Ahad, 30 Jun 2013

Dinginnya Awak!



DINGINNYA AWAK!



Dingin! Itulah yang sering di lontarkan oleh orang sekelilingnya. Peduli apa aku. Suka hati kau orang lah nak cakap apa. Bukan kau orang yang bagi aku pahala kan. Fara hanya diam melihat sahabatnya yang seorang ini. Malas dia mahu masuk campur. Lagipun Maya tak suka orang usik masalah dia. Bila dia dah buntu barulah pendapat si Fara ni di guna pakai. Kalau tak? Memang perah otak macam perah lemon. Pelik kan si Maya ni. Punya lah orang nak tolong boleh pulak dia jual mahal. Bukan apa, si Maya ni dari kecil dah di asuh untuk tak menyusahkan orang lain. Bagus betul lah mak ayah dia ni didik anak walaupun sebenarnya si Maya ni dingin nak mati. Hehe.
“ Dah lah tu, kalau kita duduk kat sini sampai sudah kerja kita tak siap.” Maya bangkit dari bangku batu di taman mini berhadapan dewan kuliah nya. Fara yang berada di sebelah hanya mengekori dia.

*******

Suasana kafe sedikit sunyi. Waktu-waktu begini memang ramai pelajar di dalam kelas. Cuma dia dan Fara serta beberapa orang pelajar sahaja yang sedang enak menjamu selera.
“ Nasi tu untuk di makan, bukan untuk di tenung tahu tak.” Bicara Fara mengejutkan Maya. Kalau nak di ikutkan memang dia hilang selera makan beberapa hari ini gara-gara permintaan kakak sulungnya yang tak masuk dek akal untuk dia lakukan. Kalau orang lain mungkin ya, tapi bukan untuk seorang Maya Adriyana. Payah betulah kalau ada seorang je kakak dan yang seorang itulah bersusah payah untuk dia. Menolak nanti kecil hati. Kalau terima hati sendiri yang parah.
“Dah lah tu Maya, majlis kakak kau ada lambat  lagi. Sekarang ni kau jangan fikirkan sangat. Kau cuma perlu fokus pada final kita yang tinggal beberapa minggu ni. Lepas tu kita brainstorming masalah kau pulak ea.”
Maya diam mengadap nasi goreng kampungnya. Ada benar kata Fara. Dia yang terlalu memikir masalah yang satu itu. Sedangkan majlis pernikahan kakak sulungnya bakal di langsungkan setelah cuti semester nanti. Dah lah Maya. Jangan kusutkan otak okey. Bibir mengukir senyum manis.
“ Hah, senyum macam tu baru menawan. Alahai Maya, siapa lah yang beruntung dapat kau ni.” Puji si Fara.
“ Dah, jangan nak melebih ea.”
Fara ketawa kecil. Maya Adriyana. Gadis manis. Tinggi lampai. Berkulit kuning langsat. Punya senyuman yang memukau sesiapa sahaja tapi senyuman itu jarang sekali kelihatan. Mengapa? Kerana si gadis manis ini mempunyai hati yang keras. Siapa lah yang bertuah boleh cairkan dia. Memang tabik lah kat mamat tu.

******

Akhirnya! Final exam telah pun tamat. Barang-barang yang terletak di hujung bilik sudah pun selamat turun ke bawah. Fara membersihkan meja belajarnya buat kali terakhir. Nanti spot-check tengok meja kotor mahu nama dia naik. Hehe.
“Yang tersengih tengok meja tu kenapa? Buang tabiat?” Maya menegur. Tahu lah tak sabar nak balik.
“ Mana ada apa-apa.” Fara mengambil tafsir Al-quran kecil yang terletak di atas meja dan di kucup sebelum di masukkan ke dalam beg.
“ Jom lah lepak kat bawah.” Fara mengangguk dan mereka bergerak meninggalkan bilik.
“Nanti kau jangan lupa pulak datang majlis kakak aku.”
“Insya-Allah. Kalau tak apa-apa hal aku datang. Kau jangan pulak buat perangai macam-macam tau.”
Maya menarik muka sedikit. Tahu je si Fara ni.
“ Mana pulak. Aku baik apa. Tak kan nak rosakkan wedding kakak aku.” Fara tersengih melihat wajah rakannya itu.
“ memang lah kau tak rosakkan tapi jangan spoil mood orang yang nak nikah tu. Tahu lah kau tak berapa ngam dengan...”
“ Dah jangan kau sebut nama mamat tu. Bernanah telinga aku ni.” Tahu sudah nama siapa yang bakal di sebut oleh Fara. Muhamad Fakhrul! Memang dah tak ada orang lain ke yang kakak aku tu nak buat adik ipar. Kak Ras bukan tak tahu betapa dia menyampah dengan si Fakhrul itu. Boleh pulak abang si mamat tu masuk meminang Kak Ras. Hish! tak puas hati betul lah aku!
“Maya, kau nak risau kan sangat tu kenapa? Bukannya kau yang kena kahwin dengan si Fakhrul tu.”
“Fara! Jangan sebut boleh tak! Aku menyampah!” Fara tertawa kecil melihat tingkah si gadis tinggi lampai tu.
“ Okay, okay. Jangan emosional sangat ea. Kau pernah dengar tak orang cakap. Kalau kita membenci bencilah dengan sekadarnya. Kalau kita menyayangi sayangilah sekadarnya. Kalau tak....”
“ Takut kita tersayang kat orang yang kita benci dan terbenci kat orang yang kita sayang? Macam tu. Sudah lah Fara. Sebelum kau keluarkan hujah-hujah agama kau depan aku baik kau simpan jelah. Aku malas nak dengar. Nanti sampai masa aku berubah lah.”
 Fara tersenyum. Faham. Nak ajak orang buat baik ni memang payah tapi tak mustahil. Dia kenal dengan Maya. Gadis di hadapannya ni memang sukar untuk dilenturkan. Tapi tak mustahil. Hati itu Allah yang pegang.
“ Babe. Kakak aku dah sampai, aku gerak dulu ea.” Dari jauh kelihatan Maya Rasryana melambai ke arah mereka.
“ Maya, ni hadiah untuk kau. Simpan elok-elok. Ada masa kita jumpa lagi ya.” Mereka berpelukkan sebentar. Ya Allah kurniakan lah taufiq dan hidayah buat kami.

