Ari berlari pantas. Nafasnya tercungap-cungap. Matanya melirik jam di tangan. Jam yang sudah pun berumur hampir 4 tahun. Jam yang di beli di pasar malam setelah jam kesayangan tidak berfungsi. Dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah banglo milik arwah papanya. Pintu belakang di buka. Lampu dapur di hidupkan. Fuh! Ari menarik pantas lega. Nasib baik sampai cepat. Kalau tak memang nahas. Jangan di sebut perkataan nahas itu. Baru sahaja melabuhkan punggung ke kerusi di dapur. “ ARI!!!!” satu jeritan bergema. Ari terus berlari ke tingkat atas. “ Ya, Auntie.” Kata Ari setelah pintu bilik tidur utama itu di buka. “ Kenapa kau lambat sangat. Kau tak nampak dah pukul berapa. Cepat sediakan air panas. Aku nak mandi!” Ari mengangguk dia berlalu ke bilik air menyediakan air mandian untuk ibu tirinya. Mandi pun nak suruh orang sediakan, macam dah tak ada tangan dengan kaki je. Ari bergerak keluar dari bilik itu. Kerjanya masih banyak. Dia perlu mengejutkan kakak-kakak tirinya dan menyediakan sarapan untuk mereka. Dia mengetuk pintu bilik pertama. “Mimi, dah pagi.” Tiada jawapan. Ari memulas tombol pintu. “ Mimi! Dah pagi lah.” Suaranya di kuatkan sedikit. “ Bisinglah! Aku tahulah bangun!” balas Mimi. Oopps! Kan dah kena balik. Ari hanya mengeleng. Dia menuju ke bilik sebelah. “ Nini, bangun. Dah pagi.” Masih tiada jawapan. Baru sahaja Ari mahu memulas tombol pintu, pintu itu terbuka sendiri. Wajah Nini tersembul di muka pintu. “ Aku dah bangun since mummy memekak panggil kau. Kenapa kau lambat hah? Next time make sure kau kejut aku sebelum mummy panggil kau. Kalau pun mummy dah panggil kau, pastikan kau kejut aku sebelum kau kejut si gemuk kat sebelah.” Usai berkata pintu bilik di tutup. Pang! Ari terdiam. Terangkat keningnya seketika. Memang dia tahu Nini dan Mimi, pasangan kembar yang sentiasa bersaing. Tak kisah apa pun. Ari kembali turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Dalam kabutnya tiba-tiba dia terdengar satu suara memberi salam. Eh? Siapa pulak yang datang pagi-pagi ni. Seorang wanita tua muncul di balik pintu. “ Kamu tak dengar ke Mak Pah bagi salam?” tanya wanita itu. Ari tersenyum. “Awal Mak Pah sampai? Selalunya lepas Auntie ke keluar baru Mak Pah datang.” Mak Pah merupakan orang gaji yang tinggal di hujung taman. Dia hanya datang untuk menyediakan makan tengahari dan minum petang. “ Mak Pah kesian tengok kamu kelam kabut buat kerja pagi-pagi ni.” Mak Pah menolong Ari mengoreng telur. Ari menghidangkan sarapan di atas meja. Nini menarik kerusi dan terus mencedok nasi goreng ke dalam pinggan. Seketika, Mimi datang menyertainya. “ Ari!! Kenapa kau masak lauk kampung ni! Aku tak suka lah! Mana roti bakar aku!” teriak Mimi. Ari kembali ke meja makan. Dia meletakkan roti bakar di hadapan Mimi. “ Lembab! Macam tak tahu je aku tak suka makan lauk kampung ni.” Ari diam. “ Ari aku nak telur.” Pinta Nini. Telur di hulurkan kepada Nini. “ Hello, aku tak nak telur ni, aku nak telur hancur!” Ari kembali ke dapur. Mak Pah yang berada di situ, diam melihat tingkah Ari. Di dalam rumah itu, dia memang tidak boleh bersuara. Itu adalah syarat Puan Maimon, Ibu tiri Ari jika dia mahu terus berkerja di sini. Dia kasihan melihat gadis itu. Sejak arwah papa nya meninggal dunia, Ari terus menjadi seorang yang pendiam. Hanya bercakap bila perlu dan dia hanya menurut arahan ibu tiri serta kakak tirinya tanpa membantah. Mak Pah sendiri hairan, mengapakah Ari berkelakuan seperti itu. Dia bukan budak kecil lagi malah bakal mencecah umur 21 tahun hujung tahun nanti. “ Mak Pah nak makan, makanlah dulu. Ari nak uruskan mereka dulu.” Mak Pah hanya mengangguk mendengar kata-kata Ari. “ Morning sayang.” Jelas kedengaran suara Puan Maimon daripada meja makan. Ari keluar dari dapur dan menuju ke meja makan. Dia perlu melayan ibu tirinya. Jus di tuang dengan penuh hati-hati. “ Mummy, boleh tak Mimi nak duit sikit?” pinta Mimi dengan lenggok manjanya. Nini yang baru sahaja ingin menambah nasi goreng turut mencelah. “ Nini pun nak, bolehkan mummy.” Puan Maimon tersenyum. Dia mengambil tas tangannya lalu mengeluarkan sejumlah wang untuk di berikan kepada anak kembarnya. Dia memandang Ari yang setia di sebelahnya. “Kau nak duit?” Puan Maimon menayang-nayang wang kertas bernilai RM50 di hadapan Ari. Mimi sudah pun tersengih. Nini diam melihat mummynya. Ari mengetap bibir. “ Dia tak nak lah tu mummy.” Ejek Mimi. “ Tak nak?” Puan Maimon berdiri. Dia memandang wajah Ari. Wajah yang mirip seperti Adelia, madunya di pegang. “ Kau nak duit ke tak? Aku baik hati ni nak bagi kat kau.” Ari menahan rasa. Puan Maimon menunjal kepala Ari. “ Kau tak ada mulut ke!” Puan Maimon geram melihat tingkah anak tiri nya yang di ibaratkan seperti patung. Dengan penuh rasa benci dia mencampakkan beberapa helai wang kertas kepada Ari. “ Ambil duit tu. Nanti jangan kau cakap aku ni tak bagi kau duit.” Ari menelan air liurnya. Ya Allah kau kuatkanlah hati aku. “ Jom lah mummy, jangan layan sangat si Ari ni. Nanti Mimi lambat pulak ke kolej.” Puan Maimon segera beredar dari situ. Semakin lama dia di situ, semakin meluat dia terhadap anak tirinya. “ Bye-bye Ari. Oh ya, jangan lupa ambil duit tu, nanti kesian kau tak ada duit.” Mimi turut mengekori Puan Maimon. “ Aku pergi dulu ea, Ari. Kau tak apa kan.” Nini mendekati Ari. Ari mengeleng. “ NINI!! Apa lagi yang kau buat tu, cepatlah sikit!” Jerit Mimi. Nini pantas meninggalkan Ari yang masih berdiri di hadapan meja makan. Mak Pah memandang Ari dengan sayu. Apalah nasib kau, nak.
*****
*****
Ari melangkah perlahan. Petang itu, kelasnya batal. Dia berjalan menyusuri taman. Angin bertiup perlahan. Di kolej tadi, Nini memberitahu bahawa Puan Maimon pulang lewat. Jadi, petang itu dia bolehlah mencuci mata. Ari berjalan sambil berpeluk tubuh. Tiba-tiba matanya terhenti pada seorang lelaki yang sedang khusyuk memandang telefonnya. Tanpa lelaki itu sedari sebuah kenderaan sedang meluncur laju ke arahnya. Ari pantas menarik lelaki itu ke tepi jalan. Fuh! Selamat. Nasib baik kalau tak memang dah jalan dah tadi. “Encik tak apa-apa?” Ari kenapa lah kau tanya soalan yang kau dah tahu jawapan. Sah-sah lah mamat tu luka. “ Tak, saya okey. Cuma luka sikit je.” Jawab lelaki itu. Ari melihat luka kecil di lengan lelaki itu. Dia mengeluarkan sapu tangan dalam begnya lalu di hulurkan kepada lelaki itu. “ Ambillah, balut luka tu dulu.” Lelaki itu mengambil sapu tangan di tangan Ari. Ari bangun. Dia berjalan meninggalkan lelaki itu. “ Cik!” panggil lelaki itu. Ari berpaling. “Terima kasih.” Ari mengangguk. Dia meneruskan langkah tanpa menghiraukan lelaki itu tadi.
