-susah panggil kau.”
Qaira tersentak. Pertama kali Hadif menengkingnya. Terketar-ketar tangan Qaira mencari fail yang di pinta oleh Hadif.
“Ada tak?” Qaira mengeleng. Hadif melihat jam di tangan.
“Sudahlah aku nak pergi kerja. Menyusahkan betul! Ada isteri pun serupa macam tak ada!” Hadif berlalu. Pintu bilik di hempas. Qaira terduduk. Ada butir mutiara yang mengalir.
***
“ Kak Ngah nak cakap apa? Fahmi dah penat tunggu ni. Dari tadi Kak Ngah asyik berangan.”
Qaira masih lagi diam. Fahmi menarik nafas dalam. “Kak Ngah ada masalah dengan Abang Hadif ke? Kak Ngah cuba cakap kenapa Kak Ngah tak tentu hala macam ni. Abang Hadif ada pasang lain ea? “ Fahmi memegang tangan kakaknya itu. Melihat keadaan kakaknya itu, dia yakin kakaknya sedang berduka. “ Kak Ngah nak mintak cerai.” Terpana Fahmi mendengar kata-kata yang meniti di bibir Qaira. “Kak Ngah! Kak Ngah sedar tak apa yang Kak Ngah cakapkan ni. Kak Ngah baru je kahwin. Tak sampai setahun pun. Takkan Kak Ngah nak mintak cerai.” Qaira mengetap bibirnya. “ Lydia dah balik. Kak Ngah tak nak rosakkan bahagia Abang Hadif. Kak Ngah tak sanggup. Kak Ngah tak nak bermadu.”
“Habis? Kak Ngah lagi sanggup jadi janda dalam usia semuda ni. Takkan Kak Ngah langsung tak sayangkan Abang Hadif. Sayangkan perkahwinan Kak Ngah. Kalau pun Kak Ngah bercerai, macam mana Umi,Walid, Auntie Mazni, Kak Ngah sanggup nak lukakan hati mereka?” Fahmi mengelengkan kepala. Dia tahu Perasaan kakaknya. “Kak Ngah tak tahu nak buat apa. Kak Ngah tak sanggup nak biarkan Abang Hadif jadi macam dulu. Kak Ngah tak nak jadi orang ketiga.” Fahmi mendengus. “Kak Ngah! Cuba jangan berlembut sangat. Apa istimewa si Lydia tu nak banding kan dengan Kak Ngah. Apa yang Abang Hadif pandang sangat pada Lydia tu. Kak Ngah lupa masa si Lydia tu, tinggalkan Abang Hadif, siapa yang dia cari? Siapa yang bantu dia bangkit? Siapa yang pulihkan balik semangat dia? Lydia tu tinggalkan Abang Hadif terkontang-kanting, Lepas tu datang cari balik. Dan kak Ngah pulak setuju jer nak satukan dia orang! Macam tu! Fahmi tak faham betul! Kalau lah si Lydia tu betul-betul sayang dan cinta Abang Hadif, dia tak kan buat macam tu! Abang Hadif pun satu layan kan sangat si Lydia tu. Macamlah Kak Ngah ni bukan isteri dia.”Fahmi melepaskan geram.Air mata Qaira mengalir tanpa henti. Sayu hati Fahmi melihat satu-satunya kakak yang dia miliki mengalirkan air mata demi lelaki yang tak reti menghargai dirinya. “ Fahmi tak marah Kak Ngah, Fahmi sayang Kak Ngah, Fahmi tak nak tengok Kak Ngah macam ni. Dulu lagi Fahmi dah cakap. Fikir masak-masak sebelum terima pilihan Umi. Fahmi tak tahu nak cakap macam mana lagi.” Qaira masih menangis.
“ Fahmi.. tolong Kak Ngah, janji dengan Kak Ngah yang Umi dan Walid takkan tahu pasal benda ni. Kak Ngah tak nak mereka tahu.”
“ Fahmi tak nak janji. Fahmi tak sanggup nak tengok Kak Ngah macam ni.”
“Fahmi tolong lah, Kak Ngah merayu, tolong jangan beritahu mereka. Kak Ngah tak nak dia orang kecewa. Kalau Fahmi sayang Kak Ngah, janji dengan Kak Ngah.” Fahmi mengetap bibirnya. “ Baik, Fahmi buat semua ni demi Kak Ngah, sebab Fahmi sayangkan Kak Ngah. Tapi kalau Abang Hadif dah melampau, Fahmi tak teragak-agak nak campur tangan. Sudah, tak payah lah Kak Ngah nak menangis sebab lelaki tak guna tu.” Qaira cuba mengukir sebuah senyuman. Pahit!
***
Hadif menutup pintu rumah lalu menguncinya. Dia memandang suasana rumah yang agak sepi. Kebiasaannya Qaira akan menunggu dia pulang. Hadif menuju ke dapur. Di atas tudung saji terlekat sekeping nota.
Kalau nak makan panaskan sendiri,
Qaira tak sempat nak tunggu mengantuk...
Sorry
Hadif tersenyum. Jarang sekali Qaira akan tidur tanpa menunggu kepulangannya. Paling tidak dia akan tertidur di sofa. Lampu dapur di tutup. Perutnya masih kenyang setelah menikmati makan lewat malam bersama Lydia. Hadif menolak daun pintu bilik Qaira. Lampunya masih terpasang, Qaira sudah terbaring letih. Hadif membetulkan tempat tidur Qaira. Dia menyelimutkan isterinya. Wajah mulus itu di pandang lama. Dia mengeluh seketika. Satu kucupan hinggap di dahi Qaira. Hadif bangun, tiba-tiba matanya terpandang kertas A4 di atas meja. Satu demi satu perkataan di baca oleh Hadif. Dia kembali menatap wajah isterinya. Hatinya sedikit tersentak. Qaira maafkan Hadif. Hadif tak mampu nak jadi suami yang baik buat Qaira. Hadif sayangkan Qaira, sayang sangat sangat. Tapi hati Hadif ada pada Lydia. Maafkan Hadif, tapi Hadif janji tak kan lepaskan Qaira. Hadif janji.
Hadif kembali meletakkan kertas itu di atas meja dan dia melangkah keluar.
***
Hadif berlari menuruni tangga. Qaira hairan melihat suaminya yang sedikit kelam kabut.
“ Ni dah kenapa? Turun tangga macam apa je.” Hadif tersenyum mendengar bebelan Qaira.