******

“Ibu dah tanya kan si Awin tu, dia kata esok kamu boleh pergi cuba baju.” Puan Habibah berkata seraya meletakkan dulang berwarna perak di hadapan Maya Rasryana. Maya Adriyana pula hilang entah kemana.
“ Adik kamu ni ke mana? Bukannya reti nak menolong kita yang sibuk ni.” Bebelan Puan Habibah di balas dengan senyuman. Maya Adriyana merajuk! Baru buka topik pasal baju nikah terus dia angkat kaki. Tahu dah apa yang ingin Kak Ras nya sampaikan.
“ Ibu, kita cari orang lain lah jadi pengapit Ras. Yana tu merajuk tak sudah.”
“ Tak payah lah, bukan susah pun. Ibu nak suruh dia duduk tepi kamu je. Bukan nya ibu suruh dia cuci periuk belanga pun. Takkan nak merajuk.”
“Ibu macam tak kenal anak ibu tu macam mana. Kita cuma suruh jadi pengapit saja tapi gaya macam suruh dia jadi pengantin pulak.”
Puan Habibah mencapai reben berwarna biru muda yang sudah di gubah oleh Rasryana. Biru muda dan putih menjadi pilihan anak sulungnya untuk majlis perkahwinannya nanti.
“ Pandai lah ibu memujuk. Kamu jangan risau. Ibu tahu kenapa dia menolak.”
“Sebab...” belum sempat Rasryana menjawab ada suara yang mencelah.
“ Dari Kak Ras dengan ibu berbisik tak sudah, baik lah selesaikan gubahan hantaran tu. Cepat sikit siapnya.” Maya Adriyana datang mencelah. Ingat orang tak tahu agaknya mereka berpakat nak kenakan kita.
“Eh, Yana. Bila turun? Mari sini duduk dekat Kak Ras.”
Maya Adriyana melangkah menuju ke arah kakaknya. Muka toya tak berperasaan masih lagi lekat di wajahnya.
“Esok kamu teman Kak Ras kamu pergi cuba baju. Lepas tu ambil sekali baju pengapit kamu.” Puan Habibah mengeluarkan arahan.
“Malas lah ibu. Esok Yana nak duduk rumah saja.” Reben berwarna putih di capai Maya Adriyana. Dulang perak di sebelah kanannya turut di letakkan di hadapannya. Tangannya tangkas menyiapkan gubahan tersebut.
“Eh, tak boleh. Kamu ikut jugak. Hal rumah ibu boleh uruskan.” Wajah yang sedia kelat bertambah kelat apabila mendengar arahan ibunya.
“ Yana teman Kak Ras ya sayang. Takkan Kak Ras nak pergi cuba baju sorang-sorang. Baju Yana nanti boleh cuba jugak. Mana tahu tak muat pulak nanti.” Maya Rasryana cuba memujuk. Adiknya seorang ni memang keras hatinya. Bila A di katanya maka A lah selamanya.
“ Tak nak lah Kak Ras. Bukannya Kak Ras seorang pun kan. Abang Farid kan ada.” Abang Farid. Bakal abang ipar. Maka dia adalah abang kepada si (nama yang tak boleh di sebut). Apabila Abang Farid ada ini bermakna pakcik tua tak sedar diri tu ada sekali dan Maya Adriyana amatlah alergik bila berdekatan dengan pakcik tersebut.
“Yana! Jangan degil. Ibu kata pergi kena pergi jugak.” Okey, jadi anda dah tahu kan perangai siapa yang si Maya Adriyana ni dapat.
“Ibu...”
“No!”
Maya Rasryana hanya mengangkat kening. Ya tuan-tuan serta puan-puan, Sebentar lagi anda akan mendapat berita bahawa tiang rumah Encik Mahmud dan Puan Habibah akan retak dek kerana pergaduhan ala-ala manja oleh ibu dan anak ini.
“Apa yang bising-bising ni? Ayah kat dalam bilik boleh dengar suara kamu semua.” Encik Mahmud yang baru keluar dari bilik bacaan datang menegur. Masing-masing diam. Encik Mahmud mengelengkan kepalanya. Ruang tamu yag sedikit berselerakkan akibat daripada sesi ubah-mengubah itu menjadi sepi.
“ Kenapa? Yana tak nak ikut Ras pergi jumpa Awin ya?” Suara Encik Mahmud sekali lagi memecah sepi. Bahaya kut kalau nak mencelah masa ayah bersuara.
Maya Adriyana hanya menganguk kecil. Ayah ni dah tahu buat-buat tak tahu pulak.
“Sudahlah tu, Yana ikut saja lah Kak Ras tu.” Oh, sesungguhnya hati Maya Adriyana memberontak yang teramat.
Puan Habibah sudah tersenyum kecil. Nasiblah ada suaminya. Kalau tak, naya je.

******

Butik sederhana besar itu hanya ada beberapa orang pelanggan yang datang dan pergi. Tuan punya butik itu sedang sibuk melayan pelangannya. Maya Adriyana menarik wajah masam. Hampir setengah jam dia duduk di sofa berwarna coklat muda itu sambil memerhati pelanggan yang keluar masuk. Kakaknya baru sahaja masuk ke dalam bilik persalinan untuk mencuba baju.
“Nah. Pergi lah cuba.” Awin menghulur sehelai baju kurung moden berwarna perak kepada Maya Adriyana.
“ Tak cuba tak boleh ke Kak Awin.” Awin tersenyum.
“Cuba lah, mana tahu labuh sangat ke? Akak boleh alter lagi.” Pujuk Awin.
“Alah, Kak Awin. Cantik dah. Tak payah cuba lah ya. Elok dah.”
“Yalah, suka hati kamulah. Nanti jangan cakap baju akak terbesarlah, terkecil lah.”
“Ya, jangan risau kak. Kak Awin kan the best. Tak de nya Yana nak bising-bising punya.” Awin menggelengkan kepalanya.
Dia berlalu ke belakang. Mahu menjengah Maya Rasryana.
Maya Adriyana kembali duduk di sofa. Layan lagu lagi best. Earphone di sumbat ke telinga. iPod nano di hidupkan. Angkasa-Diandra berlagu.
Farid melangkah masuk ke dalam butik milik Awin. Kawan semasa dia di sekolah menengah. Senyuman di bibir terukir tatkala melihat Maya Adriyana yang sedang duduk di sofa. Nampak sangat gadis itu khayal dengan earphone yg jelas tersumbat di telinga.
“Apa yang abang ngah sengih-sengih ni?” tegur Fakhrul yang baru tiba di belakang abang ngah itu.
“Itu, bakal adik ipar abang.” Mata Fahkrul terarah kepada Maya Adriyana yang tenggelam dalam dunia dia sendiri.
Maya Adriyana. Dua perkataan sahaja yang menjengah mindanya.
“ Farid. Lambat kau sampai?” Awin segera menyambut kawan lamanya itu.
“Biasalah, ada hal tadi. Ras mana?”
“Tengah salin baju. Jom aku suruh Johan amik kan baju melayu kau dangan budak kecil ni sekali.”
“Amboi Kak Awin, suka hati je panggil orang kecil ea.” Fahkrul mencelah.
“Hehe.” Mereka bergerak ke arah kanan butik yang menempatkan ruangan baju melayu. Johan datang menyertai mereka.
“ Awak uruskan Farid dengan Fakhrul ya, saya nak jengah Ras kejap.” Johan mengangguk.
“Eh, budak seorang tu dah test baju belum?” Awin tersengih.
“Awak rajin pergi pujuk sekali. Malas dah nak suruh dia cuba.” Awin berlalu. Dia mendekati Maya Adriyana. Earphone di telinga kanan gadis itu di tarik.
“Kak Awin!!” Awin ketawa.
“ Orang tak kacau akak pun.”
Maya Adriyana membetulkan rambutnya yang sedikit tertarik oleh Awin.
“Tengok ni dah serabut dah rambut orang.” Kata-kata Maya Adriyana langsung tidak di hiraukan oleh Awin.
“Kalau pakai tudung kan tak adalah rambut tu berserabut bagai.”
Bagai petir memanah bumi, ayat itu terus menusuk ke hati. Pergh! Siapa pulak yang kecoh aku pakai tudung ke tidak. Mata Maya Adriyana lantas mencari gerangan si pemilik suara.
“Kau peduli apa aku pakai tudung ke tidak! Tak payah sibuk urusan orang lain!” balas Maya Adriyana.
Fakhrul tersengih memandang gadis yang tak pernah tahu erti mengalah. Awin dari tadi sudah melarikan diri ke belakang.
“Memang lah aku peduli, dan kau buat tambah dosa aku tengok aurat kau.”
“Eh, kau tu yang reti nak jaga mata. Lepas tu nak salahkan aku.”
“Eh, kau yang tayang kat aku, aku nak elak macam mana.”
“Shut up! Aku tak ada masa nak gaduh dengan kau. Aku ingatkan kau ya, kubur kita asing-asing tau. So dosa aku aku tanggung dan kau tak payah nak berlagak alim nak nasihat kan aku bagai!”
Merah padam wajah Maya Adriyana ketika dia melepaskan marahnya pada Fakhrul. Tetapi jejaka itu hanya tersenyum sumbing.
“Memang kubur kita asing-asing, tapi aku tak nak lah kubur aku bising sebab dengar suara kau memekik-mekik mintak tolong. Faham!”
Dan sekali lagi Maya Adriyana terasa bahawa dirinya sedang di hempap dek gunung. Bibirnya kelu membalas kata-kata Fakhrul. Dia terduduk disofa. Memang dia tidak bertudung. Tapi dia masih tahu batas-batas yang perlu di jaga. Dia tak minum arak. Dia tak jejak disko walaupun sesaat. Dia benci keadaan disko yang sesak itu. Dia cuma tidak menutup aurat sahaja dan itu yang sedang di pertikaikan oleh Fakhrul.
“ Does it mean, bila kau solat dan itu cukup untuk tampung amalan kau. Kalau kau rasa solat tu dah cukup untuk kau, kenapa Allah masih menurunkan perintahnya untuk semua umat islam supaya menutup aurat?”
Tanpa menunggu Fakhrul menyambung ayatnya. Maya Adriyana bingkas bangun dan melangkah keluar dari butik itu. I hate him!
Fakhrul yang menjangkakan keadaan itu hanya membiarkan gadis itu berlalu pergi. Dia kenal Maya Adriyana. Gadis itu tak mungkin akan mengalah dengan hujah dia. Dia hanya pergi mencari jawapan untuk membalas hujah Fakhrul.