******
Ari menutup pintu dapur perlahan. Jam menunjukkan pukul 7.50 malam. Itu menandakan dia sudah lewat untuk membantu Abang Mus dan Kak Sal. Kebiasaannya dia akan berada di kawasan pasar malam lebih kurang jam 7.45 malam bagi menggantikan Abang Mus untuk menunaikan solat maghrib. Dia berjalan dengan laju memasuki kawasan pasar malam yang tidak jauh dari situ. Kawasan pasar malam seperti biasa hinggar tanpa mengira waktu. Kadang-kadang terdetik jua di hati Ari, demi mencari sesuap nasi manusia sering terlupa dengan suruhan Allah. Seketika dia beristighfar. Moga-moga Allah mengampunkan semua dosa hamba-Nya. Dia mencelah di balik orang ramai menuju ke gerai burger milik Abang Mus dan Kak Sal. Dari jauh, dia lihat Abang Mus sedang menanggalkan apron. “Assalamualaikum, Abang Mus.” Musa tersenyum melihat Ari. “ Maaflah Ari terlewat sikit.” “Tak apa, Abang Mus faham. Abang Mus dah lewat sangat ni. Kejap lagi Kak Sal kamu sampai. Abang Mus gerak dulu lah.” Ari mengangguk. Dia menghantar Abang Mus dengan pandangan mata. Hatinya tersentuh melihat tingkah Abang Mus dan Kak Sal. Susah nak jumpa orang seperti mereka. Menjaga solat meskipun terpaksa bertungkus lumus mencari sesuap nasi. Kasihan Abang Mus terlewat solat. Ari mulai mengoreng daging burger.“Bunger ayam, dua kak.” Ari tangkas menyediakan burger. “ Berapa kak?” Ari menunjukkan tiga jari. Dia menghulurkan burger yang siap di bungkus. Senyum di ukir. “ Terima kasih dik.” Remaja itu berlalu. “ Kak Sal ingat, kamu tak nak ucap terima kasih.” Ari memandang Kak Sal. “ Kenapa Kak Sal cakap macam tu?” Salina tersenyum. Dia duduk di kerusi plastik di sebelah Ari. “ Habis tu, kamu diam je bila budak tu tanya.” Ari sengih malu. Hakikatnya dia memang malu berhadapan dengan orang. “ Tak payah lah kamu nak malu-malu dengan pelangan. Nanti orang tak beli pulak burger kamu.”Ari duduk di sebelah Salina. “Lambat kamu hari ni, Auntie kamu ada di rumah ke?” Ari menggeleng. “ Mimi ada kat rumah.” Salina angkat kening double jerk. “ Bila masa pulak minah tu pandai duduk rumah? Bukan dia tu anggap rumah tu macam hotel.” Salina yang sememangnya tahu mengenai keluarga Ari berasa hairan. Setiap minggu,memang Ari akan datang membantu dia dan suaminya berniaga di pasar malam ini. Kali pertama melihat gadis itu dia jadi jatuh kasih pada Ari. Kasihan benar dia melihat gadis itu. Nak kata anak orang miskin, arwah papanya memang kaya. Maklumlah rumah banglo, kereta tiga empat berderet.Dia memandang wajah Ari yang mulus. Gadis itu tak banyak bercakap. Jika tak dipaksa bercerita memanglah dia akan pendam sendirian. Masih terbayang di ruang ingatannya melihat kesan lebam di lengan Ari satu ketika dahulu semasa dia melihat gadis itu mengambil wuduk. Ari menberi alasan bahawa dia jatuh tangga. Mana mungkin jatuh tangga boleh lebam seperti itu. Akhirnya setelah dipaksa barulah terbongkar rahsia, sikap sebenar Puan Maimon. “ Kak Sal tengok Ari macam nak makan kenapa? Kak Sal lapar? Kalau lapar Ari boleh belikan makanan.” Salina hanya tersenyum. “ Tak ada apa, Kak Sal kenyang lagi. Kak Sal cuma suka tengok muka Ari. Lawa.” Puji Salina. Ikhlas. “ Ada-ada je Kak Sal ni.”
*****
Hari berganti hari. Masa berlalu tanpa di sedari. Akmal menghitung waktu. Dia memandang sapu tangan di tangannya. Ternyata dia masih teringat akan gadis yang mmembantunya tempoh hari. Dia cuba mengingati wajah gadis itu namun tidak dapat. Ya Allah kau temukan lah aku dengannya. Jam besar yang berada di ruang tamu berbunyi lima kali tanda jam lima petang. Akmal bangkit dari sofa dan menuju ke biliknya. Dia mahu solat dan bersiap. Petang ini dia dah berjanji untuk bertemu dengan Abang Mus.
******
“Kak Sal tak sihat?” Musa hanya senyum tidak menjawab. “ Sakit apa?”
“Pening sikit.” Musa memotong roti burger. “ Pening?” Alahai Akmal, kenapa lambat sangat pick up ni. “ Muntah-muntah.” Dahi Akmal berkerut. “ Teruk sangat ke bang?” Risau pula dengan keadaan kakak angkatnya itu. Musa tidak menjawab. Dia sibuk melayan pelangan yang baru datang. “ Akmal datang nak tolong abang tak ni?” Akmal tersengih. “Tolong..datang nak tolong.” Musa hanya menggeleng melihat tingkah Akmal. Selepas pelangan terakhir, Musa duduk di kerusi. Akmal masih menterbalikkan burger. “ Kamu datang ni, papa dengan mama kamu tahu tak?” Akmal mengangguk. “ Dia orang tak marah ke?” Akmal menggeleng. “ Akmal, kut ya pun nak goreng burger tu, tak yah lah masuk mode senyap.” Akmal tersengih. “ Fokus bang, fokus.” Giliran Musa tersengih. “ Duduklah kejap.”
Kawasan pasar malam hinggar-binggar. Walaupun jam hampir menunjukkan 6.30 petang, makin ramai manusia yang datang menyinggah. “ Tak pa ke kalau abang biarkan kakak kat rumah.” Musa mengelap peluh di dahi. “ Kakak kamu yang kecoh suruh abang bukak gerai.”
Akmal mengganguk faham. “ Abang selalu gerak pergi surau pukul berapa?” Musa berfikir sejenak. “ tujuh setengah lebih kurang. Kalau tak ada pelangan memang abang gerak awal.”
“ Bang, burger daging special satu.” Seorang remaja lelaki muncul. Akmal pantas bangun mendahului Musa. Musa angkat kening double-jerk. Dah lama dia tidak melihat Akmal sebegitu cergas. Dia tersenyum. Teringat kali pertama Salina memperkenalkan Akmal kepadanya. Mahunya ketika itu dia sangkakan Akmal itu adalah kekasih gelap Salina. Melihat cara Akmal melayan Salina, timbul rasa cemburu. Memang dia akui, Akmal tampak matang dari usia sebenarnya. “ Jauhnya abang termenung. Kalau ingat Kak Sal kat rumah, abang balik jelah.” Musa senyum. “ Nak tinggalkan kamu seorang diri kat sini? Tak payahlah Akmal. Silap hari bulan lingkup bisnes abang ni.” Akmal ketawa. “ Abang jangan pandang Akmal sebelah mata. Apa guna degree kat rumah tu. Takkan nak simpan buat pekasam.”
“Apa guna syarikat papa awak yang besar tu kalau awak duk nak tolong abang jual burger.”
Akmal ketawa. “ Alah bang, papa tak kisah lah. Dia tahu apa yang Akmal buat.” Betul, memang papa dengan mama tak kisah. Papa memang tak nak mengongkong hidup dia. Dia boleh buat apa yang dia suka asalkan tak langgar hukum Allah. Dia dah besar bukan budak kecil lagi, tahu dosa pahala. “ Kamu ni, tak ada teman wanita ke?” Akmal tersentak mendengar soalan Musa. “ Apa abang ni, nanti nantilah. Akmal kan muda lagi. Ada banyak lagi nak kejar.” Akmal membuang pandangan di tengah-tengah pasar malam yang penuh dengan orang. Matahari kian terbenam. “ Kalau ada, jangan tunggu dik, nanti melepas. Sudahlah, Maghrib nak masuk ni.” Musa menepuk perlahan bahu Akmal.
*****
Ari mengatur langkah ke arah gerai Abang Mus. Eh? Siapa pulak tu? Dari jauh dia melihat seorang lelaki sibuk mengoreng daging burger. Biar betul? Sejak bila pulak Abang Mus ambil pekerja baru. Ari masih berdiri tegak di situ. Tak lama kemudian Abang Mus muncul. Lelaki itu menanggalkan apron dan meninggalkan Abang Mus. “ Assalamualaikum.”
“ Ingatkan tak datang tadi, nasib baik ada orang tolong.” Ari senyum. Topinya di tarik ke bawah. “ Kak Sal mana?” Abang Musa sibuk meletakkan sos cili di atas daging burger.
“ Kak Sal tak sihat sikit hari ni. Ada kat rumah.” Ari mengganguk. “ Biarlah Ari yang buat, Abang Mus, duduk lah dulu. Abang Mus mesti belum makan kan, ni Ari ada buat carrot cake.” Musa memberi ruang kepada Ari mengambil alih. “ Carrot cake? Kalau Kak Sal kamu ada ni, mesti dia suka.” Ari tersenyum. Musa membuka bekas makanan yang di bawa oleh Ari. “ Pandai adik abang masak.” Puji Musa. “ Jangan habiskan. Simpan sikit untuk Kak Sal.”
Musa tersenyum. Ari memang pandai memasak. Bukan setakat lauk kampung, semua lauk barat pun dia pandai. “ Ari tak penat ke?” Ari menggeleng. Dia meneruskan kerjanya. “Abang Mus.” Musa memandang Ari. “Kenapa?” Ari mengigit bawah bibirnya. “ Siapa..” dia tidak jadi meneruskan kata-katanya. “ Akmal. Dia adik angkat Kak Sal. Baru sebulan balik Malaysia. Dia belajar kat US.” Hah, detail punya. “ Tu sebab, Ari berdiri je kat tengah-tengah pasar tadi.” Ari diam. “ ke Ari suka kat Akmal tu.” Sudip di tangan hampir terlepas. “Abang Mus!” Musa ketawa. “ Usik sikit pun tak boleh.” Musa meneruskan suapan. Jeda seketika. Ari diam melayan pelanggan. Musa masih menguis potongan kek dengan garfu plastik. “Assalamualaikum.” Ari masih diam di depan kuali. Topinya di tarik menutup wajah. “ Kamu nak makan Akmal. Ni ada carrot cake.” Musa menghulur sepotong kek kepada Akmal. “ Abang beli kat mana?” Musa tersengih. “ Beli dengan cik adik yang tengah masak tu.” Usik Musa. Akmal angkat kening dua kali. Rezeki jangan di tolak. Matanya turut memandang ‘cik adik’ yang di katakan oleh Abang Mus. Sedap. Senyum terukir. Musa sudah pun hilang ke gerai air di sebelah sana. Akmal masih memandang gadis bertopi itu. Dia cuba meneliti wajah gadis itu, namun topinya menghalang. “ Ari balik lambat ke?” tanya Musa. “ Macam biasalah Abang Mus.” Musa mengangguk. “ Kalau kamu nak balik awal abang tak kisah, lagipun kakak kamu bukannya ada.” Ari mengangguk. “Tak apalah bang, Auntie outstation. Kat rumah cuma ada Nini.” Musa mengangguk. “ Ari dah kenal belum dengan Akmal ni?” Ari diam. Akmal senyum. “ Hai, saya Akmal.” Ari mengangguk. Dia tidak memandang lelaki itu. “ Ari.”
“ Ari je?”
“ Ariana.”
“ Sedap.”
“Huh?”
“Maksud saya, nama awak. Sedap.”
“ Oh. Tapi nama saya tak boleh makan.”
Akmal dan Musa ketawa.Loyar buruk betul. Apa? betul lah. Aku tak nak rosakkan bahasa. Penat je cikgu B.M aku ajar. “ Tapi kek awak boleh makan. Sedap.” Ari mengangguk.
“Apa yang Ari duk angguk tu.”
Ari terdiam. Dia berpaling memandang Musa.