“ Hadif nak cepat, ada meeting dengan klien dari Jepun.” Qaira menuang teh ke dalam cawan. “ Malam nanti tak payah lah tunggu Hadif, takut lewat sangat.” Qaira menghulur cawan teh kepada Hadif. Baru dua teguk Hadif menghulurkan kembali cawan teh. “ tak nak makan?” Hadif mengeleng. “ Tak sempat ni.” Hadif bergerak menuju ke pintu hadapan di ekori Qaira. “Hadif.” Hadif berpaling. Qaira mendekatkan diri ke badan Hadif dan membetulkan tali lehernya yang sedikit senget. “ Cubalah pakai betul-betul, nanti orang Jepun tu gelakkan Hadif baru tahu.” Hadif tertawa. “ Okay, dear.” Qaira mencapai tangan Hadif lalu menyalaminya. Seperti biasa ciuman tetap hinggap di dahi. “ Jangan lupa lunch!”
Kereta Hadif mulai bergerak meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat milik Hadif.
Setelah kereta Hadif hilang dari pandangan, Qaira melepaskan sebuah keluhan.
***
“ You pergilah rehat sekejap. Dari tadi asyik berdiri.” Mr.Wong menegur Qaira. “ It’s okay. Tak penat mana pun. Kalau Mr.Wong nak rehat pergilah, saya boleh take over.” Mr.Wong tersenyum. Dia berasa bangga melihat kegigihan anak muda seperti Qaira dalam bidang seni.
Gadis ini tak pernah berhenti tersenyum. Itulah sebabnya dia berani menaruh harapan pada lukisan Qaira di galerinya. Hari ini merupakan hari pertama pameran diadakan. Hatinya lega melihat respon yang di beri oleh tetamu. “ Saya nak pergi minum teh, nanti ada apa-apa just call me.” Qaira mengganguk. Mr.Wong beredar dari situ. Sungguh hari ini dia gembira. Hari pertama pemeran lukisannya diadakan di Galeri Hati. Dia tersenyum girang. “ Bukan main lebar lagi senyuman kau. Ada apa-apa ke ni?” tegur Adilah. “ Mana ada.”
“ Alah, cakap jelah kau tunggu laki kau kan.” Qaira tersengih mendengar kata-kata Adilah.
“ Suami aku sibuk lah.” Balasnya pendek. “ Aku tahu kau saja tak nak aku jumpa laki kau kan.” Huh? “ Kenapa pulak, kau ingat aku takut kalau suami aku tu sangkut dengan kau. Kirim salam jelah” Adilah ketawa mendengar kata-kata Qaira. “Sudahlah, aku nak sambung kerja. Nanti Rahmat bising aku tak ada jaga bahagian dia.” Qaira mengangguk.
“ Hai!” Qaira tergamam tatkala terdengar suara gadis itu. “ kenapa? Terkejut?” Pertanyaan Lydia di biar tanpa jawapan. “ I tak sangka you adakan pameran tak invite I. Kecil hati I tau. Anyway husband you mana? I tak nampak pun.” Wajah Qaira bertukar kelat. Sabar lah hati.
“ Takkan you tak tahu mana boyfriend you pergi? Kenapa datang cari dia dekat sini.” Lydia nyata terpukul dengan kata-kata Qaira. Dia menahan geram. Memang di akui dari dulu lagi dia memang benci terhadap wanita ini. Namun disebabkan Hadif dia hanya menyimpan sahaja perasaan itu. “ Yalah, you kan isteri dia, mesti you tahu mana dia pergi.” Baguslah kalau kau tahu dia suami aku.
“ Lydia, kalau you datang sekadar nak buat I sakit hati, baik you balik jelah. I rasa I tak jemput you pun dan I rasa you pun tahu jalan keluar kan. So, silakan.” Terbuntang mata Lydia mendengar perkataan yang keluar dari mulut Qaira “ You! I akan pastikan Hadif is mine!” usai berkata dia melangkah pergi dengan hati yang sebal. Qaira beristighfar. Ya Allah kuatkan lah hati hambaMu ini. Janganlah Kau biarkan aku hanyut dengan hasutan syaitan.
Qaira menarik nafas perlahan. Tiba-tiba bahunya di sentuh. Wajah Fahmi muncul. “ Hish budak ni bukan nak bagi salam.” Fahmi ketawa. “ Jom pergi sana. Umi dengan Walid dah tunggu. Abang long pun ada, Auntie Mazni dengan Along pun sama.” Fahmi mengira dengan jari. Qaira senyum. Dia memeluk lengan adik kesayangannya. “ Fahmi tak ada hadiah nak bagi Kak Ngah?” Fahmi berfikir sejenak.
“ Fahmi bagi senyuman yang manis okey tak?”
Qaira menampar perlahan bahu Fahmi. “ Tu, Kak Ngah dah bosan tengok.” Mereka ketawa.
“ Qaira.” Adilah melambai. Di tangannya terdapat sejambak bunga. “ Ada hadiah.” Qaira angkat kening. Hadiah? “ Bunga ni?” Adilah mengangguk. “ Ada orang hantar, untuk kau.”
Qaira menyambut jambangan bungan tersebut. Setelah di amati barulah dia perasan ia adalah jambangan bunga tulip putih. “ Okey, thanks” Fahmi turut mengamati bunga yang berada di tangan Kakaknya. “ Dari siapa?” Qaira mencapai kad di celah kuntuman tulip putih itu.
Buat Qaira Hana,
Sorry sebab Hadif tak dapat datang..
Hadif tak lupa tau..
So, boleh cik tulip tolong ganti...
Sorry again.. jumpa kat rumah nanti..
=) Hadif..
Qaira tersenyum. Selagi Hadif ingat, hatinya tetap senang. Fahmi tersenyum melihat Kakaknya. “ Dah dapat bunga lupa orang kat sebelah. Qaira tersengih. “ Tak payah nak merajuk. Kak Ngah tak kan pujuk.” Pantas Fahmi menarik wajah masam.
***
Selesai solat istikharah malam itu, tiba-tiba telefon Qaira berbunyi. Matanya sempat menyapa jam di dinding. 3.30 pagi. Siapa pulak yang telefon ni? “ Mama?” perasaan hairan mulai menjengah. “ Assalamualaikum mama, kenapa call lewat malam ni?” Dada Qaira mulai berdebar menanti jawapan dari Puan Mazni. “ Kamu ada dekat mana? Mama nak kamu datang sini sekarang juga!” Kecut perut Qaira mendengar suara mamanya itu.