*******

Bantal yang bersarung kain berwarna biru muda itu basah dek kerana air mata si gadis. Sudah hampir tiga jam dia menangis. Fikirannya bercampur baur. Untuk apa dia menangis? Marah kerana sewenang-wenangnya lelaki itu memalukan dia di dalam butik Kak Awin. Atau malu kerana menganggap dirinya sudah cukup sempurna walhal dia masih belum menutup aurat dengan sepenuhnya. Atau takut dengan azab yang bakal menimpa sedangkan dia bermati-matian menegakkan bahawa tak semestinya bertudung itu di jamin syurga. Betul, tapi bagaimana dia yang sedia mendedahkan auratnya walaupun di bangkang oleh ibu serta ayah. Hanya dia satu-satunya anak ibu dan ayah yang tidak bertudung. Malunya menggunung! Pintu bilik sekali lagi berbunyi. Sejak pulang tadi, dia mengurungkan diri di dalam bilik. Menilik kembali suara yang terngiang-ngiang di telinganya. Sampai bila dia harus hadapi semua.
“Yana?”
Sepi.
“Adriyana?”
Suara Puan Habibah kedengaran lagi.
“ Maya Adriyana!”
Suara lain menjengah. Maya Adriyana bergerak perlahan memulas pintu bilik. Muncul wajah Encik Mahmud. Maya Adriyana pantas memeluk ayahnya.
“ Yana? Kenapa menangis ni?”
Hanya seduan yang kedengaran.
“ Maya Adriyana, look at me. Kenapa anak ayah menangis ni? Siapa buat?”
“Yana..yana...yana..minta maaf..”
“Kenapa minta maaf ni? Anak ayah tak pernah buat salah kat ayah. Dekat ibu.” Puan Habibah yang menjadi pemerhati sedari tadi hanya memandang sayu pada anak bongsunya. Belum pernah anak gadisnya yang kental jiwanya menangis sedemikian rupa.
“ Sayang, no matter what happen Maya Adriyana tetap anak ayah dan ibu. No matter what.”
Tangisan Maya Adriyana kian surut. Wajah ayah dan ibunya di pandang silih berganti. Maafkan Yana. Banyak dosa Yana pada ayah dan ibu. Yana anak yang jahat. Yana tak pernah dengar kata ayah dengan ibu.
“Yana sayang ayah dengan ibu. Yana minta maaf atas semua dosa Yana. Yana tahu Yana banyak dosa pada ayah dengan ibu. Yana minta maaf.” Tangisan bersuara lagi.
“Yana tak pernah buat salah pada kami. Kami sayang sangat dengan anak kami ni. Ingat kata ayah dengan ibu. No matter what Maya Adriyana tetap anak Encik Mahmud dan Puan Habibah.”
Maya Adriyana lantas memeluk kedua ibu bapanya. I love you ayah, ibu.