“ Suka hati Ari lah. Kepala Ari bukan kepala abang. Tu kek jangan nak makan sorang,ingat sikit isteri kat rumah.” Musa tersengih.
Susah betul budak sorang ni.
*****
“ ARI!!!!!!!!!!!!!” Ari pantas menuju ke ruang tamu. “ Ya,Auntie.” Kelam kabut di buatnya. Sudip di tangan kanan. “ Kau buat apa lama sangat kat dapur tu!” seperti biasa, nadanya sentiasa tinggi. Ari diam tidak menjawab. Puan Maimon menjeling Ari. Hujung minggu seperti ini dia sebenarnya tidak betah duduk di rumah. Namun apakah daya, dia perlu merancang majlis untuk parti hari lahir anak kembarnya hujung bulan ini. “ Hujung bulan ni birthday Mimi dan Nini. Aku ingat nak buat kat hotel jer, tapi Nini nak buat kat rumah. So make sure kau uruskan rumah. Aku jemput semua VVIP. Kau jangan nak buat kecoh. Makanan aku order katering. Tapi hiasan rumah kau uruskan. Kek pun aku tempah kat luar. Kau uruskan yang lain-lain jelah.” Puan Maimon menilik kawasan ruang tamu.
“ Mummy!” jerit Mimi dari tangga. “ Yes, honey.”
“ Mummy, tengah bincang apa?” Mimi melabuhkan punggung di sofa.
“ Pasal birthday party Mimi dengan Nini.” Wajah Mimi jelas terpancar keceriaannya.
“ Wah, bestnya. Mimi nak jemput semua kawan-kawan Mimi dekat kolej tu.”
Apalah, dah lah guna perkataan semua lepas tu gandakan lagi perkataan ‘kawan’tu.
“ Kau dengar tak Ari aku cakap dengan kau ni.” Ari tersentak. Baru nak kutuk anak dia, mak dia dengar lah pulak. “ Dengar, Auntie.” Mimi tersenyum sumbing. “ Ari, pergi buatkan aku jus oren. Letak ais sekali.” Arah Mimi. Ari mengangguk lalu bergerak ke dapur. “ Ari, pergi buatkan aku just oren. Letak ais sekali.” Ejek Ari. Dia pantas membuka pintu peti ais. Gelas di capai. Jus di tuang ke dalam gelas. Ais di keluarkan dari bahagian sejuk beku. Dulang di capai. Gelas di letakkan di dalam dulang. “ Ari!!!!!” Ari di dapur membuat muka bersahaja.
Tak reti nak sabar ke. Dulang di angkat menuju ke ruang tamu. Belum sempat gelas yang berisi jus itu tiba di hadapan Mimi ia sudahpun singgah di mulut Nini. “ Thanks,Ari.” Ari mengeluh seketika. Dia kembali ke dapur. Tiba-tiba dia mendengar satu suara menjerit.
“ Sabar jelah.” Dia kembali ke ruang tamu dengan gelas yang baru. Ketika itu ruang tamu sudahpun seperti medan peperangan. Mana taknya Mimi bergelut dengan Nini. Termasuk juga dengan mummy mereka yang konon-konon nya ingin menyelamatkan keadaan. Ari menggeleng. “ Yang kau berdiri kat situ kenapa! Cepat tolong aku ni.” Ari lantas meletakkan jus di atas meja. Mimi sedang mencuba menarik rambut Nini yang pendek. Manakala Nini cuba menarik baju Mimi. Kenapalah mereka ni tak boleh nak aman. Ari lantas menarik Nini.
“ Nini, sudahlah tu.”
“ Mana boleh sudah. Perempuan ni yang dengki kat aku.Kau tepi Ari!” Jerit Nini.
“ Mimi sayang, tak baik gaduh-gaduh ni. Kamukan adik beradik.” Pujuk Puan Maimon.
Ari menahan gelak melihat rambut Auntienya yang terumbang-ambing. Macam Singapura dilanggar todak pun ada. “ Mummy pun sama. Dia yang mula dulu. Mummy tak nampak ke dia minum air Mimi.” Mimi menarik baju Nini. Nini memukul peha Mimi. Ari menarik Nini ke belakangnya. “ Enough okay!” teriak Ari. Nyata semua di situ terdiam. Termasuk Puan Maimon sendiri. Penakut jugak ek dia orang ni. “ Tu jus yang Mimi nak, Ari dah buat baru.”
Mimi diam. Nini yang berada di belakang Ari menarik muka masam. Puan Maimon sibuk membetulkan rambutnya. “ Ehem...ehem..” Puan Maimon berdehem.
“ Ari ke dapur dulu.” Ari bergerak meninggalkan ruang tamu. Dia mengeluh seketika.
Mama, Papa sampai bila Ria nak hidup macam ni. Rantai loket di dada di pegang. Di buka loket berbentuk hati itu. Di sebelah kanan gambar papanya, di sebelah kiri gambar mamanya. Dia masih ingat lagi ketika umurnya 10 tahun. Hadiah terakhir yang di beri Papanya sebelum Tuan Arish meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak itu, dia tinggal bersama ibu tirinya dan dua orang kakak tiri yang tidak pernah membuat hidupnya aman. Dulu, kamar Mimi merupakan kamarnya. Kini, semua tinggal kenangan. Dia di halau ke dapur dan duduk di bilik belakang. Sejak kecil memang dia tidak di benarkan kemana-mana. Dia hanya dapat duduk di dapur bersama Mak Pah. Meskipun begitu, dia sering keluar secara sembunyi untuk bermain di taman. Bermain bersendirian sehingga dia mengenali Lily. Lily merupakan satu-satunya teman Ari. Lily telah berpindah ke Australia mengikut Atuknya. Dan sejak itu hidupnya kembali di dapur banglo itu. Namun, kasih sayang Allah itu tidak pernah padam buat hambanya. Dia di pertemukan dengan Abang Mus. Abang Mus bukanlah anak orang kaya. Hidupnya cukup sederhana. No more no less. Itulah yang sering di katakan kepada Ari. Hadirnya Abang Mus membuatkan Ari sentiasa rasa di sayangi. Abang Mus tak pernah kedekut dalam apa pun perkara. Katanya, kalau kita pemurah, Allah akan lagi pemurah kepada kita. Sering dia mengikuti Abang Mus ke surau. Sehinggalah dia diperkenalkan dengan Kak Sal. Kak Sal merupakan anak yatim.Masih dia ingat lagi, ketika majlis pernikahan Kak Sal dan Abang Mus dilangsungkan dia terpaksa menggunakan pelbagai helah untuk ke sana. Dia sangat bernasib baik kerana Nini telah menolongnya dengan membawa mummynya dan Mimi ke Port Dickson. Bibir mengukir senyum di bawah sedar. Memang dia akui, Nini tidaklah sekejam mummynya dan Mimi. Walaupun Nini selalu mengenakan dia, namun dia tetap mengakui bahawa Nini sememangnya berhati mulia.
“ Kau rindukan papa?” Ari tersentak. Dia berpaling. Nini duduk di atas kerusi di hadapan meja hidang. Ari cuba mengukir senyum. “ Aku tahu, mesti kau sakit hatikan tengok mummy rancang majlis untuk birthday aku dengan Mimi. Mesti kau rasa yang mummy kejam sangat kat kau.” Ari diam. Sakit hati ke? Entahlah. “ Kau mesti tak sabar nak tunggu umur kau 21 tahun kan. Yalah lepas tu kau boleh keluar dari cengkaman mummy.” Ari mengerut dahi. “ Apa yang Nini maksudkan ni? Ari tak fahamlah.” Nini tersengih. “ Wasiat papa mengatakan kau berhak nak tentukan hidup kau bila kau berumur 21 tahun. Lagipun lepas ni, semua milik papa akan jadi milik kau bila kau berumur genap 21 tahun, dan masa tu, kalau kau nak halau mummy pun boleh.” Ari nyata terkejut. Biar betul. Selama ini dia sangkakan bahawa semua milik papanya telah pun menjadi milik Auntie nya. “ NINI!!!! Apa yang kau cakap ni! Ari, kau jangan dengar cakap Nini ni. Dia menipu kau!” Puan Maimon lantas menarik tangan Nini keluar dari ruangan dapur. Ari hanya memandang bersahaja. Argh! Biarlah apa dia nak cakap. “ Apa mummy ni, sakitlah tangan Nini. Memang betul pun apa yang Nini cakap dengan Ari. Selama hari ni kita makan duit dia tau mummy. Kalau tak sebab duit peninggalan arwah papa dan arwah auntie Adelia memang kita dah merempat kat tepi jalan. Nak harapkan duit Daddy? Tak payah lah mummy.” Satu tamparan hinggap di pipi Nini. Berkaca matanya. Seumur hidupnya belum pernah dia di tampar oleh Mummynya. “ Hey, Nini. Dengar sini, kalau kau nak menangkan si anak tak guna tu, jangan ingat aku nak mengaku kau anak aku!” Puan Maimon lantas meninggalkan Nini. Geram sungguh dia melihat anak bongsunya yang cuba memecahkan rahsia. Dia harus mencari jalan untuk memastikan segala harta Arish akan jatuh ke tangannya jua. Nini memegang pipinya. Perit rasanya. Dia sudah teresak –esak. Ari yang mendengar segala butir perbualan Puan Maimon dan Nini menahan sebak. Dia bergerak perlahan menuju kearah Nini. “ Nini.” Nini masih lagi teresak. “ Ari minta maaf, sebab Ari, Nini kena tampar dengan Auntie.” Ari memeluk Nini. “ Kasihan Nini. Nini baik. Nini tak salah.” Ari mengesat air mata Nini. Wajah Nini di pandang. “Ari, Nini minta maaf. Selama ni, Nini selalu jahat pada Ari. Nini banyak susahkan Ari. Ari tak pernah nak gembira dalam hidup Ari. Ari selalu nangis sorang-sorang. Ari tak pernah bantah cakap Mummy. Ari diam je bila kena herdik, kena tampar dengan mummy.” Ari senyum. “ Nini, sudahlah tu. Jangan cakap apa-apa lagi. Ari ada Nini pun cukup.” Ari mengeratkan lagi pelukannya kepada Nini. Kasihan kau, Ari. Mummy memang kejam dengan kau. Tak apa satu hari nanti, mummy akan dapat balasannya. “ Ari buatkan Nini blueberry cheesecake nak?” Nini tersenyum mendengar pujukan Ari. “Nak!” Ari senyum. Ya Allah semoga kau mengurniakan kebahagiaan buat gadis ini.