“ Datang mana mama? Qaira ada di rumah ni.” Dia mengetap bawah bibirnya.
“ Rumah Lydia! Sekarang juga!” Talian telefon di matikan. Qaira tergamam. Ya Allah Hadif, apa lagi yang kau buat ni.
***
“ Mama tak faham. Betul tak faham. Apa yang kamu nampak pada perempuan ni. Tak cukup ke isteri kamu tu. Apa yang ada pada perempuan ni nak di bandingkan dengan Qaira. Tak sempurna ke isteri kamu tu. Hish!” Hadif tunduk. Lidahnya kelu. Sungguh dia tidak mengetahui bahawa hal seperti ini akan berlaku. Dia ke sini hanya ingin membawa Lydia ke klinik. Itu saja. Tak lebih tak kurang. Dia masih ada iman daripada melakukan perbuatan terkutuk. Namun silapnya juga. Perlahan dia meraup wajahnya. “ Assalamualaikum.” Hadif mengangkat wajahnya. Qaira menyalami Puan Mazni. Ekor matanya memandang suaminya. Belum sempat Qaira berkata apa-apa Hadif pantas menarik tangannya keluar dari rumah teres itu. Puan Mazni nyata terkejut dengan tingkah anak lelakinya itu. “ Macam mana boleh jadi macam ni?” tanya Qaira sebaik sahaja mereka berada jauh sedikit dari rumah Lydia. “ Tak sengaja.” Qaira beristighfar. “ Yang tak sabar sangat kenapa? Dah tak ingat Allah dah.” Perli Qaira. “ Kan Hadif cakap tak sengaja, Lydia call kata dia sakit, Hadif datang lah lepas tu...”
Hadif mengeluh. “ Kenapa tak bawa pergi klinik? Yang pergi duduk dalam rumah siapa suruh, kan dah kantoi.” “ Dah dah.. sekarang fikir macam mana nak selesai kan masalah ni!” bentak Hadif. Qaira hanya menjeling suaminya. Sungguh kali ini hatinya benar-benar sakit. “ Hadif uruskan Lydia. Pasal mama, biar Qaira uruskan. Karang tak pasal-pasal kekasih awak tu sakit.”
Usai berkata Qaira pantas berlalu. “ Mama, kita balik dulu, dah lewat ni. Nanti apa pulak kata jiran sebelah.” Pujuk Qaira. Kalau boleh dia mahu pulang. Sungguh dia meluat melihat wajah Lydia. “ Biarkan semua orang kat sini tahu siapa betina ni sebenarnya!”
“ Mama!! Jangan pernah mama hina Lydia. Cukup mama benci dia tapi jangan hina dia. Dia pun ada maruah mama.!!” Celah Hadif yang muncul di depan pintu. Tersentap hati kecil Puan Mazni. Seumur hidupnya belum pernah anak bongsunya meninggikan suara. Qaira turut terkejut mendengar tengkingan Hadif. “ Hadif! Enough okay! Sedar sikit dengan siapa Hadif bercakap. Hadif bukan cakap dengan Qaira atau orang lain. Ni mama!” giliran Qaira menengking. Hatinya semakin panas. Ya Allah apalah ujian yang Kau berikan ini. “ Mama, kita balik. Biarkan kan mereka ni. Makin di bagi muka makin naik minyak.” Qaira menarik tangan ibu mertuanya keluar dari rumah itu. Puan Mazni hanya menurut. Hadif terduduk.
***
Hadif memberi salam. Semua yang berada di situ memandang ke arahnya. Di sebalik wajah-wajah di hadapannya di mencari satu wajah. “ Mana Qaira?” Hadif membuka bicara.
“ baru nak cari isteri kamu. Ingatkan dah lupa ada isteri.” Tegur Along. Abang sulung Hadif. Hadif mendengus perlahan. Angahnya berada di sisi mamanya. Umi dan Walid turut berada di situ. “ Hadif tanya baik-baik, mana Qaira.”
“ Yang nak marah sangat kenapa, bukan kau lagi senang kalau Qaira tak ada.” Muncul Abang long. Abang sulung Qaira. “ Qaira tak ada Hadif, kami tak tahu dia ke mana. Pagi-pagi lagi dia dah menghilang.” Hadif terdiam mendengar kata-kata Puan Murni. Wajah tua itu nampak sayu. Tangan walid mengenggam tangan Umi. Mama terlentok di bahu Angah. Hadif mengeluarkan telefon bimbitnya. Seketika dia meletakkan kembali gagang telefon bimbitnya. “Tak payah lah nak call. Dia off. Kami dah banyak kali cuba.” Abang long menegur. Buntu fikiran Hadif. Qaira, mana Qaira pergi. “ Ikut hati Along, memang dah lama kamu makan penampar Along. Nasib baik mama bela kamu lagi. Memalukan keluarga betul.” Hadif diam.
“Sudahlah Along. Cakap dengan orang angau memang susah. Yang dia ingat Cuma si Lydia tu. Mana nak ingat Allah, ingat mama,ingat rumahtangga.” Angah menambah. Hatinya sendiri sakit bila mengetahui apa yang di lakukan oleh adik bongsunya itu. “ Assalamualaikum.”
“ Fahmi, kamu ke mana. Walid dah puas telefon kamu tapi tak jawab.”tanya Walid.
“Fahmi teman Kak Ngah.” Dia menhulurkan sepucuk surat kepada Umi. “ Buat Umi, titipan dari Kak Ngah.” Qhushairi memandang adiknya. “ Kak Ngah mana Fahmi?” Tiada jawapan yang keluar dari mulut Fahmi. Puan Murni turut menanti jawapan dari Fahmi, namun hampa.
“ Qaira mana Fahmi?” Fahmi memandang suara itu. Tajam sekali. Perasaan marahnya kian membuak. Laju saja dia menghampiri lelaki itu. Hampir saja penumbuknya hinggap , Qhushairi sudah menariknya. “ Qhairul Fahmi!” Walid bersuara. “ Kamu kenapa? Cuba bersabar sikit. Ingat itu abang ipar kamu.” Dia tahu emosi anaknya tidak stabil.