*****

Majlis pernikahan antara Farid dan Maya Rasryana berjalan lancar. Senyuman terukir di bibir Puan Habibah dan Encik Mahmud tak pernah lekang. Bahagia apabila melepaskan anak perempuannya pada lelaki yang boleh dipercayai. Yang yakin boleh menjaga anak gadisnya. Yang menjadi tempat si anak bergantung harap. Tempat letak syurganya jua telah berubah. Daripada ayah dan  ibu beralih pada suami. Segalanya sudah berubah. Tanggungjawab makin besar. Maya Adriyana duduk diam di kerusi. Semua orang sibuk ke sana ke sini.  Dia? Leka menikmati permandangan yang sibuk di sekelilingnya. Hehe. Baik punya anak dara.
“Yana!” tersentap jantung si Maya Adriyana. Anak siapa yang tak reti bagi salam ni. Oh, gaya macam kau pandai pulak bagi salam kan.
“ Ada apa mak uda?”
“ Ni hah, ibu kamu panggil. Entah siapa entah yang nak jumpa kamu.” Eh? Siapa pulak yang ibu nak suruh jumpa ni. Ibu ni macam tak tahu yang aku ni tak suka nak berkenalan dengan entah siapa entah.
“ Yalah, nanti Yana pergi.”
Mak Uda berlalu. Maya Adriyana mengatur langkah ke arah pintu. Kelihatan sanak saudara sebelah Farid sedang bersalaman dengan kedua ibu bapanya.
“Yana, mari sini.”
Senyum di ukir. Pandai kau curi senyum kambing ea, Maya Adriyana.
“ Ni Auntie Zah nak balik dah ni.”
Maya Adriyana tunduk menyalami tangan wanita itu. Lembutnya tangan Auntie Zah ni.
“ Nanti jangan lupa datang rumah Auntie tau.” Maya Adriyana mengangguk.
“InsyaAllah Auntie. Nanti rajin-rajin lah singgah sini lagi.”
Manisnya wajah gadis ini. Kalau boleh buat menantu kan elok. Hai Cik Zah, tak cukup seorang anak si Mahmud ni nak buat menantu ke?
Maya Adriyana menghantar Puan Azizah dengan pandangan. Tanpa dia sedari, ada yang memerhati.
“ Maya! Apa yang kau pandang tu?” Tersentap sebentar. Hai lah Fara, memang kawan kau ni bakal jadi pesakit kat hospital tu hah.
“ Fara! Jangan sergah macam tu boleh tak? Terkejut tahu tak?”
Fara mengukir sengih. Sorry lah kawan. Tak sengaja.
“ Dah tu, dekat sepuluh minit termenung. Bakal mak mentua dah balik dah.”
Hai Farah, tak sayang mulut nampak.
“ Farah... jangan nak mengarut ya. Tu mak mentua Kak Ras, bukan aku. Mintak simpang lah.”
“ Aku dah pesan jangan sombong sangat. Nanti tersungkur.”
“ Aku tak faham.”
“ Kau saja tak faham.”
“ Fara, i’m serius lah.”
Fara mengukir senyum. One day you’ll understand.
“ Dah lah tu. Jom masuk.”
“ Jangan ubah topiklah.”
“ But I’m just do it. Hehe.”
Maya Adriyana menarik muka masam.
“ Marah?”
Tiada jawapan. Ruang tamu kian surut dengan tetamu. Masing-masing lebih selesa berada di bawah khemah.
“ Tak manis lah muka kau kalau merajuk.”
“ Aku bukan merajuk okey.”
“ Habis tu mintak di pujuk?”
“ hmm.. lebih kurang?” sengih terukir.
“ Alolo.. manjanya budak kecil ni.”
Ketawa pecah. Indah kan dunia persahabatan itu. Tawa, duka semua dikongsi bersama.

*****

“ Buku untuk di baca bukan di tenung tanpa isi.”
Melayang sebentar segala yang terbayang di minda. Sergahan si kakak membuat dia hanya tersenyum. Malas mahu membalas.
“ Berangankan siapa? Boleh kaklong tahu?”
Fakhrul mengeleng perlahan. Tak ada siapa. Jawab di hati. Bibir tak boleh menutur. Fikiran melayang lagi.
“ Berangan lagi? Adik kaklong ni dah pandai berangan ya? Kenapa ni? Cuba cerita. Mana tahu kaklong boleh bantu.”
“ Tak ada apa lah kaklong. Fakhrul cuma sedang berfikir.”
“ Berfikir soal apa?”
“ Semua?”
“ Semua? Cuba huraikan? Kaklong kurang faham lah.”
“ Hidup, mati, dunia, akhirat, cinta, kasih, semua sekali lah.”
“ Kitaran kehidupan? Itu maksud Fakhrul?”
“ Lebih kurang.”
“ Kenapa dengan kitaran tu?”
“ Dalam hidup ini banyak benda reflek kepada diri kita. Macam siapa kawan kita, latarbelakang keluarga, gaya pemikiran. Contoh macam kaklong reflek pada abang long. Samalah macam abang ngah reflek dengan kak ngah. Ayah reflek ibu. Manusia kan tak henti-henti cari kesempurnaan, tapi mereka lupa yang melengkapi itulah kesempurnaan sebenar.”
Nafas di tarik sebelum kembali menyambung.
“ Tapi dalam  nak melengkapi tu, banyak cabaran. Macam yang kaklong cakap, kitaran kehidupan yang penuh pancaroba. Banyak dugaan dan cabaran. Namun janji Allah meletakkan bahawa kita memang mampu hadapi semua itu.”
Farizah tersenyum mendengar bicara adiknya itu. Fakhrul memang sebegitu. Sering memikir tentang masa dan lalu. Bicaranya makin matang. Makin jelas sikap dewasanya. Sebagai kakak, dia tahu adakala bicara yang terlafaz hanya sekadar gantian dari minda. Bukan zahirnya. Namun yang jelas tersirat di hati di simpan sendiri. Fakhrul bukan seperti Farid. Malah bukan juga seperti Farisya. Fakhrul jelas berbeza dengan abang dan adiknya. Farid jenis yang nekad. Farisya pulak manjanya terlebih. Anak bongsukan. Tapi Fakhrul jenis yang easygoing. Mudah menjaganya. Tak pernah lah selama ini adiknya itu merunggut itu ini. Segalanya di terima dengan hati yang terbuka. Tapi satu benda je yang payah sikit.
“ Kaklong senyum kenapa? Penat lah Fakhrul cerita.”
“ Kaklong dengarlah.”
“ Yalah tu, kaklong pun berangan jugak.”
Farizah senyum lagi. Fakhrul, Fakhrul. Pandainya adik kaklong ni.
“ Dah lewat ni Fakhrul. Masuk dalam tidur. Penat tu tak habis lagi. Lusa dah majlis. Nanti tak terkejar pulak.”
Fakhrul mengangguk.
“ Kaklong masuk dulu, Fakhrul masuk nanti.”
“ Jangan berembun ya.”
“ InsyaAllah tak.” Senyum di beri.
Farizah melangkah masuk ke dalam rumah. Fakhrul kembali mendongak ke langit. Buku di tangan telah lama di tutup. Sejak kehadiran si kakak lagi. Entah mengapa malam ini dia terasa gelisah semacam. Namun dia hanya membiarkan rasa itu berlalu bersama angin malam itu. Memikir barangkali. Mengenai apa? Dia?  Fakhrul tersenyum kecil. Senyumnya mati. MasyaAllah. Fakhrul! Hish, ni yang payah ni. Melalut lah tu.