******
Ari mengemaskan perkakas untuk di simpan di dalam van milik Abang Mus. Salina mengelap meja. Musa mengangkat bahan-bahan untuk di simpan ke dalam van. Akmal duduk memerhati. Kak Sal melarangnya untuk membantu. Katanya, Akmal hanya menganggu. Terus adik angkatnya duduk sambil menarik muka. Salina mengelap peluh. “ Janganlah buat muka dengan akak.” Akmal diam. Dia bermain dengan telefon bimbitnya. “ Ari.” Panggil Salina. “ Ya, kak.” Ari datang mendekati Salina. “ Ari nak balik, baliklah. Dah lewat sangat ni.”
“ Tak apalah kak. Ari tunggu Kak Sal dengan Abang Mus siap.” Musa melipat meja. “ Awak tolong Kak Sal pujuk si Akmal tu. Merajuk tak sudah.” Musa menyusun barang dengan berhati-hati. Selesai sudah. Kawasan pasar malam kian sunyi. Kebanyakkan peniaga mulai beredar meninggalkan kawasan pasar malam itu. Ari hanya diam. Kasihan pula melihat lelaki itu. Dia mengaru-garu kepalanya. “ Dah, Ari tak payah nak layan Abang Mus kamu tu.” Salina sudah mengikut suaminya ke van. Dia menanggalkan apron.
“ Awak, okey?” hish! buat tabiat ke kau cakap dengan mamat ni. Memang selama ini, jika Akmal bercakap dengannya dia hanya mengangguk dan mengeleng.
“Ari cakap dengan Akmal ke?” Eh? Ada yang kena baling dengan kasut ni.
“Tak, saya cakap dengan diri saya.” Akmal tersenyum.
“ Awak ni comel lah.” Mahu gugur jantung di buatnya.
“ Err..” Hampir sahaja Akmal mahu ketawa melihat tingkah gadis kecil molek itu.
“ Tak payah buat muka macam tu. Akmal cakap jujur ni. Ari memang comel. Cuma janganlah tutup muka Ari dengan topi tu.” Akmal memandang Ari. Ari jadi serba tidak kena. Apa pandang-pandang anak dara orang ni. “Jangan lah takut. Akmal bukannya nak makan Ari pun. Cuma nak cakap dengan Ari je.” Salina memandang Ari yang serba tidak kena itu. Jam menunjukkan hampir pukul sebelas malam.
“ Awak dah okey kan.” Akmal angkat kening.
“Belum lagi, Ari belum habis pujuk Akmal lagi.” Hish, menyesal pulak termakan kata-kata Abang Mus. Memang dia akui dia kasihan dengan lelaki itu. Tapi, biarlah!
“ Ari, umur Ari berapa sebenarnya?”
“ 20 tahun.”
“ Oh, Akmal 24 tahun. Lagi tua dari Ari.” Ari mengangguk. Tahu.
“ So, bukan ke Ari kena panggil Akmal dengan panggilan ‘abang’ sebab Akmal lagi tua dari Ari.” Hah? Mamat ni biar betul. Lupa makan ubat ke apa? Musa yang mendengar perbualan itu tertawa. “ Kut ya Akmal nak mengayat adik abang tu, gunalah taktik lain.” Akmal tersengih. “ Akmal! Jangan kacau si Ari tu.” Giliran Salina mencelah.
“ Mana ada Akmal kacau. Dia yang cakap dulu dengan Akmal.”
Memang lah mamat sorang ni. Musa sudah pun ketawa. Ari mengetap bibir.
“ Ari ada berapa adik-beradik?” Ari tidak menjawab. Malas melayan jejaka itu.
Musa dan Salina datang mendekat. “ Ari, nah duit.” Ari menyambut huluran Musa.
“ Eh, Abang Mus banyak sangat ni.” Musa tersenyum.
“Ambil je, Abang tahu Ari nak guna duit. Ari tu belajar lagi, nanti tak cukup duit belanja.”
“ Thanks Abang Mus, Kak Sal.” Musa mengosok perlahan kepala Ari. Salina turut melakukan perkara yang sama. “ Akmal pun nak gosok kepala Ari.” Salina lantas menunjal kepala Akmal.
“ Jangan mengada.” Ari ketawa kecil. Akmal sedikit terkejut. Pertama kali dia mendengar gadis itu ketawa kecil. Selama ini gadis itu hanya tersenyum. Bibir Akmal mengukir senyum. Senang melihat gadis itu. Tiba-tiba telefon bimbit Ari berbunyi. Alamak! Auntie.
Baru sahaja dia menekan butang hijau. “ Kau dekat mana!!!! Aku penat menjerit panggil kau!!” Semua yang berada di situ terkejut. Ari menjauhkan telefon dari telinganya. “ Ari pergi kedai kejap Auntie.” Salina lantas membuat gaya menyuruh Ari pergi dari situ. “ Kau jangan nak tipu aku! Dalam sepuluh minit kau tak sampai rumah siap kau.”
Panggilan di matikan. “ Cepat Ari!” Apron Ari di buka dia pantas membuka seribu langkah.
“ Sorry Kak Sal, Abang Mus.” Ari berlari laju. Dia terdengar Salina memanggilnya. Di tangan Salina terdapat bungusan makanan. Burger pesanan Nini. Ari berpatah balik. Tangan pantas menyambar bungkusan. “ Thanks Kak Sal.” Ari hilang dari pandangan. Salina menarik nafas lega. Namun dia tetap risau akan keadaan Ari. “ Abang.”
Musa memegang bahu isterinya. “ Tak apa, Ari boleh elak. Bukan kali pertama kan.” Pujuk Musa. Dia turut risau dengan keadaan Ari.
“ Boleh tak sesiapa terangkan pada Akmal pasal sekarang ni?”
Musa tersengih. “ Jom balik.”
*****
Ari termenung di meja dapur. Mak Pah sudah lama menghilang ke depan. Di luar rumah banglo itu sudahpun di penuhi dengan tetamu. Ari yang hanya berbaju kurung bertanah putih berbunga kecil berwarna oren. Rambutnya di tutupi dengan selendang berwarna senada. Fikirannya melayang mengingati peristiwa kelmarin.
“ Aku dah kata! Jangan keluar rumah ni tanpa kebenaran aku! Kau pergi jumpa siapa hah! Kau mesti mengadu dengan si Musa tu kan!” Ari menundukkan wajahnya. Puan Maimon memandang gadis yang di hadapannya dengan penuh rasa benci. “ Kau dengar sini! Mulai hari ini, jangan harap kau boleh keluar rumah kecuali ke kolej! “ Ari terkesima.
“ Tapi Auntie..” Pipi Ari di tampar.
“ Jangan nak melawan cakap aku! “ Telinga Ari di tarik.
“ Kau dengar baik-baik, tempat kau kat dapur sana! Bukan kat luar! Kau jangan bermimpi nak keluar dari cengkaman aku!” Ari ditolak ke tepi tangga. Puan Maimon lantas meninggalkan Ari. Benci! Sungguh dia benci melihat wajah Ari! Cecair merah mengalir di celah dahi Ari. Air mata yang bertakung mulai mengalir deras. Papa, Mama kenapa tinggalkan Ria. Ya Allah, kenapa besar sangat Ujian-Mu. Sungguh aku terasa lemah Ya Allah.
“ Kenapa termenung ni? Buat apa duduk kat dapur. Bukan ada orang pun.”
Ari memandang pemilik suara itu. Bibirnya cuba mengukir senyum.
“Jom pergi depan, kat depan ada ramai tetamu.”
“ Tak pa lah Nini, Ari duduk kat sini je.” Ari menolak. Bukan apa, dia telah di beri amaran agar tidak muncul di depan tetamu.
“ Alah, jomlah. Jangan dengar cakap mummy tu.” Nini masih berkeras.
Akhirnya setelah bertelagah beberapa minit, Ari akur. Dengan syarat dia hanya akan berada di ruang tamu. Di ruang tamu juga tidak kurang hebatnya. Masih banyak tetamu yang berada di situ. Berapalah agaknya jumlah tetamu yang Auntie jemput ni? Macam nak kahwinkan anak je gayanya. Padahal, majlis hari lahir je. Para tetamu di panggil untuk acara memotong kek. Alahai, siapalah yang mulakan tradisi potong kek ni. Ari masih ingat ketika majlis hari jadinya, papanya akan menyuruh Mak Pah membuat pulut kuning dan mereka mengadakan kenduri kesyukuran di surau. Itulah yang di ajar oleh papanya.Hatinya juga senang dengan cara itu. Tidaklah meniup belon sebanyak mungkin kemudian pengakhirannya dia juga perlu mengemas. Tetamu mulai menyanyi lagu ‘ Happy Birthday’.
Setelah itu, tepukan gemuruh di berikan. Ari hanya tersandar di sofa. Dalam fikirannya sekarang, pukul berapa lah agaknya dia dapat melelapkan mata. Dia tahu selagi jam tidak menginjak pukul 12 malam, selagi itu semua lampu di rumah itu akan menyala. Ari akhirnya angkat kaki menuju ke dapur. Malas dia mahu menyesakkan mindanya dengan mereka-mereka yang di luar. Dia kembali ke meja makan. Kepala kembali di letakkan di atas meja.
Mengantuknya. Nini mencari kelibat Ari di ruang tamu. Di tangannya sepotong blueberry cheesecake yang di buat khas oleh Ari untuknya. “Cik, tumpang tanya?” Nini berpaling.
Oh, mamat ni. Anak kawan mummy. Handsome lah pulak.
“ Yes?”
“ Toilet kat mana?” Oh, ingatkan nak apa la tadi.
“ Marilah saya tunjukkan.” Nini menunjukkan jalan ke tandas. Sampai di ruangan dapur, Nini terkejut melihat Ari yang sedang lentok di meja makan.
“ Eh, bertuahnya budak. Penat aku cari dia rupannya ada kat sini.” Tanpa menghiraukan lelaki tadi, Nini pantas mengejutkan Ari. Ari mengesat matanya.
“ Eh, kenapa Nini ada kat sini? Majlis dah habis ke?” Cepatlah pulak majlis ni tamat. Baguslah, boleh aku tidur awal. Nini mengelengkan kepalanya.