“ Fahmi dah cukup sabar dah walid. Fahmi tak tahan walid. Kalau walid di tempat Fahmi sendiri mungkin walid juga akan melakukan hal yang sama. Lelaki ni yang walid kata calon suami yang baik buat Kak Ngah. Lelaki ni yang walid dan umi katakan sebagai menantu pilihan, yang boleh bahagiakan Kak Ngah. Lelaki yang tak pernah fikir perasaan isteri dia. Lelaki yang hanya mementingkan kebahagiaan diri sendiri, yang tak pernah nak hargai isteri dia. Lelaki yang membuatkan Kak Ngah Fahmi menangis sepanjang usia perkahwinan dia. Pertama kali walid, pertama kali dalam hidup Fahmi lihat Kak Ngah menangis macam tu. Dia betul betul merana. Selama ini, kita mampu lihat Kak Ngah tersenyum bahagia. Hakikatnya jiwa dia tersiksa. Dari dulu lagi Fahmi dah kata, fikir masak-masak sebelum terima pinangan Abang Hadif. Tapi Kak Ngah buat tak endah je. Umi dan walid tahu apa yang Kak Ngah cakap. Dia kata, dia tak nak jadi anak derhaka. Dia tak nak kecewakan hati umi dan walid. Bagi dia kebahagian umi dan walid adalah bahagia dia. Walaupun Kak Ngah tahu dalam hati Abang Hadif tak ada ruang untuk dia, dia tak kisah asalkan umi dengan walid bahagia. Tapi sayang, Kak Ngah tak kuat. Belum setahun lagi dah macam macam yang melanda. Tapi peristiwa malam tadi memang membuatkan Kak Ngah terus putus asa dalam perhubungan ni.” Masing-masing nyata terdiam. Air mata Puan Murni mengalir tanpa henti. Begitu juga dengan Puan Mazni.
“ Kak Ngah suruh bagi kat Abang Hadif, bacalah. Lagi satu, jangan tanya Fahmi ke mana dia Kak Ngah pergi.Fahmi memang tak tahu. Dia cuma minta keizinan untuk pergi itu aje.”
ASSALAMUALAIKUM....
Khas buat Muhamad Hadif bin Hairi,
Hadif,
Bagai mimpi yang tak pernah hadir dalam hidup Qaira bila kita diijabkabulkan. Walaupun hati kita masing-masing berat untuk menerima,namun takdir Allah lebih mengetahui. Maafkan Qaira kerana tak mampu menjadi seorang isteri yang Hadif inginkan. Selama kita kenal, belum pernah sekali pun terlintas di hati Qaira untuk menjadi suri dalam hidup Hadif. Biarlah Qaira berterus terang, tujaan Qaira menerima pinangan mama adalah kerana umi. Kalau boleh Qaira tak mahu kecewakan hati umi. Selama ni, umi dan walid dah banyak berkorban untuk Qaira. Pergorbanan umi dan walid tak dapat Qaira balas. Qaira harap dengan ikatan ini,umi akan bahagia.Betul kata Hadif, kasih sayang kita belum mampu untuk bina mahligai impian kita. Tapi, Qaira tak pernah salahkan Hadif mahupun Lydia. Sebagai seorang sahabat, Qaira tahu Hadif amat menyayangi Lydia. Dia kan cinta pertama Hadif. Cinta pertama memang sesuatu yang sukar untuk kita lupakan. Hadif suami yang baik, itu memang Qaira tak dapat nak nafikan.
Walaupun banyak perkara yang Hadif terlupa tapi tak mengapa Qaira tak kisah. Qaira sedar di mana kedudukan hati Qaira dalam hati Hadif.
Hadif,
Perasaan itu tak boleh di tipukan. Jujur Qaira katakan yang Qaira sayangkan Hadif, sayangkan rumahtangga kita. Meski pun Qaira tahu kedudukkannya retak menanti belah kan? Qaira rasa kita pun dah pilih haluan masing-masing. Qaira dengan cara Qaira, Hadif dengan cara Hadif. Lebih mudah kan? Hadif masih ingat lagi pada ‘Zaman Muda’, Lukisan seorang kanak-kanak lelaki yang khusyuk makan aiskrim sambil diperhatikan oleh seorang kanak-kanak perempuan. Setiap kali melihat lukisan itu pasti kenangan lama menjelma. Alangkah indahnya kalau kita seperti dulu. Bermain bersama tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Lepas ni, kalau Hadif nak makan aiskrim jangan cari Qaira. Qaira dah tak ada untuk belanja makan aiskrim lagi.
Hadif janganlah risau pasal Qaira. Itupun kalau Hadif risau lah.. Qaira masih lagi boleh jaga diri Qaira. Qaira redha andai jodoh itu memang milik Hadif dan Lydia. Qaira doakan Hadif bahagia. Qaira undur diri kerana tidak sanggup melihat Hadif tersiksa sekira berpisah dengan Lydia. Qaira tak sanggup melihat keadaan Hadif seperti dulu. Tolong Hadif, Qaira nak lihat Hadif bahagia.
Hadif,
Sampai sini saja lah Qaira menulis. Masa pun dah tinggal sedikit. Qaira ingin pergi jauh dari sini. Izinkan ya, Qaira akan sentiasa doakan kebahagiaan Hadif. Maafkan segala kesalahan Qaira. Halalkan semua makan minum Qaira semasa Qaira menjadi isteri Hadif, Doakan Qaira ya..
Di belakang ini, Qaira lampirkan surat keizinan Hadif untuk bernikah. Semoga berbahagia ya..
Salam buat mama, Along, Angah dan Alang. Tak lupa buat anak-anak saudara tersayang.
JANGAN CARI QAIRA!!!!
Sekian yang ikhlas,
Qaira Hana Qairuddin
Hadif membuka halaman belakang surat itu.
Dengan ini, saya Qaira Hana Qairuddin mengizinkan suami saya Muhamad Hadif Hairi untuk bernikah lagi.
Belum sempat Hadif membaca ayat seterusnya , mata sudah kabur pandangannya kelam.