******

Rasanya ribut kut. Sudah..
Fokus Adriyana! Fokus! Aduh apalah yang aku dah makan sampai asyik teringat-ingat ni. Makan hati berulamkan jantung. Hish! Cik hati uit. Janganlah mengarut tak tentu pasal. Malam- malam ni buat-buatlah lelap. Esok pagi bangun lambat siapa yang susah? Sendiri jugak. Entah mengapa peristiwa tengahari tadi kian menyesakkan fikirannya.
“ Cantik tudung.”
Maya Adriyana yang tengah tekun memegang Canon kesayangannya itu tersentak. Anak siapa yang tak reti beri salam ni. Buatnya jatuh Canon tercinta ni karang, nak ganti ke? Dia angkat wajah  memandang jejaka di sebelah yang muncul dari mana entah.
“ Dah tak ada kerja? Sibuk kacau orang apa hal?”
Senyum terukir. Cantik tudung ke cantik orang? Boleh kata dua-dua tak?
Ni apa hal pulak mamat ni sengih tak tentu pasal? Aku punya tudung senget ke? Atau aku pakai terbalik? Hish, ni aku menyampah ni.
“ Manis awak bertudung. Alhamdulilah.” Dia senyum sebelum menyambung. “ May Allah Bless you Maya Adriyana.” Dan langkahnya di atur ke depan menjauh dari si gadis. Namun senyum di bibir masih lagi belum pudar.
Maya Adriyana tergamam di situ. Dan masih menafsir. Pujian atau perlian? Sungguh Encik namanya yang di larang di sebut itu membuat dia terasa melayang. Aduh!

******

Gerak kakinya di berhentikan. Terasa seperti ada yang mengekori. Dia kembali menapak. Perasaan dia barangkali.
“Maya!” dia berpaling.
“Kenapa?”
“ taklah, kau cepat sangat kenapa?”
“ Tak ada apa lah. Nak balik rumah.” Penat.
“ Kau okey tak? Pucat je aku tengok.” Farah mulai menilik wajah si rakan.
“ Tak ada apa lah.  Penat buat projek kut.”
Yalah berada di semester akhir sememangnya begini. Lama tidak dapat melepak bersama. Sementelah Maya Adriyana mengambil keputusan untuk duduk di rumah sedangkan Fara senang menyewa bersama beberapa teman yang lain. Banyak yang berubah beberapa tahun kebelakangan ini. Masing-masing sibuk mengejar. Entah apa yang di kejar tak tahulah.
“ Malam ni jadi tak?” Maya menimbang tara.
“ Insya-Allah. Kat rumah Kak As kan?”
“ Yup! Kau drive or nak aku jemput?”
“ Nah.. It’s okay. Aku drive.”
“ Parents kau tahu kan?”
“ Ya Allah! Fara! Aku lupa cakap dengan ibu semalam. Eh, aku gerak lah ea. Nanti tak sempat nak jumpa ibu pulak.”
Fara mengeleng-gelengkan kepalanya. Hish, cepat sangat lupa.
“ Yalah. Baik-baik drive okey.”
“Insya-Allah.”
“Take care.”
“ Ya.”
Kaki kembali melangkah.

*****

Maya Adriyana leka memotong sayur untuk di masak. Suasana di dapur agak riuh rendah. Suara Kak As dari tadi mengalahkan mak cik jual ikan di pasar. Itu terlupa. Ini tercicir. Meriah. Ya. Dia amat menyukai suasana seperti ini. Bila ada masa sahaja barulah mereka dapat berkumpul di rumah Kak As. Kadang-kadang di rumah Kak Sara. Malam ni mereka mengadakan qiamulail. Dia dan Farah turut bermalam di rumah Kak As. Memang berkumpul ramai-ramai seperti ini sangat membahagiakan. Seolah berada dalam sebuah keluarga yang lain. Ya. Mereka memang keluarga.
“ Mana lah pulak si Anis ni. Kata nak bawak kawan.” Kak Sara mulai bersuara.
“ Anis nak bawak kawan?” Farah bertanya kembali. Anis merupakan adik Kak Sara.
“ Itulah. Katanya kawan baru. Itu yang dia ajak join kita semua malam ni.” Maya Adriyana yang diam dari tadi hanya mengangguk.
“Assalamualaikum..” suara dari depan sampai ke dapur.
“ Hah, tu sampai dah adik hang. Pi lah jemput masuk.” Kak As memberi arahan.
Kak Sara sudah pun ke depan. Berapa lah kawan yang Anis bawak sampai kecoh bebenor Kak As aku ni.
“ Kak Farah, Kak Maya!” Anis memanggil lalu menyalami kedua-duanya.
“ Hai budak kecil!” Farah mulai menyakat. Anis ni muda lagi. baru lepas SPM. Budak lagi. Di belakangnya kelihatan seorang gadis lebih kurang sebaya dengannya. Wajah si gadis seolah macam pernah di lihat oleh Maya Adriyana.
“ Ni kawan Anis. Farisya. Nurul Farisya binti Adam.” Farisya tersenyum.
“ Farisya. Panggil Isya je.” Dia mendekati Maya dan Farah serta Aslina.
“ Muka macam familiar. Orang sini ea?”
“ Isya tinggal kat Taman Harmoni.” Orang sini. Dekat lah. Tapi kenapa macam familiar sangat.
“ Nama akak, Aslina. Panggil Kak As. Ni Kak Farah dan ni Kak Maya.”
Farisya mengangguk.
“ Nama penuh akak Farah Aqrina. Panggil Kak Farah cukup.” Farah menyiku Maya Adriyana yang diam menilik wajah Farisya.
“ Apa? Oh.”
“ Isya ni anak Auntie Zah ea?”
“ Kak Maya kenal mama?”
Maya Adriyana senyum. Confirm! Adik ipar Kak Ras.
“ Nama akak Maya Adriyana binti Mahmud. Akak anak Auntie Bibah dengan Uncle Mahmud plus akak adik bongsu Kak Ras.”
“ Ya Allah. Akaklah Kak Yana tu. Sorry lah, Isya memang tak perasan. Lagipun kita kan jarang jumpa. Selalu pergi rumah Auntie jarang jumpa akak. Kak Ngah selalu jugak cakap pasal Kak Yana.”
Memang pun. Maya Adriyana mengiakan. Mana mungkin dia menonjolkan diri kepada keluarga Abang Farid. Pandai kan dia mengelak. Nama pun Maya Adriyana. Penuh licik. Maya Adriyana senyum. Kak Ras kahwin dekat 4 tahun. Anak pun nak masuk dua. Cepatkan masa berlalu. Padahal baru terasa semalam dia dan keluarganya sibuk menyediakan majlis perkahwinan kakak sulungnya itu.
“ Jadi Isya ni adik Fahkrul lah.” Farah menyampuk. Minah ni saja je kan.
“ Kak Farah kenal dengan abang uda?”
“ Kenal lah jugak. Tapi Kak Maya lebih kenal.”
Pergh! Farah ni memang tempah maut.
“ Farah rasanya ayam kau tu macam hangus je.”
“ Maya, tak payah nak tukar topik.”
Maya Adriyana buat tak tahu. Baik mulut tu diam Farah sebelum di cilikan.
“ Sudahlah tu. Mari siap. Dah nak maghrib ni. Mandi lepas tu kumpul kat ruang tengah.” Kak As mencelah.
“ Alright sis!”