“ Bila pulak majlis habis, kau tu yang tidur kat sini kenapa? Aku cari kau nak bagi kek ni.”
Nini menghulurkan blueberry cheesecake itu kepada Ari.
“ Cik, toilet kat mana?” Alamak! Terlupa lah pulak.
Ari dengan muka mamai terus menunjukkan tandas dengan jari telunjuknya kepada lelaki itu. Kemudian dia meletakkan kembali meletakkan kepalanya di atas meja.
Nini hanya tersengih. Lelaki itu hilang menuju ke tandas.
“ Ari! Janganlah tidur, makan dulu.” Ari menahan kuap.
“ Malaslah Nini. Mengantuk.”
“ Ari! Makan!” Ari mengelengkan kepalanya. Tak Nak!!!!
“ Nini!” Suara Puan Maimon memanggil. Nini memandang Ari. “ Auntie panggil Nini tu, pergilah.” Nini menarik muka masam. “ Aku pergi kalau kau makan kek ni.” Ari menggangguk. Nini beredar dari ruang makan itu. Ari bangun dan menuju ke singki dapur. Tangannnya di cuci. Fikirannya melayang lagi.
Akmal merenung gadis di hadapannya. Macam kenal. Dia meneliti wajah gadis itu.
“ Ari?” Berderau darah Ari mendengar suara garau memanggil namanya. Dia menoleh ke kiri. Akmal? Dahinya sedikit berkerut. Habislah. Akmal merenung gadis itu.
Memang Ari. “ Apa Ari buat kat sini?”
“ Apa Akmal buat kat sini?” Eh, orang tanya dia, dia tanya orang balik.
“ Akmal tanya Ari dulu.”
“ Jawab soalan Ari dulu.” Sudah...
“ Okay. Akmal datang teman parents Akmal jumpa kawan dia orang.”
“ Puan Maimon tu kawan parents Akmal?”
Akmal mengangguk. Pelik ke? Tak lah.
“ Ari!!!” Siapa pulak yang datang ni. Akmal dan Ari menoleh.
“Kenapa Mak Pah?” Mak Pah tercunggap.
“ Nini..Nini...dia..gaduh dengan Mimi.” Ari lantas menuju ke luar.
Dia lantas menuju ke arah kolam renang ,di mana dia mendengar suara-suara yang menjerit. Saat itu jelas di hadapannya Mimi membaling kek ke arah Nini. Manakala Nini cuba membalas dengan Jus mangga. Tetamu semua terdiam. “ Sayang!! Kenapa ni.. Janganlah malukan Mummy depan tetamu.”
Nini menolak Mimi. Mimi menarik rambut Nini. Dan kedua-duanya terjerit-jerit. Akmal yang muncul di sebelah Ari hanya ketawa. Ari mengeleng perlahan. Dalam aksi tolak menolak itu, Puan Maimon terjatuh ke dalam kolam renang. Terbeliak mata Ari. Dia lantas mencapai mushroom soup di atas meja, lalu di curahkan ke atas kembar itu. Kedua gadis itu terdiam.
Masing-masing memandang wajah Ari yang agak bengis itu. Puan Maimon yang terkapai-kapai di dalam kolam turut berhenti. “ Tak malu ea bergaduh depan orang. Sedar lah diri tu perempuan. Jaga lah sikit maruah mummy awak!” Kecut perut Mimi mendengarnya. Ari menolak kedua gadis itu. Dia menghulurkan tangan kepada Puan Maimon untuk menariknya keluar dari situ. Puan Maimon keluar dari kolam renang itu. Setelah itu, Ari menarik tangan Nini lalu meninggalkan majlis yang di penuhi oleh mereka yang tercenggang dengan situasi di hadapan mereka. Seorang gadis yang entah muncul dari planet mana boleh mendiamkan kembar itu dan ibu mereka. Persoalannya kini. Siapa gadis itu?
*****
“ Mama betul tak sangka yang anak Puan Maimon macam tu sekali. Tak ada adab langsung. Kalau pun nak bergaduh, pergilah masuk bilik.” Bebel Datin Hafizah. Datuk Alias hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya. Akmal yang berada di tempat duduk belakang hanya membuang pandangan ke luar. “ Nasib baik ada budak perempuan yang tolong tadi, kalau tak buat malu je. Siapa budak tu ek? Mama tak pernah nampak pun dia.” Datuk Alias tidak menjawab persoalan isterinya. Matanya tertumpu pada cermin sisi.“ Anak papa termenung jauh kenapa? Tadi jumpa bakal menantu papa ke?” Akmal tersengih. “ Kamu nak bagi mama menantu ya, Akmal. Elok lah tu, cakap dengan mama anak siapa, biar mama pergi merisik untuk kamu.”
“ Anak Puan Maimon.” Terkejut Datin Hafizah mendengarnya.
“Hah! No!! Mama tak benarkan.” Datuk Alias dan Akmal ketawa.
“Tahu mama takut.” Datin Hafizah hanya menjeling suaminya.
Akmal tersenyum. Ari. Misteri. Dia menyeluk poket seluarnya. Sehelai sapu tangan di keluarkan. Awak, muncul lah lagi sekali. Ambil balik sapu tangan ni.
******
Ari menghayun perlahan buaian di taman. Mencari ketenangan setelah berbulan lamanya dia di halang keluar dari rumah itu. Meskipun pelbagai cara di gunakan Nini untuk membenarkan dia keluar dari rumah itu, namun dia masih tidak mahu keluar dari rumah itu.
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini jiwa terasa kosong. Mungkin kerana sudah lama tidak bersua muka dengan Abang Mus dan Kak Sal. Mungkin juga sudah lama dia tidak bertemu dengan seseorang. Sejak peristiwa malam itu, memang dia tidak pernah munculkan diri dihadapan Abang Mus dan Kak Sal mahupun Akmal sendiri. Dia cuma menghantar pesanan melalui Nini mengatakan bahawa dia memohon maaf atas segala kesilapannya. Ari mengeluh seketika. Dia memandang Nini yang sedang bergelak tertawa bersama Fakhrul.
Dia memerhati pasangan itu. Kenapalah mereka harus bersembunyi dari pengetahuan Puan Maimon. Memang dia akui, Fakhrul seorang lelaki yang baik. Cuma, mungkin disebabkan latar belakang keluarganya dia tidak di benarkan berjumpa Nini. Dia sendiri yakin lelaki itu yang bakal mengubah Nini. Dia sendiri melihat perubahan sikap Nini semenjak dia mengenali jejaka itu. Ari bangun dari buai. Nini memandang Ari yang kini sedang bergerak menuju ke arah bangku tidak jauh di hadapan Nini. Begitu jua dengan Fahkrul.
“ Adik awak kenapa? Bosan?”
“ Mungkin. Kesian dia, selalu teman saya jumpa awak.”
“ Panggillah dia, boleh berbual sama.”
Nini mengangguk. “ Ari.” Ari pandang Nini. Tangan Nini melambai-lambai menyuruh dia mendekati. Ari mengeleng. Nini menjegilkan matanya. Ari bangun lemah.
Dia duduk di hadapan Nini dan Fahkrul.
“ Ni ayan sangat kenapa? Bosan tunggu aku?” Ari hanya tersengih nipis. Malas mahu menjawab. “ Ari nampak macam gelisah. Kenapa?” Fakhrul memandang ke arah Ari.
Menanti jawapan Ari. Ari mengetap bawah bibirnya. Nampak sangat ke?
“ Tak ada apa-apa. I’m okay.”
Nini pandang lagi wajah Ari. Memang dia akui gadis itu nampak gelisah.
“ Ari, janganlah sembunyi dari kita orang. Tak payah lah malu sangat dengan Fakhrul ni.
Anggap je macam dia tak wujud.” Fakhrul menjegilkan mata memandang Nini.
“ Suka suki je nak kutuk orang.” Nini tertawa kecil. Begitu juga dengan Ari.
“ Ari okay, cuma Ari....” rindukan seseorang. Alamak Ari, sejak bila kau pandai main rindu rindu bagai ni. Sudah. Macam mana lah aku boleh terjebak ni.
“ Ari cuma apa?” Ari mengeleng. Tanda tidak mahu menjawab. Dia bangun meninggalkan pasangan itu.
“ Ari.” Langkahnya terhenti. Matanya terpaku pada orang yang memanggilnya. Ya Allah!Kenapa dia muncul kat sini!
“ Ari. Dengar tak Akmal panggil ni.” Ari tunduk. Adus. Kelu lidah lah awak.
“ Encik.” Fakhrul memanggil.
“ Saya Fahkrul.” Mereka berjabat tangan. “ Nini. Awak ingat saya lagi?” Nini mencelah.
“ Awak anak Auntie Maimon kan?” Nini mengangguk.
“ Awak kenal dengan adik saya ni?” Ari hanya diam. Dia berdiri di belakang Nini.
“ Kenal. Kenapa? Dia tak kenal saya ke? Baru 3 bulan tak jumpa tak kan dah lupa muka saya yang handsome ni.” Gila perasan mamat ni. Akmal tersenyum. Punyalah susah dia mencari Ari dan hari ini bila sudah berjumpa berani dia kata tak kenal. Penat dia bertanya kepada Kak Sal dan Abang Mus, meskipun kakak angkatnya menyuruh dia mengundur ke belakang. Tapi dia tetap mengorak langkah ke hadapan. Sorry kak, adik dah tersuka dekat budak ni.
“ Saya nak jumpa Ari sekejap boleh?” Nini memandang Ari. Riak wajah Ari sukar di tafsir ketika ini. “ Nak cakap apa? Ari tak ada apa apa nak cakap dengan Akmal.” Keluar pun suara gadis genit itu. “ Tapi Akmal ada je nak cakap dengan Ari.” Ari pandang wajah lelaki itu. Lengannya masih berpaut pada lengan Nini.
“ Nak cakap apa?”
“ Ari sihat?” Eh, tak ada soalan lain ke? Ari mengangguk.
“ Kenapa dah tak datang gerai Abang Mus? Ari tak suka ea kalau Akmal ada kat situ.”
Ari mengeleng. “ Ari sibuk belajar.” Jawapan yang agak selamat lah.
“Sibuk belajar sampai tak boleh singgah jumpa Kak Sal dengan Abang Mus langsung.” Ari tunduk. Hatinya terasa. Sampai hati Akmal. Mata mulai bertakung.