***
2 TAHUN KEMUDIAN...
Hadif melepaskan lelah di sofa. “ Baru balik Hadif?” tanya Puan Mazni. Hadif bangun menyalami mamanya. “Ayah!!” Hadif tersenyum mendengar suara anak kecil itu. “ Ayah, jom keluar. Aiman nak makan aiskrim” Berubah terus wajah Hadif. “ Jom lah Ayah, Aiman dah lama tak makan aiskrim dengan Ayah.” Renggek si kecil. “ Pergi lah kamu teman dia, dah lama dia tak keluar dengan kamu. Janganlah di ikutkan sangat perasaan tu.” Puan Mazni merenung wajah anaknya. Sayu hatinya melihat. Hampir dua tahun Qaira menghilangkan diri. Hadif pula semakin tidak terurus. Kalau tak di paksa tinggal bersamanya, Entah apa lah yang jadi dengan anaknya itu. “ Aiman pergi siap. Nanti lepas solat Ayah bawak Aiman pergi makan aiskrim.” Aiman lantas melompat kegirangan. “ Nenek ikut sekali ea..” Puan Mazni mengangguk. Aiman berlari ke tingkat atas. Hadif turut mengekori.
***
“ Ingatlah bahawa masa tak akan menunggu kita. Jadi hargai setiap saat yang ada dalam hidup kita. Jangan persiakan usia muda awak dengan perkara yang sia-sia.”
Dewan kuliah masih membisu. Masing-masing tekun mendengar bicara Pensyarah mereka.
“Puan.” Qaira memandang ke arah pelajar yang memanggilnya. “ Zaman Muda buka sekadar lukisan biasa kan?” Qaira mengangkat kening mendengar kata-kata Khairul, penuntut tahun akhir di kolej itu. “ Apa maksud awak?” tanya Qaira kembali. “ Story.” Satu suara mencelah.
Qaira tersenyum. Dia memandang pula pada suara yang mencelah. “ Betul tu.”
“ Pandai lah awak. Sudah. Minggu depan jangan lupa hantar tugasan.” Dan dewan kuliah mulai binggar. “ Puan... cerita lah...” Qaira hanya menggeleng. “ Boleh kalau awak semua sudi terima tugasan kedua dari dari saya.” Dewan sekali binggar. Masing-masing tidak mahu menerima tugasan kedua dari pensyarah muda mereka. Qaira tersenyum. Seketika kemudian, para penuntut tahun akhir di Kolej Putri mulai meninggalkan kelas. Qaira turut mengemas perkakasnya. Sewaktu dia ingin mencapai lukisan ‘Zaman Muda’ seseorang menegur. “ Jom saya tolong Puan kemas.” Qaira tersenyum. “ Awak masih nak korek rahsia saya, Khairul.”
Khairul tersengih. “ Puan boleh fikir apa yang Puan nak fikir. Tapi saya memang ikhlas nak bantu Puan.” Balasnya. “ Puan jangan layan sangat dia tu. Nak bodek lah untuk final exam.” Hana datang menyapa. “ Alah, awak pun nak bodek Puan kan.” Qaira hanya menggelengkan kepalanya melihat tingkah kedua pelajarnya. “ Sudahlah awak berdua, jom saya belanja awak minum.” Khairul angkat kening. Hana hanya tersenyum. Qaira sudah pun mengatur langkahnya. “ Cepatlah, nanti saya tukar fikiran.” Mereka pantas mengekori Qaira.
***
Qaira memandu dengan tenang. Sudah lama dia tidak ke sini. Dua tahun yang lalu dia pergi dengan membawa harapan untuk mencapai cita-cita dan hari ini dia sudah pun mengenggam Master. Bibir di bawah sedar mengukir senyum. Rindunya dia pada waktu dulu. Rindu pada umi dan walid, pada Abang long, pada Fahmi, pada.. “ Puan, betul ke kami tak menyusahkan Puan.” Tanya Hana. “ tak lah, saya yang nak tolong awak berdua.” Khairul di belakang hanya menyepi. “Okey, kita dah sampai.” Mereka keluar dari perut kereta. Jelas terpampang di hadapan mereka sebuah galeri yang sederhana besar. “ Welcome to Galeri Hati.” Ucap Qaira.
Mereka melangkah masuk ke dalam galeri tersebut. Sebaik sahaja pintu di tolak jelas kedengaran bunyi loceng. Muncul seorang lelaki cina di pertengahan 50-an. Qaira tersenyum melihat wajah lelaki tua itu. “ Qaira? Qaira Hana?” Lelaki itu mulai menapak ke arah mereka.
“ Mr.Wong.” Lelaki itu tersenyum. “ Hey, mana hilang? Puas saya cuba hubungi awak.”
“ tak ke mana lah Mr.Wong. Ni saya kenal kan, Khairul and Hana. My student.” Mereka bersalaman. “ Student? You dah jadi cikgu ke?” Qaira ketawa. “Mr.Wong, jangan lah pandang macam tu.” Mr.Wong senyum lagi. “ You masih tak berubah ea. Masih mahu kenakan saya. Eh, duduklah kita ada banyak benda nak cerita.”
“ betul tu.”
***
Qaira meneliti satu persatu lukisan di hadapannya. Lama dia tidak menjenguk ke sini. Hilangnya dia membawa makna. Membawa seribu duka. Ketika di perantauan, dia belajar berdikari. Menimba ilmu dan mengutip pengalaman. Hari ini, dia pulang ke tanahair juga mengenggam harapan. Harapan untuk mendidik anak bangsa. Siapa sangka hilangnya dia dua tahun yang lalu mengajar dia erti hidup. Berbekalkan Master of Art, dia di pelawa mengajar di Kolej Putri. Hari ini juga dia pulang ke kampung halaman. Walaupun dia sebenarnya tinggal di bandar kira kampung lah jugak. Sedang dia memerhati lukisan di situ matanya terhenti pada sebuah potret yang di letakkan betul-betul di tengah galeri. Badannya keras seketika. Hampir gugur jantung di buatnya. Potret tu! Macam mana boleh ada di sini? Bila aku hantar ke sini? Setahu aku kali terakhir potret itu di simpan di stor belakang. Bila pulak jadi pameran? Siapa yang hantar? Argh!!
“ Terkejut?” Qaira pantas berpaling. “ Macam mana...”
“ Ada orang hantar. Katanya milik awak.” Terkedu Qaira seketika. “ Mula-mula saya kurang percaya, tapi saya nampak signature awak di sebelah kanan.” Khairul dan Hana turut memerhati potret itu. Potret seorang gadis dan seorang jejaka. Sungguh potret itu memang cantik dan wajah gadis itu mirip..” Siapa Mr.Wong? saya tinggalkan potret ini dalam stor. Tak mungkin ada yang jumpa kecuali..” Qaira terdiam. Tak mungkin! Tak mungkin.