*******

“ Baru balik?” Farisya angkat muka. Dia mengangguk.
“ Best tak?” Angguk lagi.
“ Ada benda yang boleh kongsi?”
“ Banyak benda. Seronok lah. Lepas ni adik nak stick lah dengan program Kak Sara tu.”
“ Adik suka?” Farisya mengangguk lagi.
“ Adik jumpa Kak Yana.”
“ Kak Yana?”
“ A’ah. Adik Kak Ngah. Alah tak kan abang uda tak kenal. Kak Farah cakap abang uda kenal dengan Kak Yana.”
“ Yana? Maya Adriyana?”
“ Betul lah tu. Comel-comel je muka dia. Macam muka Kak Ngah.”
“ Oh, dia ada sekali?”
“ Yalah. Dia baik kan. Lembut je.”  Baik? Lembut? Minah tu bukan dingin ke? Adik aku ni biar betul.
“ Kak Yana ni tak lokek kongsi ilmu pun. Banyak pembincangan kami dia yang bagi idea. Nanti minggu depan pun buat lagi. Tapi kat rumah Kak Sara pulak.”
Fakhrul diam mendengar. Adiknya kalau sudah bercerita jangan harap si abang boleh masuk campur.
“ Tapi kenapa before ni adik tak pernah nampak Kak Yana tu bila kita pergi rumah Auntie Bibah?”
Pertanyaan si adik di biar sepi. Entah. Mana lah dia tahu. Kalau dia tahu tak ada lah persoalan itu bermain di minda sejak 4 tahun lepas. Memang dia akui semenjak abang ngah bernikah dengan kak ngah dia tidak pernah berjumpa dengan Maya Adriyana. Jika berkunjung ke rumah Auntie Bibah dan Uncle Mahmud memang lah takkan berjumpa. Nak terserempak dekat kedai Pak Lan pun tak pernah. Nampak sangat si gadis itu memasang pendinding supaya mereka tidak berjumpa. Tak ada jodoh nak buat macam mana. Takkan dia beria nak berjumpa dengan si dia yang tak ingin berjumpa dengan nya.
“ Abang uda dah lama lah kenal Kak Yana tu?”
“ Dari zaman sekolah. Tapi jarang bercakap.” Mana tak nya kalau bercakap mesti bertekak.
“ Oh.”
“ Dia.. macam mana?” Farisya memandang wajah abang udanya yang kelihatan bersahaja.
“ Macam mana apa?”
“ Maksud abang uda, sihat?”
“ Okey je adik tengok. Adik suka lah tengok Kak Yana tu senyum. Manis. Siap ada lesung pipit sebelah.”
Fahkrul tersenyum. Lesung pipit sebelah.
“ Abang uda.”
“ Ya.”
“ Adik suka je kalau mama berbesan dengan Auntie Bibah dengan Uncle Mahmud lagi sekali.”
“ Nurul Farisya binti Adam!”
Ceh! Adik aku ni tau!

*******


Perlahan tangannya mengelap pinggan berwarna putih itu. Angin malam menyapa melalui tingkap kecil di ruangan dapur itu. Nafas di tarik perlahan. Banyaknya benda berlaku tanpa dia sedari. Macam baru semalam menjejak kan kaki ke kolej. Hari ini dia sudah melangkah ke alam yang baru. Kata-kata Kak As dan Kak Sara semasa mereka masih lagi mengadakan usrah terngiang-ngiang di telinga nya.
“ Tak mudah dan tak mustahil. Kita semua tahu. Everyone ada hak mereka sendiri. Tak siapa pun boleh kacau hak kita. Sebab it belong to us forever. Allah itu Maha Adil. Setiap perkara yang DIA jadikan pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Terima dengan redha. HE knows the best.”
“ Memberi dan menerima. Itu yang sepatutnya kita lakukan. DIA beri kita terima. Kita beri dan DIA sentiasa menerima. Pintu taubat takkan tertutup selagi kiamat belum menjelma. Siang malam DIA menanti kita. Menunggu kita memberi dan DIA tanpa kompromi menerima seadaanya.”
Detik mengajar dia mengenali indahnya sebuah masa. Masa itu emas. Masa itu segalanya. Bintang berkelipan. Bulan tersenyum. Sudah, kenapa bermadah bagai ni?
Peristiwa lewat petang tadi semasa dia bertemu dengan Farah di rumah sewanya bermain di ruangan minda.

“ Tolak jelah. Apa susah.”
“ Cakap senang lah. Ayah aku macam berharap sangat lah. Aku tak tahu nak buat macam mana. Ayah tak pernah tau mintak apa-apa dari aku. Aku tak nak lah jadi anak derhaka. Cukup-cukup lah selama ni aku buat ayah dengan ibu susah nak tidur malam fikir pasal aku.”
“ Dah tu. Terima jelah.”
“ Farah, kau ni bukan nak bantu aku tau. Lagi pening kan kepala aku.”
Farah tersengih.
“ Okey, sekarang bagi alasan nak tolak? Dan bagi juga sebab untuk terima.”
Maya Adriyana terdiam. Ni yang susah ni. Aku dah lah tak kenal siapa dia. Lepas nak suruh buat keputusan macam ni. Hish. Payah betul lah.
“ Aku.. aku.. tak tau.”
Farah kembali mengadap komputer riba di meja. Layan si Maya Adriyana ni sampai esok belum tentu habis. Aku dah lah tengah banyak kerja ni. Report ni kalau tak siap ada kena buang kerja ni.
“ Kau bagi semua pada DIA tak?”
Perlahan aku mengangguk.
“ Then trust HIM. Kau tahu, aku tahu. Apa yang DIA beri adalah yang terbaik untuk kita kan?”
“ Tapi aku macam berbelah bahagi.”
“ Antara?”
“ Apa yang aku rasa dengan apa yang ayah dan ibu mahukan?”
“ Kau serah semuanya sekali. Kau masih ragu-ragu. Maya, dalam soal hati dan perasaan ni kau tak boleh nak ikutkan emosi semata. Hati ni kan Allah yang pegang. Jangan kau persoal kan. Trust HIM okay?”
Trust HIM Adriyana. He knows the best.