“ Kalau Ari memang dah tak suka cakap jelah. Tak payah bagi alasan macam tu. Tahu lah Ari anak orang kaya tapi jangan sampai buat Kak Sal dengan Abang Mus macam tu.” Air mata yang ditahan terus gugur. “ Ari.. Ari minta maaf.” Ari segera beredar. Ari bukan tak nak jumpa Kak Sal dengan Abang Mus. Ari nak sangat. Tapi Ari tak boleh. Ari tak boleh.
Akmal tergamam di situ. Ari menangis! Alamak, mana pernah dia buat anak orang menangis.
Nini turut terkejut.
“ Awak ni kenapa! Suka hati je nak hembus anak orang! Kalau tak tahu masalah orang jangan masuk campur!” Rasa nak bagi pelempang je. Sabar jelah.
“ Nini.” Fakhrul menegur.
“ Encik, kita cakap dulu boleh?” Akmal hanya tegak berdiri.
“ Sebenarnya...”
******
Ari memegang kad yang di hulurkan Nini. Malam kian larut. Pastinya Nini sudahpun hanyut di buai mimpi. Peristiwa petang tadi masih terbayang di ingatannya.
“Dia minta maaf. Dia tak sengaja. Dia tak tahu.”
“ Ari tak pernah nak minta apa apa dari dia. Ari cuma....”
“ Dia tahu dia salah. Dia tak patut marah Ari tanpa tanya apa sebab Ari berkelakuan macam ni.” Ari mengeluh seketika. Kenapa lah dia yang muncul dalam hidup ini.
“ Nini tak tahu. Nini tak kenal dia. Sekadar tahu nama tak bermakna kita tahu luar dalam hati sesorang itu.” Nini mengangguk. Memang dia akui. Bila semuanya terbongkar, belum tentu seseorang tu boleh terima semua kisah silam kita.
“ Terpulang pada Ari untuk menilai, aku tak ada hak nak masuk campur. Tapi yang penting, aku boleh nampak kejujuran dia. Fahkrul pun sama.”
Memang dia akui petang tadi hatinya terusik. Dia menangis kerana apa? Sukar untuk dia mentafsir. Mentafsir siapa Akmal di hatinya. Siapa dia pada Akmal? Soal hati memang sukar untuk dia membuat keputusan. Dia masih muda. Masih panjang jalan hidupnya. Tapi mampukah dia berdiri seorang diri. Selama ini dia menahan segala rasa hanya kerana dua orang insan. Papa dan Mama. Papa, kenapa tinggalkan Ria awal sangat. Mama, Ria tak sanggup lagi. Akmal, jangan buat Ari macam ni. Ari tak tahu nak buat apa. Ari bangkit dari katil. Bilik air di tuju. Dia perlukan ketenangan.
******
“ Aku tak kira! Kau kemaskan semua ni. Jangan harap lah kau dapat pergi majlis tu!” Mimi menjegilkan matanya kepada Ari. Ya Allah kuatnya ujian kau beri ini.
Ari memerhati sekeliling dapur. Berselerak segala macam jenis bahan masakan. Jam ketika itu sudah pun menunjukkan pukul 6.45 minit petang. Dia tahu Mimi sengaja menumpahkan bekas gula, garam, sebuk kunyit dan pelbagai rempah termasuk minyak masak di dapur. Tak ketinggalkan kacang hijau. Apa dia ingat ni kes Cinderella kena kemas rumah sebab tak bagi pergi majlis tari menari ke? Dia tahu Mimi mendengar perbualan dia dan Nini tempoh hari.
Malam ini Datin Hafizah mengadakan majlis kesyukuran untuk anak lelakinya, siapa lagi kalau bukan si Akmal. Di sebabkan dia mempunyai kad jemputan sendiri yang khas di tulis namanya, Mimi terus mengamuk. Puan Maimon juga telah mengoyakkan kad itu di hadapannya. Hatinya? Remuk seperti mana kad itu. Bohong kalau dia tidak merasa apa apa.
Dia harus akui, Akmal lelaki pertama yang membuat hatinya terusik. Lelaki pertama yang mengatakan dia comel. Sudah.. sah angau sangat ni.
“ Make sure kau punggut semua sekali dan aku tak nak nampak satu pun kesan yang tinggal.” Mimi melangkah pergi dengan bangga sekali. Ari hanya mengeleng. Nampak sangat cemburunya. Ari tunduk mengadap lantai. Jangan panggil aku Ari kalau kerja semudah ni aku tak boleh siapkan. Hish! riak lah pulak. Astghafirullahalazim.
******
Akmal duduk diam memerhati tetamu. Sungguh, dia sangat malas melayan kawan-kawan mamanya yang sibuk ingin menjodohkan dia dengan entah siapa siapa entah. Jus di tangan di teguk perlahan. Dia cuma berharap gadis itu akan hadir.
“ Kalau dia terima maaf saya, saya nak dia datang ke majlis ni.”
Nini mengangkat kening dua kali. Biar betul? Serius gila muka dia.
“ Saya harap dia datang. Saya tak kisah lah apa pun alasan dia, saya cuma harap dia datang dan ikhlas maafkan saya.” Nini tersenyum.
“ Ari bukan gadis biasa. Dia special. Saya harap awak faham.” Dan tika itu, makin lebar senyum Nini.
Dan dengan penuh harapan dia berharap Ari akan muncul di hadapannya.
“ Hai Akmal, Kenapa duduk sorang sorang ni. Nak I teman?”
Eh? Anak siapa lah sesat kat sini. “ Maaf cik, saya tak perlukan teman.”
Muka macam Nini, cuma rambut dia panjang lah. Nini rambut pendek. Entah-entah dia ni.
“ Sampai hati you halau I. You dah lupa ke siapa I. I Mimi lah. Kita pernah jumpa masa parti birthday I dulu.” Akmal tersenyum.
“ Ingat. Saya paling ingat masa Ari simbah awak dengan mushroom soup tu.”
Akmal ketawa. Memang lucu. Mimi menarik muka masam.
“ Sampai hati you gelak kan I.”
“Akmal.” Salina memanggil. Akmal bangun dan meninggalkan Mimi. Biarlah minah perasaan tu.
******
Ari mengelap lantai dapur dengan penuh berhati-hati. Jam menunjukkan hampir pukul sembilan malam. Peluh di dahi mulai menitik.
“ Ari! Kau buat apa lagi ni, kita dah lambat lah.” Nini menarik Ari keluar dari dapur.
“ Nini! Ari tak nak pergi majlis tu.” Nini terdiam.
“ Mana boleh, lambat macam mana pun kau kena jugak pergi majlis tu, aku tak kira!”
“ Tak nak!! Nini tolong! Ari tak nak pergi. Ari tak nak tunjukkan muka Ari depan Akmal lagi.”
Nini pandang gadis itu. “ Ari.” Dia menarik nafas seketika
“ Dalam hidup aku, aku selalu dengki kat kau. Aku terlalu cemburu dengan wajah kau yang cantik macam Auntie Adelia. Aku selalu suruh kau buat semua kerja, tapi kau tak pernah membantah. Kau buat semua tu, dengan ikhlas. Kau buat dengan senyuman. Kau tak pernah mengungkit. Kau sentiasa senyum. Meskipun mummy selalu herdik kau, hina kau. Kau tak pernah menjawab dan aku sangat kagum dengan kau. Aku sangat sangat bangga ada seorang adik macam kau. Walaupun kau cuma adik tiri aku, tapi aku tetap sayang kau. Sekarang, aku cuma nak kau bahagia. Aku nak bagi kau bahagia Ari. Aku nak kau jadi Ria balik. Aku nak kau nikmati hidup kau dengan aman. Aku tak nak kau sedih sedih lagi.
Aku cuma nak tengok kau senyum bahagia. Please Ari, biar diri kau bahagia macam dulu.
Aku tak nak jadi kakak tiri dalam cerita cinderella. Aku nak jadi fairygod mother kau.”
Bahu Ari di pegang. Mata gadis itu di tenung. “ Now, pergi siap sebelum kau menyesal seumur hidup kau.” Badan Ari di tolak ke bilik. Entah mengapa Ari hanya mengikut telunjuk kakinya. Sungguh dia tidak tahu apa yang dia sedang lakukan.
******
“ Mak we baru awak? Kak Sal tengok macam tak cukup duit nak beli baju je.”
Akmal ketawa. “ Kak Sal tak kenal ke budak tu?” Salina mengeleng.
“ Langsung?” Dahi Salina berkerut sedikit. “ Nini ke?”
“ Bukan. Mimi.” Oh. Salina hanya mengangguk. Malas mahu berfikir tentang gadis yang tak cukup kain. Siapalah yang sanggup buat menantu. Jadi hantu eloklah jugak.
“ Ni kenapa duduk kat sini, pergilah makan.” Pelawa Datin Hafizah.
“ Tak apa lah Auntie, kejap lagi Sal makan.”
“ Jangan tak makan pulak.Yang dalam tu nak kena jaga.” Salina tersenyum. Senang hatinya bersama wanita dihadapan nya. Dia mengusap perlahan perutnya.
“ Kalau Kak Sal mengandung jaga diri baik-baik tau. Ari nak tengok baby tu membesar dengan baik.”
“ Kak Sal.” Salina tersentak.
“ Akmal cakap apa?” Akmal merenung dalam wajah kakak angkatnya.
“ Kak Sal okay?” Salina mengangguk perlahan. Bibirnya mengukir senyum.
“ Pasti?” Angguk lagi. Biarlah dia sahaja yang tahu.
“ Assalamualaikum.” Mereka berpaling. Akmal tersenyum memandang gadis itu.
“ Waalaikumsalam. Seorang je?” Nini tersenyum.
“ Mestilah tak, kalau saya seorang tak kan ada perempuan yang bergesel dengan awak tadi.”
Akmal mengelengkan kepala. “ She is your sister.”
“ Macam tulah nampaknya.”
“Again, saya tanya. Awak seorang ke?” Nini masih tersenyum.
“ Jangan panggil saya Nini, kalau saya datang sendiri.” Bibir masih lagi tersenyum.
“ So.”
“ Saya dah tolong awak, sekarang giliran awak lah nak tolong diri sendiri.” Terangkat kening Akmal. “ Hide and seek?” Nini ketawa kecil.
“ Well, dia memang pandai. Game baru je mula.” Akmal tersenyum.