“ Yes. It’s him, dia hantar setahun lepas awak menghilang. Dia datang bertanya kalau-kalau awak berhubung dengan saya. Awak tahu kenapa ia di pamerkan di sini. Katanya, dia tidak mahu tamak memilikinya walaupun ia adalah peribadi tapi dia cuma berharap potret ini dapat di pamerkan. Dia cuma nak semua orang tahu hati dia milik awak seorang.” Pipi Qaira terasa panas. Ada butir air mata yang mengalir. Kali terakhir dia melihat potret itu adalah ketika dia meninggalkan rumah teres dua tingkat itu. “ He loves you. Saya boleh baca dari mata dia dan saya tahu awak pun cintakan dia jugak kan?”
“ Puan, Puan okey tak?” Hana memandang Qaira. Sayu dia melihat pensyarahnya itu.
“ Mr.Wong, saya nak ambil balik potret ni.” Mr.Wong senyum. “ Ambil lah, ia memang milik awak pun.”
***
“Puan, kita minum dulu.”
“ Khairul..” Khairul memandang Qaira.
“ Saya nak makan aiskrim..” dahi Khairul berkerut. Dia memandang Hana.
“ Puan?”
“ Saya nak makan aiskrim jom.” Hana mengetap bibir. Perlahan dia dan Khairul mengangguk.
***
Hadif duduk sambil menonton televisyen. “ Ayah, boleh tak Zara tidur dengan Ayah?”
Hadif memandang kanak-kanak perempuan dengan rambut di ikat dua itu. “ Kenapa?”
“ Zara dah lama tak tidur dengan Ayah.” Hadif tersenyum. “ Zara pergi bagi tahu nenek dulu.” Zara tersenyum. Dia pantas berlari ke dapur. “ Lama kamu tak layan budak-budak tu.
Semalam pun Aiman ada cakap yang Hadif bawa dia pergi makan aiskrim.” Hadif berpaling kepada Haikal, Alongnya. Dia hanya mengangguk. “ Boleh Along cakap sikit?” Dia angguk lagi. “ Sampai bila kamu nak tunggu...”
“ Sampai bila-bila.” Pantas Hadif memotong. Dia tahu apa yang cuba di sampaikan Alongnya.
“ Dah dua tahun Hadif.”
“ Baru dua tahun Along, Hadif tak kan berhenti sampai Hadif jumpa Qaira balik.” Along mengeluh. Dia memandang adiknya. Wajah Hadif sedikit iras arwah papa mereka. Malah perangai mereka turut sama. “ Yang lepas tu lepas lah Hadif. Cuba fikir masa depan kamu.”
“ Along, isteri Hadif cuma seorang je. Hadif tak nak orang lain. Hadif cuma nak Qaira seorang je. Tak kisah lah apa yang jadi, tapi yang penting Qaira balik pada Hadif.”
“ Kalau betul lah Qaira itu jodoh kamu, Insya Allah dia akan balik pada kamu.” Hadif mengangguk. Dia tahu keluarganya risau akan dirinya. Namun, dia yakin yang Qaira akan pulang. “ Ayah, Zara dah siap.” Hadif tersenyum. “ Hadif masuk dulu, Along.”
“ Good night papa.” Ucap Zara. “ Ayah, malam ni story dulu ya.” Hadif mengangguk.
***
Aiman berlari laju. Dia mahu cepat sampai ke kedai aiskrim kegemarannya. Amaran maknya tidak di hiraukan. Namun. BUK!!! Dia terlanggar seseorang. Dia pantas bangun. Membetulkan bajunya yang sedikit kotor. Dia memandang wanita yang di langgar tadi. Dia mahu meminta maaf. “ Maaf Auntie, Aiman tak sengaja.” Kenapa muka Auntie ni macam biasa di lihat?
“ Tak apa, lain kali jangan lari lagi. Aiman dengan siapa? Aiman nak pergi mana?”
“ Aiman nak makan aiskrim dengan mak” Dahi nya sedikit berkerut. Dia cuba mengingati wajah wanita muda ini. “ Aiman! Mana kamu pergi ni! Kan mak dah suruh jangan lari, nanti apa-apa jadi kan susah. Apa mak nak cakap dengan Papa kamu!” Qaira memandang wanita yang mengelarkan dirinya mak kepada Aiman. “ Angah.” Hayati memandang wanita yang menegurnya. “ Qaira? Qaira!” Hayati lantas memeluk Qaira. Lupa terus marahnya pada Aiman. “ Qaira pergi mana dik, Dah lama kami cari, tapi masih tak jumpa.” Qaira senyum. Aiman menarik seluar Hayati. “ Mak...” Hayati memandang anak saudaranya itu.
“ Aiman, Aiman kenal tak siapa ni?” Aiman pandang wajah Qaira.
“ Ibu. Ibu kan.” Qaira senyum. Dia lantas memeluk Aiman. Ya Allah, rindunya pada anak kecil ini. “ Mana Aiman tahu ni Ibu?” Tanya Qaira. “ Ayah selalu cerita pasal Ibu. Ayah letak gambar ibu dalam bilik Ayah. Besar.” Qaira tersentap. “ Qaira, kita minum sama dik, ada benda Angah nak cakap.” Qaira mengangguk.
***
Angin petang menampar pipi. Tangannya laju mewarnakan kanvas. Cuaca agak mendung. Barangkali mahu hujan.Qaira tersenyum nipis.Hasratnya mahu menghabiskan lukisan di hadapannya sebelum pulang ke Venice. Itulah perancangannya. Dia tiba-tiba teringat kepada Uminya. Umi maafkan Qaira sebab tak dapat jadi anak yang baik buat umi. Ampun segala dosa Qaira umi. Dia mencapai berus cina dan mencalitkan dengan sedikit warna hitam.
Di sebelah hujung sudut kanan, dia mencoret tandatangannya. Berus kembali di letakkan ke dalam bekas. Alhamdulilah.Selesai sudah.
“ Puan.” Qaira tidak berpaling.
“ Cakaplah.”
“ Puan betul ke nak balik ke Venice? Puan dah tak sayangkan Malaysia ke Puan?”
“ Saya kena balik Hana, saya tak boleh berlama-lama di sini.”
“ Puan tak nak jumpa suami Puan dulu.”
“ Fara Hana. Tiket kapal terbang saya malam ni.” Hana mengetap bibir.