******

Langit malam yang indah. Bulan seakan tersenyum melihat dia. Dulu, kaklong selalu berkata kalau rindu seseorang itu tenung lah bulan. Nanti wajah si dia akan muncul. Senyum di ukir. Itu dulu,  bila kian dewasa kini bila rindu sampaikan kepada DIA lalu biar angin itu yang menyapa. Senyum masih belum pudar. Entah kenapa nyamannya lebih dari biasa. Barangkali ada angin rindu yang datang menyapa. Dari mana? Dari taman yang di hujung itukah? Kepala menggeleng kecil. Berangan jelah.
“ Fakhrul?” Dia berpaling.
“ Ada apa kak ngah?” Maya Rasryana memandang adik iparnya yang sedang sibuk berbicara bersama langit dan bulan.
“ Boleh kak ngah duduk?”
“ Boleh lah. Nanti bang ngah marah Fahkrul pulak tak bagi kak ngah duduk.”
Maya Rasryana tersenyum. Senang mendengar bicara si Fakhrul. Fakhrul ini mudah di bawa berbincang.
“ Ni, kak ngah rasa Fakhrul punyakan? Kak ngah rasa tercicir kat tangga tadi.” Name tag kain itu di serahkan kepada Fakhrul.
Alamak! Fakhrul menelan air liur. Kantoi..kantoi. terang-terang depan kak ngah pulak tu. Aduh, mestik kak ngah dah fikir bukan-bukan.
“ Errr..” Speechless.
“ Tak apa, kak ngah tahu Fakhrul punya. Ambil je. Kak ngah tak marah pun. Cuma kena jawab soalan kak ngah jelah.”
Fahkrul tersengih malu. Ya Allah, kenapa lah cuai sangat ni Fakhrul.
“ Kak ngah nak tanya apa?” name tag kembali di simpan di celah buku yang berada di sebelah.
Maya Rasryana senyum sebelum bertanya.
“ Dah lama ea simpan name tag tu?”
Perlahan Fakhrul mengangguk. Malu. Malu.
“ Nak kak ngah tolong?”
“ Tak payah lah kak ngah. Lagipun dia mana suka kat Fakhrul.”
“ Mana Fakhrul tahu?”
“ Selama ni, bagi dia Fakhrul Cuma pengganggu je dalam hidup dia. Tak mungkin lah dia nak suka kan. Kalau tak, takkan tak berhabis Fakhrul kena sumpah.” Ketawa kecil tercetus antara keduanya.
“ Kenapa Fakhrul suka dia?”
Fakhrul tersenyum sebelum membalas di bawah sedar.
“ Dia dingin. Lagi dingin dari ais. The way dia treat lelaki tak pernahnya lembut. Dia pandai jaga diri dia. Dia bukan jenis yang senang-senang je boleh tarik ke sana ke sini. Dia ada pendirian dia sendiri. Nakal sangat tapi baik. Lagi-lagi bila tengok dia yang sekarang ni, masih dingin tapi lembut.”
Maya Rasyana tenang mendengar luahan Fakhrul.
“ Kak ngah jangan cakap dengan dia tau. Nanti mesti dia ingat Fakhrul nak kena kan dia. Dia tu mana boleh jumpa Fakhrul. Nanti mesti ada je kaca yang mintak pecah.”
“ Tak lah. Rahsia kita okey?”
“Okey. Thanks kak ngah.”
No biggie. For both of you.

**********

Air mata mengalir lagi. Bibir di ketap rapat. Ya Allah sakitnya. Kenapa berat sangat ujian yang kau berikan ni. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja  dia membaling segala benda yang mengatakan saya-mudah-pecah. Bayangan si jejaka kembali menerjah ke dalam ruangan minda. Pergi lah! Aku tak nak jumpa kau! Pergi!

“ Kak Ras tak adil!”
“ Adriyana!” suara si ayah meningkah.
“ Ayah, sudah lah tu. Yana, kita bincang ya dik.”
“ Nak bincang apa? Tak cukup lagi dengan semua penipuan ni. Cukup-cukup lah Kak Ras, ayah. Yana penat lah.”
“ Kami tak pernah tipu Yana. Yana sendiri yang tidak bertanya.”

Salah aku sebab tak bertanya atau salah mereka yang terlalu menyembunyikan hal yang sebenarnya. Tentang siapa dia. Cukup lah. Aku tidak mahu di bebankan dengan rasa ini. Air mata peneman setia sejak pertegangan petang tadi. Pintu bilik kedengaran di buka. Katil terasa di duduki orang.
“ Sayang.” Rambut yang hitam itu di usap perlahan Puan Habibah.
“ Ibu minta maaf. Ibu tahu ibu tak patut berahsia dengan Yana. Tapi ibu Cuma nak Yana bahagia juga. Sampai bila Yana nak macam ni. Dia baik sayang. Ibu tahu dia tak main-main. Ibu tahu dia ikhlas. Sebab itu, ibu tak sampai hati nak menolak. Lagipun sayang dah setuju....”
“ Itu sebelum Yana tahu siapa dia. Sebelum Yana tahu yang family dia sebenarnya.”
“ Tapi kan sama juga. Kalau sayang boleh terima siapa dia sebelum ini. Terima lah dia juga sekarang.”
“ Tak sama ibu. Dia yang dulu tiada kebencian. Tapi yang sekarang ni penuh dengan rasa ibu. Yana tak boleh terima. Dalam hati ni sangit sangat ibu. Dalam ni tak kuat nak tempuh semua ini.”
Puan Habibah turut terasa. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya merintih kesedihan sebegini.
“ Sayang ingat tak apa yang Allah pernah beritahu kita? Dalam surah Al-Baqarah, DIA berjanji yang tiada satu beban pun yang DIA beri tidak mampu di tanggung oleh hambanya. DIA beri ujian bukan kerana DIA tidak sayang pada kita. Tapi kerana DIA terlalu sayang pada kita. DIA sentiasa memberikan yang terbaik. Setiap rasa yang DIA kurniakan pada kita adalah anugerah. DIA pegang hati kita sayang. DIA boleh merubah segalanya dalam sekelip mata. Ibu cuma minta sayang fikir baik-baik. Jangan putus asa dengan rahmat Allah sayang.”
Air mata si anak di sapu perlahan. Ya Allah kurniakan ketabahan buat anak ku ini.
“ Kenapa dia ibu? Kenapa bukan orang lain. Yana tak layak untuk dia. Dia terlalu baik untuk Yana. Dia sempurna segala segi. Yana serba kekurangan. Yana tiada apa yang boleh membuat Yana layak berdiri setanding dengan dia. Dekat luar tu banyak lagi gadis yang layak untuk dia. Yana banyak sakitkan hati dia. Selama hari ni pun, belum pernah sekali Yana minta maaf dengan semua kekasaran yang pernah Yana lakukan. Ibu ingat tak masa abang Farid cerita dulu motor dia selalu pancit? Yana yang buat ibu. Bukan sekali dua. Tapi dia tak pernah marah. Dia sabar je. Walaupun Yana selalu kena perli dengan dia tapi dia tak pernah pun pancitkan tayar motor Yana. Tak pernah pun putuskan tali gitar Yana. Tak pernah pun tambah kicap masin dalam lauk  Yana. Tak pernah ibu. Tak pernah. Yana yang terlalu jahat dengan dia. Yana yang terlalu buruk sangka pada dia. Sedangkan dia? Dia Cuma tak nak Yana tersasar macam dulu.”
Esakan si gadis makin kuat. Perlahan tubuhnya dia peluk si ibu.
“ Sayang, jangan di ikutkan rasa. Yang dulu biarlah berlalu. Dia tak pernah mengungkit pun. Dan kita pun tak patut mengungkit. Semua yang terjadi ada hikmahnya.”
“ Ibu.”
“ Ya sayang.”
“ Yana sayang dia.”
“ Ibu tahu sayang. Ibu tahu.”
Ya Allah kuatkanlah hati mereka. Segalanya terjadi atas kehendak-Mu Ya Allah.