“ Thanks ya. Kak Sal, tunggu Akmal ea.” Akmal meninggalkan mereka.
Dia melangkah ke arah tetamu yang kian memenuhi rumahnya. Matanya melilar mencari seseorang. Awak, muncul lah saya penat ni nak pusing cari awak. Sabar Akmal, cari guma mata hati, Insya Allah jumpa. Akmal masih lagi mencari. Tiba-tiba mata terhenti pada hujung taman. Seorang gadis elok berbaju kurung biru, berselendang bunga bunga. Gadis nampak tekun memandang kolam. Fikir apa tu dik. Akmal tersenyum. Langkah di atur menuju ke arah gadis itu. “ Jauh termenung, ingat pakwe ke dik.” Ari berpaling. Dia menjeling.
Amboi, sikit main baik abang tegur adik balas jeling. “ Mata itu kan cantik. Tak payah jeling jeling. Karang naik juling.” Ari mengetap bibir. Kenapa aku datang sini. Baik aku balik tidur kat rumah. “ Suka hatilah saya lah mata saya, bukan mata awak.” Akmal tersengih.
“ Marah ke dik, jangan lah macam tu. Abang pujuk ea.” Ari menjegilkan matanya. Ada yang makan kasut ni karang.
“Thanks sebab datang. Akmal nak minta maaf sangat sangat kat Ari sebab dah salah sangka kat Ari. Akmal tak patut buat Ari macam tu. So boleh maafkan Akmal?”
Ari mengangguk.
“ Angguk je.”
“ Habis nak cakap apa?”
“ Cakap lah Ari sudi maafkan abang. Kan sedap telinga mendengar.” Satu tamparan kecil hinggap di bahu Akmal. “ Gatal!” Akmal ketawa. “ Abang gatal dengan Ari sorang je.” Hish! janganlah cakap macam tu. Tangan Ari mencubit lengan Akmal. “ Aduh, sakitlah. Tak kesian ke kat abang.” Akmal mengosok perlahan lengannya. Ari hanya menjelir lidah.
“ Siapa suruh gatal sangat.” Akmal senyum.
“ Ari.”
“Apa.”
“ You’re blushing.” Terbeliak mata Ari. Lantas pipinya di raba. Betul ke? Mak ai malu nya.
Akmal ketawa. Lucu rasanya melihat Ari yang kelam kabut.
“Akmal!!”
“ Ari suka Akmal ea...”
“ Mana!!” Senyum di tahan.
“ Suka cakap suka. Sayang cakap sayang. Benci bilang cinta.” Pap!! Kan dah kena lagi.
“ Aduh, sakitlah sayang.”
“Tahu pun sakit,kalau cakap lagi siap ea.” Ari memberi amaran.
“ Nak siap pergi mana? Jumpa tok kadi?” Akmal ketawa lagi. Mak ai naik lagi suhu badan ni.
Belum sempat Ari berkata apa-apa. Satu suara menjerit memanggil namanya.
Mata Ari terbeliak melihat gadis itu. Alamak kantoi! Ari cepat melangkah pergi namun dia ditahan Akmal. “ Kenapa?” Akmal sedikit hairan. Tak kan Ari takut dengan Mimi.
“ sorry Akmal. Ari kena pergi sebelum Auntie nampak Ari.” Dia berlari meninggalkan Akmal.
Akmal tercenggang seketika. “ Ari, tunggu.” Akmal berlari mengejar Ari yang sudah berada di luar rumahnya. Ari berlari tanpa menoleh. Lantaklah kain baju kurungnya di angkat tinggi sedikit agar di mudahkan perlariannya.Kasut tumit tingginya juga tidak di buka. Susahnya nak lari. Panggilan di belakang tidak dihiraukan. Ari memasuki kawasan pasar malam yang kian sepi. Yang tinggal hanya lah sampah dan beberapa orang peniaga yang sedang berkemas. Kebanyakkan peniaga yang tinggal pelik melihat ke arahnya. Anak siapa yang lari pakai baju kurung tengah malam ni. Dengan kasut tumit tinggi lagi. Dahsyat ni.Dia berhenti di tengah pasar malam itu untuk menanggalkan kasutnya. Aduh, menyesal pulak pakai kasut ni. Dan dia terus kembali berlari. Akmal berhenti ditengah pasar malam. Kelibat Ari hilang dari pandangannya. Mata terpandang pada sesuatu yang bersilau di atas jalan di tengah tengah kawasan pasar malam. Rantai loket!
*****
Ari termenung di lantai dapur.Menyesal? Adalah sikit. Sakit hati? Pun ada. Kecewa? Banyak kut. Nak nangis? Tak boleh! Kena kuat. Arwah papa dengan mama selalu pesan. Ria kena jadi anak yang kuat, yang tabah, taat perintah agama. Ria tak boleh nangis selalu. Ria kena ingat Allah. Ari mengetap bibir. Air mata jatuh satu persatu. Ria minta maaf papa, mama. Ria dah hilangkan satu satunya peninggalan papa dengan mama. Ria minta maaf. Air mata mencurah dengan lebat.Sepuluh tahun papa. Sepuluh tahun. Ria dah tak sanggup. Ria nak keluar dari rumah ni. Ria dah tak tahan.
“ Apa pun yang berlaku, Ria kena ingat mama dan papa tetap sayangkan Ria. Kalau satu hari kami pergi dari hidup Ria, bukan bermakna kami dan tak sayangkan Ria, tapi tanda Allah lagi sayangkan kami.”
Masih terngiang-ngiang di telinganya pesanan terakhir mamanya. Ketika itu usia baru mencecah sembilan tahun. Dalam usia semuda itu dia kehilangan kasih sayang seorang ibu.
Dua tahun kemudian, papa pula mengekori jejak langkah mamanya. Meninggalkan dia terkontang-kanting bersama seorang ‘mummy’dan dua orang kakak tiri. Sejak itu, bermulalah episod duka dalam hidupnya.
“ Woi perempuan!” Ari terkejut. Mimi mendekati Ari. Wajah gadis itu dipegang.
“Apa pasal kau menangis? Kau sedih?” Mimi tersengih sinis. Dia merenung tajam wajah Ari.
“ Kau dengar baik-baik, kat luar ada tetamu. Aku nak kau buat air dan beri kepada aku. Jangan sesekali kau tunjukkan muka kau kat luar tu! Kalau tak nahas kau!”
Kepala Ari tolak. Mimi meninggalkan Ari. Ari mengesat saki-baki air mata yang mengalir.
Bibir cuba mengukir senyum. Allah Maha Adil, Ari. Sesunguhnya Dia tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.
******
“ Kenapa Datin datang tak beritahu, nasib baik saya ada di rumah. Kalau tidak, buat susah datin saja.” Puan Maimon beramah mesra. Datin Hafizah hanya tersenyum. Dia sendiri tidak tahu, mengapa anaknya beria-ia mahu ke sini. Katanya mahu kenalkan dengan seseorang. Dengan siapa? Bukan Puan Maimon cuma mempunyai sepasang anak kembar sahaja dan kedua-duanya dia kenali. “ Nanti ya, saya suruh Mimi buatkan air.” Puan Maimon gembira sekali. Ada peluang ni nak berbesan dengan Datin Hafizah. Mimi muncul dengan dulang di tangan. Bibir tersenyum. “ Mana anak Mai yang lagi seorang?”
“ Oh, Nini? Ada sekejap ya.” Puan Maimon bangun dan memanggil Nini.
“ Jemput minum, Auntie.” Mimi menghulurkan gelas kepada Datin Hafizah. Datin Hafizah hanya senyum nipis. Dia memang tidak menyukai Mimi. Jangan budak ni yang Akmal nak tunjukkan kepada aku. Mimi duduk dengan penuh gaya di hadapan Datin Hafizah. Puan Maimon datang kembali menyertai tetamunya.
“Minumlah, Datin. Mimi yang buat air ni.”Mimi tersenyum malu. Nini menuruni tangga.
Dia bergerak ke arah ruang tamu. Kata mummynya ada tetamu istimewa. Siapa lah yang
Istimewa sangat ni? Terbeliak mata Nini melihat kelibat Akmal. Biar betul? Ari mana?
“ Ari!!!” teriak Nini. Puan Maimon yang sedang meneguk air tersedak. Datin Hafizah turut terkejut mendengar Nini menjerit. Akmal hanya tersenyum. Nini mengukir senyum tatkala Akmal memandang ke arahnya. Ari yang terdengar jeritan Nini lantas menuju ke arah ruang tamu.
“Kenapa? Nini nak makan ke? Ari dah siap ma...” Mama! Mahu jatuh rahang melihat Akmal di ruang tamu. Akmal bangun dan mendekati Ari.
“ Mama, kenalkan bakal isteri Akmal,Ariana binti Tuan Arish.” Ari nyata kelu.Bakal isteri? Siapa cakap? Ikut suka dia je bercakap. Puan Maimon turut terkejut. Mimi tak payah cerita, ternganga besar. Datin Hafizah tersenyum mendengar kata-kata anak bujangnya. Dia bangun mendekati Ari dan memeluknya.
“Pandai anak mama pilih isteri. Cantik orangnya.” Puji Datin Hafizah. Ari tunduk menyalami Datin Hafizah setelah di cuit oleh Nini.
“ Maimon, saya tak tahu awak ada anak perempuan lagi seorang. Cantik pulak tu.” Puan Maimon menelan air liur. “ Err..dia...”
“ Maimon, saya tak tahu awak ada anak perempuan lagi seorang. Cantik pulak tu.” Puan Maimon menelan air liur. “ Err..dia...”
“ Saya cuma orang gaji je Datin, tak lebih dari tu.” Akmal kaget mendengar kata-kata yang lahir dari mulut Ari.
“Ari!” Nini memandang tajam ke arah Ari. “Kenapa cakap macam tu, Ari kan adik Nini. Ari bukan orang lain. Rumah yang kami duduk ni pun rumah Ari, semua yang ada depan kami ni pun milik Ari. Kami yang menumpang kesenangan Ari.” Ari pandang wajah Nini. Dahinya berkerut. Mencari makna di sebalik kata-kata Nini. Nini tersenyum sebelum kembali manyambung percakapannya.
“ Ari, hari ni Ari dah berumur 21 tahun, maksudnya segala milik arwah papa akan berpindah hak milik kepada Ari secara automatik.”
“Nini! Jaga mulut tu! Budak perempuan tu tak layak nak dapat harta suami aku! Aku yang berhak ke atas harta tu!” teriak Puan Maimon. Tidak! Dia belum berumur 21 tahun!
“ Nini! Kenapa kau nak bela perempuan tu! Kau lupa dia yang menyebabkan kita kehilangan papa! Kau jangan lupa dia yang ambil papa dari kita!” giliran Mimi membangkang. Datin Hafizah dan Akmal hanya memerhati.
“ Siapa yang rampas papa dari kita? Siapa? Selama ni, kita yang rampas segala milik Ari. Papa meninggal bukan sebab Ari tapi sebab mummy! Mummy yang rancang kemalangan papa! Mummy yang rampas semua harta papa! Mummy yang rampas papa dari kita semua! Mummy ramaps semua kebahagiaan Ari! Dan sekarang kau nak kata Ari yang rampas semua tu! Kau silap besar Mimi! Selama ni, pernah kau tengok Ari merungut bila kau ambil semua barang kepunyaan dia, bila kau suruh dia buat semua perkara untuk kau. Pernah! Tak! Tak pernah! Sekali pun tak. Dia cuma akan senyum dan menangis sendirian. Dia tak pernah bantah cakap sesiapa pun meskipun bukan dia yang salah. Dia tanggung semua sekali. Kau patut malu Mimi, selama hari ni kita makan duit Ari. Duit yang papa tinggalkan untuk dia, bukan untuk kita!” Biarlah semua nya terbongkar hari ni.
“Auntie, betul ke auntie yang rancang semua tu.” Ari mendekati Puan Maimon.
“ Betul ke Auntie. Cakap semua tu tipu Auntie, Auntie tak buat kan. Bukan Auntie yang sebabkan papa tinggalkan Ari.” Ari memegang lengan Puan Maimon. Puan Maimon segera menolak gadis itu. “ Memang! Memang aku yang buat semua tu. Aku yang rancang supaya papa kau mati. Supaya semua harta dia jatuh kat tangan aku! Tapi aku tak sangka dia dah buat wasiat untuk beri harta tu pada kau! Sebab kau, aku tak dapat harta dia! Sebab kau dan mama kau! Kau tahu hidup aku menderita bila berkahwin dengan papa kau! Setiap malam dalam mimpi dia akan sebut nama mama kau! Balik balik Adelia. Balik balik Adelia. Adelia itu! Adelia ini! Semua Adelia! Tak pernah dia sebut nama aku! Aku benci tahu tak! Benci sangat sangat! Lagi benci bila aku tengok muka kau yang saling tak tumpah macam Adelia! Aku benci kau! Aku benci Adelia.” Air mata Ari mengalir deras. Nini mendekati Ari yang terduduk di situ. “ Ari.” Ari pandang muka Nini.
“ Nini, Ari tengah bermimpikan, semua yang Auntie cakap tu tak betul kan. Auntie saja reka cerita untuk sakitkan hati Ari kan.” Ujarnya dalam keadaan teresak esak. Nini memeluk Ari. Sungguh dia tidak sanggup untuk berkata apa-apa. Maafkan Nini, Ari.
“ Ari.” Akmal bersuara. Ari cuba memandang ke arah lelaki itu.
“ Sekarang Akmal dah tahu kan. Ari bukan untuk Akmal. Ari tak ada apa apa. Ari cuma orang gaji je Akmal. Ari dah tak ada apa apa lagi. Tak ada orang sayangkan Ari.” Air mata mencurah tanpa henti. Pandangannya kelam. Selamat tinggal semua.
“ Ari!”
*******
Angin bertiup perlahan. Dedaun berguguran. Bibir mengukir senyum di bawah sedar.
Segala peristiwa melayang di fikiran satu persatu. Segala kepahitan, kemanisan di rasa.
Merasa nikmatnya sebuah kehidupan di bawah rahmat-Nya.
“Jauh termenung.”
“ Terkenang lah.”
“ Oh, terkenang siapa? Pakwe lama?”
“Boleh lah tahan.”
Ketawa tercetus.
“ Tak pa lah, Abang pun boleh ingat mak we lama jugak.”
“Gatal!”
“ Abang gatal dengan sayang seorang je.” Cubitan manja hinggap di bahu si jejaka.
Ketawa tercetus lagi.
“ Abang.”
“ Yes, sayang.”
“ Abang tak jawab soalan hari tu lagi.” Dahi Akmal berkerut. Soalan? Soalan apa pulak ni.
“Tengok tu, mesti dah lupa.” Akmal tersengih.
“ Sorrylah sayang, Abang dah lupa.” Ari menarik muka masam. Macam mana lah aku boleh terkahwin dengan mamat ni.
“ Kutuk Abang lah tu.” Pipi Ari di cubit.
“ Kita kahwin.” Mahu gugur jantung mendengarnya.
“ Kita kahwin, minggu depan Akmal hantar rombongan.” Ek? Ikut sedap mulut je bercakap.
“Ari..”
“ Ari tak tolak kan..” Wajah penuh harapan itu di tenung Ari. Dia menarik nafas seketika.
“ Ari akan kahwin dengan orang yang jumpat rantai loket Ari dan sapu tangan Ari.” Gila!
Apa kau ingat ni kes cinderella ke apa. Putera raja cuma nak kahwin dengan pemilik kasut kaca tu saja. Kau nak kahwin dengan entah siapa entah, sebab kan dia jumpa rantai loket kau. Sengal punya Ari. Akmal hanya tersenyum memandang gadis itu. Dalam erti kata lain. Tersenyum kemenangan.
“ Akmal ada ni..” Akmal mengeluarkan sesuatu dari poket kanannya.
Dan waktu itu Ari terasa mahu pengsan sekali lagi.
“ Mana Abang jumpa loket tu? Abang janji nak beritahu kalau kita kahwin, ni dah kahwin dekat tiga bulan pun tak beritahu lagi.”
“Oh, Abang ada cakap macam tu ke? Kira nya kalau Abang dah beritahu mana Abang jumpa rantai tu masa hari tu, Ari tak kahwin lah dengan Abang.”
Ari mengangguk. Pipi Ari di cubit lagi.
“ Sampai hati, Abang merajuklah.” Ari ketawa. Manja!
“Patutnya Ari yang merajuk dengan Abang. Sekarang baik Abang cerita. Abang dah janji tau, tak boleh mungkir janji. Munafik tahu!”
Akmal tersengih.
“ Okay, Abang cerita. Ingat tak masa kita main kejar-kejar macam filem hindustan tu, pulak masa tu ada pasar malam, nasiblah pasar malam nak tutup kalau tak memang susahlah Abang nak cari Ari.” Ari ketawa. Mana boleh lupa babak lari tak cukup tanah sebab tak nak Auntie tahu dia jumpa Akmal. Pulak pakai baju kurung, memang lah dahsyat tak terperi.
“ Abang tak sempat pun nak kejar Ari, hilang macam tu je. Tapi Abang jumpa sesuatu yang berharga. That’s rantai loket tu.”
Ari tersenyum. Ingatkan letak syarat tinggi bagai bolehlah dia mengelak dari Akmal, rupanya suami dia jugak yang jumpa. Sungguhlah, jodoh pertemuan di tangan Allah dan jodoh dia sudah di depan mata. Allah sentiasa memberikan terbaik untuk hambanya.
“Berangan lagi.”
“Mana.” Ari ketawa.
“Abang.” Akmal memandang isterinya.
“ Auntie pergi mana? Ari nak sangat jumpa Auntie.”
Akmal senyum.
“Abang minta maaf, Abang pun tak tahu, kan Auntie dengan Mimi hilang macam tu je.”
Ari diam.
“ Sayang, minggu depan kita jumpa Nini ya.” Ari memandang suaminya.
“Betul? Tak tipu kan.” Akmal mengeleng.
“Tak, nanti kita jumpa Nini. Abang tahu sayang nak jumpa Nini.”
“Terima kasih Abang.”
“Sama-sama sayang, tapi..”
“Tengok tu, ada je.” Akmal ketawa.
“ Alah nak mintak something pun tak boleh.”
“Okay lah, nak apa?”
“ How about..” Pandangan terus ke anak mata Ari.
“Jangan mengada ea.” Akmal senyum.
“Carrotcake je lah. Takkan tu pun tak boleh.” Ari sengih.
“Oh, ingatkan..”
“Ingatkan apa?”
“Mana ada apa apa.” Ari sengih malu.
“ Sayang.”
“Yes?”
“You’re blushing!”
“Abang!!!” Akmal sudah bangun meninggalkan isterinya. Ari menjegilkan matanya.
Perangai tak berubah. Ari menarik nafas. Tenang hatinya. Bahagia? Memang pun. Akhirnya dia berjaya menamatkan kisah ‘cinderella’ nya. Cinderella ke? Mungkin, dia ada seorang ibu tiri, dua orang kakak tiri walaupun seorang tu tak nak jadi kakak tiri sebab nak jadi fairy god mother, dan dia ada seorang putera raja yang berjaya menakluk hati dia tanpa kisah siapa dia sekalipun. Kalau cinderella kehilangan kasut kaca, tapi dia hilang rantai loket. Dan dia bukan sekadar cinderella biasa. Dia Cinderella Pasar Malam. Sebab? Dia jumpa putera dia dekat pasar malam. Betul lah, tak mustahil kisah dongeng boleh jadi kenyataan kan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk hambanya.
“ Sayang, sengih sorang sorang tu makruh.”
“Abang!!”
-TAMAT-
p/s: Tak ada yang mustahil dalam dunia ni, Kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui.
Buat awak semua, Maaf kerana story kali ini agak terumbang-ambing sedikit. Apa pun
Saya hargai segala komen dan kritikan anda. Terima kasih semua.
Untuk sepupu saya, Tak mustahil pun nak jumpa cinderella di tengah-tengah pasar malam.
Cari guna mata hati, Insya Allah jumpa. Untuk pengkritik no 1 saya, Thank for everthing.
Enjoy it! Semoga Allah merahmati kalian semua. Insya Allah...
Nisrina Syaurah..
hebat sangat2!!!!!!!!!!!!!!
BalasPadamok,,citer yang seterusny bile?????
hahahahahah
sabar.. insya Allah ada..
BalasPadam=)
ye la,,,ye laaa..,,nanti roger2 aq kat fb yeee.......heheheeh
Padam