“ Saya tahu saya tak layak nak masuk campur hal peribadi Puan, tapi bagi lah peluang pada suami Puan. Puan sendiri kan yang cakap, semua orang layak dapat peluang.”
“ Hana.” Khairul menegur. Dia menahan Hana daripada terus berkata-kata.
“ Puan dah fikir masak-masak?”
“ cukup masak Khairul. Saya dah tak di perlukan di sini.”
“ Siapa cakap?” berderau darah Qaira mendengar suara itu.
“ siapa cakap Qaira dah tak di perlukan lagi?” Sungguh dia rindu akan suara itu.Khairul pantas menarik tangan Hana untuk beredar. Qaira memberanikan diri untuk menatap wajah itu.
Sumpah, di hadapannya ini bukan lagi Hadif dua tahun yang lalu. Lelaki di hadapannya ini tampak susut meskipun wajah masih lagi kacak. Hadif cuba mendekati Qaira.
“ Jangan! Jangan datang dekat!” Qaira cuba menjauhkan dirinya.
“ Qaira..”
“ Balik! Balik! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku benci tengok muka kau! Tak puas ke lagi kau dah sakitkan hati aku! Aku tak nak kau muncul lagi di hadapan aku lagi! Balik!” teriak Qaira. Hadif cuba mendekati.
“ Jangan ikut aku! Kau balik jelah, aku dah tak nak tengok muka kau. Aku dah benci tahu tak.”
“ Qaira, please... dengar dulu apa yang Hadif nak cakap. Please jangan macam ni.” Qaira merengus.
“ Nak cakap apa lagi! Kau dengan aku dah tak ada apa-apa lagi”
“ Qaira masih lagi Isteri Hadif yang sah. Belum pernah pun Hadif melafazkan cerai pada Qaira. Dan tak pernah terlintas pun dalam hati Hadif untuk ceraikan Qaira” Qaira mengetap bibirnya. Kenapa baru sekarang kau muncul. Kenapalah baru sekarang kau mengaku aku ni isteri kau. “ Aku isteri kau? Sudahlah Hadif, kau balik lah pada Lydia. Lupakan jelah yang kau pernah menikahi aku.” Tersentap hati Hadif.Sungguh kali ini lidahnya kelu. Qaira meninggalkan Hadif yang masih terkaku di situ. Dia pantas mengemaskan perkakasnya. Dia harus segera beredar dari situ. Lagi lama dia disitu, lagi parah luka lamanya.
“ Baik! Kalau itu yang Qaira nak Hadif akan beri tapi dengan syarat! Ikut Hadif balik, kita jumpa umi dengan walid.” Qaira pandang wajah serius dihadapannya. Dia mencari kepastian di balik permintaan lelaki itu.
“ Hadif janji! Hadif tak tipu.” Sungguh dia kalah dengan permintaan itu.
***
Qaira menarik nafas. Ya Allah Kau mudahkan segalanya. “ Ready?” Qaira memandang lelaki itu sekilas. “ Jom, mereka dah lama tunggu.” Qaira itu melangkah keluar dari perut kereta.
“ Assalamualaikum.” Hadif memberi salam. Qaira berdiri agak jauh Hadif. “ Ada apa yang yang kamu beria sangat nak tunjuk kat kami ni.” Hadif senyum. “ Assalamualaikum.”
Semua yang berada di situ lantas memandang ke arah suara itu. “ Umi. Walid.” Puan Murni lantas memeluk anak gadisnya. Rindu sungguh dia pada anaknya itu. Ya Allah terima kasih kerana masih memberikan aku kesempatan kepada aku untuk bertemu anakku kembali.
“ Walid.” Panggil Qaira. Encik Qairuddin memeluk satu-satunya anak perempuan yang dia miliki. “ Qaira minta ampun walid. Qaira banyak buat dosa pada walid.”
“ Tak sayang, Qaira tak salah. Walid yang salah. Walid yang paksa Qaira.” Syukur Ya Allah kau kembali kan anak ku ini. Qaira merenggang pelukan bapanya. “ Mama.” Puan Mazni dari tadi hanya mengalirkan air mata tanpa henti. “Mama minta maaf, Qaira. Mama tak sepatutnya paksa Qaira kahwin dengan Hadif.” Qaira diam tidak membalas.Sungguh dia berasa dosa terhadap ibu mertuanya. “Mama tak pernah salah, mama cuma nak anak mama bahagia kan.” Bibirnya mengukir senyuman.“ Kak Ngah.” Panggil Qhushairi. “ Abang long.” Qhushairi lantas mendakap Qaira. “ I’m sorry Abang long. I’m sorry.” Qhushairi tersenyum. “It’s okay Kak Ngah. Bukan salah Kak Ngah pun. Janji Kak Ngah balik.” Air mata mengalir tanpa henti. “ Kak Ngah.”Satu suara lagi yang memanggil. “ Fahmi.” Fahmi tersenyum.
“ Tak mimpi kan.” Suaranya antara dengar atau tidak. “ Tak. Kak Ngah memang ada depan Fahmi.” Air mata masih mengalir. Dia memegang pipi adiknya. “ Kak Ngah dah macam buat Jejak Kasih kat sini, Fahmi masih tak percaya yang depan Fahmi ni Kak Ngah.” Fahmi masih tersenyum. “ Kalau masuk Jejak Kasih mungkin Fahmi percaya.” Qaira ketawa. “ Macam tu adik Kak Ngah.” Terima kasih Ya Allah kerana kembalikan kebahagiaan kepada kami.
“ Fahmi sayang Kak Ngah sangat-sangat.”
***
Qaira merenung langit nan gelap di taman rumahnya. Hatinya tenang setelah kembali ke rumah. Syukur Ya Allah.
“ Boleh walid duduk?” Qaira senyum. “ Walid gembira tengok Qaira senyum macam ni.”
“ Macamlah walid tak pernah tengok Qaira senyum. Selama ni Walid selalu pesan supaya Qaira jangan lupa senyum.”
“ Qaira.” Nada Encik Qairuddin sedikit berubah.
“ Walid nak tanya kamu satu benda.” Qaira memandang wajah walidnya yang sedang merenung ke langit.
“ Qaira tahu kan, cerai itu ibarat meruntuhkan arasy Allah. Walid bukan apa, walid Cuma nak Qaira fikir lah betul-betul sebelum buat keputusan. Walid tak nak Qaira menyesal kemudian hari. Walid tak nak paksa Qaira. Qaira pilih lah mana yang baik untuk Qaira. Walid akan sentiasa sokong Qaira.” Qaira tunduk seketika.
“ Walid.”
“ Allah itu Maha Adil. Ada sebab dia bagi ujian pada kita. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.”
“ Qaira takut.”
“ Jangan takut sayang. Walid dengan umi sentiasa ada untuk Qaira. Tapi, ingat. Allah sentiasa ada untuk hambanya. Dia sentiasa dengar doa hambanya.” Qaira mengetap bibir. Encik Qairuddin bangun.
“ Walid.”
“ ya, sayang”
“ Sedalam mana walid yakin yang Hadif itu jodoh Qaira.” Encik Qairuddin senyum.
“ Sedalam cinta Hadif pada Qaira.” Dia berlalu. Qaira kembali bersandar pada bangku.
Terngiang-ngiang ayat terakhir walid di telinganya. Dia mengeluh kecil.
Ya Allah apa yang ingin Kau tunjukkan. Sesungguhnya aku masih tidak mengerti. Berikanlah aku petunjuk-Mu Ya Allah.
“ Assalamualaikum.” Qaira tersentak. Bila pula dia sampai.
“Wa alaikumussalam.” Perlahan dia menjawab.
“ Ganggu?” Qaira mengeleng.
“ Boleh duduk?” Qaira mengangguk. Dah serupa macam angguk-angguk geleng-geleng dah.
Hadif mengukir senyum.
“ Hadif datang nak cakap sesuatu.” Ya Allah! dia nak tunaikan janji dia ke?
“ Itu pun kalau Qaira tak keberatan.” Qaira memejamkan matanya. Ya Allah aku redha atas segala ketentuan Mu.
“ Boleh Hadif tarik balik kata-kata Hadif tempoh hari?” Qaira lantas memandang Hadif. Dahinya berkerut. “ What?!”
Hadif tiba-tiba melutut di hadapan Qaira.
“ Please Qaira, Hadif tak nak hilang Qaira lagi. Cukuplah Qaira tinggalkan Hadif dulu, Hadif dah tak sanggup lagi. Hadif sayangkan Qaira. Sayang sangat sangat. Hadif tak boleh kalau Qaira tak ada di sisi Hadif. Tolong Qaira, tolong. Kita bina balik rumahtangga kita. Hadif janji Hadif tak persiakan Qaira. Qaira boleh hukum Hadif macam mana pun asalkan Qaira tak tinggalkan Hadif lagi.” Qaira tercengang. Biar betul. Aku tak mimpi kan. Mana pernah Hadif merayu macam ni kecuali masa Lydia tinggalkan dia. Qaira merenung wajah lelaki itu. Dia masih ingat lagi malam ketika Lydia tinggalkan Hadif dahulu. Malam yang menyaksikan pertama kali Hadif menangis kerana seorang perempuan. Dia datang berjumpa Qaira yang sedang duduk di taman sama ketika ini. Dan dia merayu-rayu agar Lydia tidak meninggalkannya walaupun ketika itu dia sedang berhadapan dengan Qaira. Dan hari ini sekali lagi dia merayu dengan cara yang sama. Waktu yang sama. Mungkin tarikh yang sama.
“ Hadif.” Qaira menarik nafas.
“ I’m sorry but..”
“ Qaira tolong lah. Jangan buat Hadif macam ni. Hadif tak sanggup hilang Qaira.”
“ Hadif.”
“ Hadif cuma nak Qaira seorang je jadi isteri Hadif.”
“ Hadif.”
“Jadi Ibu pada anak-anak Hadif.”
“Hadif.”
“Hadif sayang Qaira sangat sangat.” Dan kali ini Qaira sudah hilang sabar.”
“ Muhamad Hadif Hairi!” Hadif terdiam.
“ Cuba dengar dulu apa orang nak cakap. Asyik dia je cakap macam mana nak dengar Qaira cakap.” Hah, tulah cakap tak berhenti lagi. Qaira menjeling Hadif.
“ Okey, look. Hadif sedar tak apa yang Hadif buat? Hadif tahu tak yang Hadif tengah cakap dengan siapa?” Hadif mengangguk.
“ Habis tu, tak payah nak berlutut bagai. Lepas tu, siap merayu sama macam Lydia tinggalkan Hadif dulu. Hadif tahu kan yang Qaira tak suka tengok Hadif macam ni. Kalau pun nak pujuk buat lah cara lain.Hadif bangunlah. Karang seluar tu kotor yang kena basuh Qaira jugak. Lain lah kalau Hadif dah pandai basuh baju sendiri.” Hadif mengukir senyum dalam diam.
“ tak payah nak sengih sengih macam durian basi. Ingat orang heran sangatlah. Sekarang dengar sini, Hadif pergi bersih kan seluar tu, jangan masuk rumah selagi seluar tu tak bersih.” Qaira sudah bercekak pinggang. Hadif bangun. Dia mencapai tangan Qaira.
“Tolong?”
“ Buat sendiri.” Dia menarik tangannya dan bergerak meninggal Hadif. Namun Hadif lebih bijak pantas menyambar lengan Qaira dan memeluknya dari belakang.
“ Hish! apa peluk-peluk ni. Tak suka lah.” Hadif senyum.
“ Thanks. Sebab bagi Hadif peluang.” Bisiknya perlahan. Qaira terdiam. Lidahnya kelu. Hatinya terusik.
“ Kak Ngah oii, tak payah lah nak berdrama bawah embun. Konon konon nak romantik gitu.
Dalam bilik kan afdal sikit. Tak adalah orang nak kacau.”
Dan serentak Qaira dan Hadif menjerit.
“ Qhairul Fahmi!”
Fahmi hanya ketawa di depan pintu rumah. Semoga bahagia milik mereka.
-TAMAT-
Setiap insan berhak bahagia. walau apa jua dugaan yang melanda ingatlah Allah sentiasa ada. Terimalah buah tangan pertama dari saya..oh ya.. jangan lupa komen.. saya perlu mana kesilapan saya.=) Semoga Allah merahmati kalian.
besar nau tulisan hang ,. sakit mata aku nak baca laa weyh , aku copy paste dekat microsoft pastuh tuka size dia :D ,
BalasPadamhaha..maaf kesilapan teknikal sedikit..
Padamapa pun trimas ya..