**********

“ Atas meja.”
“ Tak ada pun.”
“ Carilah betul-betul.” Maya Adriyana sibuk membetulkan susunan buku di rak barunya. Yang lama dah nak roboh dah.
Dua minit berlalu tanpa suara.
Empat minit.
Masuk minit yang kelima.
“ Jumpa tak?” Maya Adriyana berpaling. Eh? Kenapa bilik ni dah kosong? Sudah.
Maya Adriayana bangun menuju ke pintu bilik.
“ Nak pergi mana?” Laa..
“ Nak pergi cari awak lah. Tiba-tiba je hilang.” Dia tersenyum.
“ Baru hilang lima minit pun dah cuak.”
“ Mana ada!” Maya Adriyana menjeling. “ Jumpa tak?”
Dia menggeleng. “ But I found this.” Mahu terkeluar biji mata melihat apa yang di pegang oleh si dia.
“ So, mana curi ni?”
Maya Adriyana tersengih. Tak curi, jumpa.
“ Orang jumpa lah.”
“ Jumpa? Macam pelik je.”
“ Betullah, jumpa masa pancitkan tayar motor awak?”
Okay, statement berani mati.
“ Itu namanya bukan jumpa ea. Memang name tag tu letak kat motor.”
“ Mana ada orang letak name tag kat motor. Orang letaklah kat buku ke pencil box ke.”
“ Itu sebabnya selalu tercicir name tag kan?”
Ya, memang dia selalu hilang name tag. Tapi selalunya jumpa balik except..
“ Baik cakap. You kan yang ambil my name tag tu.”
“ Eh, dia dah curi orang punya nak tuduh orang ambil dia punya.”
“ Tak, orang ada  hilang satu masa tu. Bila datang balik kat motor kesayangan you tu. Tak jumpa pun!”
“ Oh, ingatkan memang saja-saja buat pertukaran name tag.”
“ No!”
Fakhrul ketawa.
“ Hey, come here.” Dia memanggil sambil menepuk lantai di sebelah katil.
Maya Adriyana datang mendekati dia. Buku nota berwarna hitam yang terletak di tepi katil di capai. Helaian tengah di buka. Name tag kain berwarna hijau itu di keluarkan.
MAYA ADRIYANA.
Name tag yang saban tahun berada dalam simpanannya. Bibir mengukir senyum bahagia. Dapat jugak kahwin dengan makcik dingin ni.
“ Kan, memang you ambil. Saja je tak nak mengaku.”
“ Eleh, cakap orang dia pun sama.”
“ Mana, at least Yana jujur tau bagitahu mana Yana jumpa.”
“ That you know masa Yana ambil name tag tu Yana dah terambil sekali hati tuan dia.”
Maya Adriyana tersenyum.
“ Oh.. how long is it? Let me count. 10 years?”
Aku umur 26 tahun ni. Masa aku jumpa name tag tu time form 4. Betul lah 10 tahun. Gila lama.
“ 10 tahun ea? Tak rasa sangat pun.”
“ Lama lah, dari zaman nakal tahap tak ingat. Selalu masuk kelas tahanan. Pagi-pagi nama mesti kena ambil. Selalu kena tangkap ponteng kelas. Lepas penuh buku dengan nama Yana je.”
Fakhrul ketawa lagi.
“ Memang pun. Tiap-tiap minggu mesti ada buku catatan baru sebab asyik kena tulis nama Yana je.”
“ Awak tu pengawas yang gila kuasa.”
“ Yana tu dingin terlebih.”
“ I’m protecting myself okay.”
“ Ya, I know. Bangganya kita ada wife yang jaga diri dia untuk kita.”
“ Perli lah tu. Saja je kan. By the way, ingat tak first word yang awak cakap first time tangkap Yana.”
“ Oh, ada ke?”
“ Ada lah. Ingat tak?”
“ Tak ingat.”
“ Dinginnya Awak!”
“ Memang pun.” Fakhrul ketawa.
“ Dengkilah.” Maya Adriyana menarik muka masam.
“ Alolo.. merajuk ya sayang. Dengar sini ea. Abang sayang Yana sebab sayang abang ni sangat dingin dengan siapa-siapa yang cuba kacau dia. Dia tegas. Tak mudah nak bagi orang ambil kesempatan dengan mudah. But, she cute. Comel je masa tengah marah. Comel je masa tengah merajuk. Comel je masa tengah senyum. Sebab tu abang jatuh cinta.”
Okay, Maya Adriyana. Jangan cakap tak cair. Speechless terus ni hah.
“ Merajuk lagi tak?”
Maya Adriyana tersenyum.
“ Kan comel tu. Dah jom sambung kemas. Ni karang sampai esok bersepah semacam.”
“ Abang.”
“ Yes, honey?”
“ I love you.” Fakhrul tersenyum.
“ Since when?”
“ Since abang bagi ceramah dekat budak-budak lelaki yang tibai motor Yana sebab Yana sound dia orang kat depan budak perempuan lain.”
Fakhrul tersenyum.
“ Siapa suruh dia orang kacau buah hati abang.”
“ Abang.”
“ Ya, ada apa lagi sayang.”
“ Abang tak cakap pun I love you too.”
Fakhrul tersenyum. Dia kembali mendekati Maya Adriyana. Pipi isterinya di cium.
“ I love you always my dear. Dah, jom sambung kerja.”
Maya Adriyana senyum lebar. Itulah dulu benci tahap tak ingat kan sekarang Allah dah tukar jadi sayang. Memang dia akui. Kenapa harus dia membenci sedangkan jika itu yang tertulis buat dia. Bahagia itu harus di cipta bukan di paksa. Fakhrul tenang je biarpun sebelum pernikahan mereka berbakul-bakul sumpahan yang dia terima. Tapi ketenangan dia itulah yang membuat Maya Adriyana jatuh sayang sekali lagi. Bukan mudah bagi dia menerima semua ini. Tapi jujur dia berasa syukur kerana Fakhrul menerima dia seadanya. Biarpun siapa dia di masa lalu. Siapa dia sebelum berjumpa jalan dia. Fakhrul terima dia bukan kerana dia dah berubah tapi kerana dia masih lagi Maya Adriyana yang dingin. Tapi sebenarnya lamaran keluarga Fakhrul pada kali pertama telah di tolak begitu juga dengan yang kedua. Tapi setelah tiga kali datang ke rumah membawa hajat yang sama sungguh dia tidak mampu berkata apa-apa. Dan terus sahaja lamaran tersebut di terima. Nampak tak kesungguhan pakcik tu.Hehe.Terima Kasih Ya Allah. Moga Kau kirimkan jua bahagia untuk ke syurga. InsyaAllah.

TAMAT.


p/s: Saya tak tahu apa yang saya tulis. Haha. Saya harap awak semua dapat tangkap apa yang saya tulis. Cerita saya tak banyak konflik kan. Nah.. saya tak suka konflik bagai ni. Tapi realiti hidup, mana pernah pantai tak merasa ombak. Mana pernah hidup tak di landa badai. Harap boleh terima segala kekurangan. Saya tak pandai menulis. Saya tahu tulis apa yang saya rasa. Semua ilham datang dari DIA dan DIA sumber inspirasi saya. Saya mungkin bukan penulis yang baik. Tapi apa yang ada inilah yang saya persembahkan. May Allah Bless You.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan