Bismilah
secara jujurnya, cerita ini bukan 100% my idea.. based on true story and diolah sesedap laksa
oleh saya. Maka secara harapannya di harap anda terima lah dengan hati yang tenang. :)
Credit To
Allah yang memberi Ilham :)
SCI Industries, sbb buat contest ni. Sangat teruja pada mulanya. haha.
Syahirah Omar. aka Cheyya, sbb sebarkan berita tentang contest ni.
Elly Nadhirah, dia yang bersama merangka cerita
Dia, tuan punya kisah yang sebenar. thanks for this epic story (poyonya ayat aku)
and Anda, the readers. This is yang terilham buat anda
Dari DIA ia datang dan kepada DIA ia pulang. :) May Allah Bless.
“ Let’s just be friend. That more than enough.”
Dejavu. Sungguh hatinya terasa terhempap dek meteor yang terbabas entah
dari planet mana. Ada rasa sebak yang tiba. Tanpa di sedari, ada permata
mengalir dari celah mata. Hilang macho bro!
******
“ Lepak jom!”
Pergh. Ni belajar bagi salam ke idak?
“ Kau kalau tak jerit kat telinga aku tak boleh kan?” Marrissa mengosok
perlahan telinganya. Berdesing seh!
Ajad tampal sengih. Kerusi di depan Marrissa di huninya.
“ Habit lah babe.”
“ Banyaklah kau!”
Buku rujukan Kimia itu kembali di selak. Pergh, apahal pulak soalan ni
tetiba macam melencong ke tempat lain. Ajad yang memerhati wajah yang penuh
teliti membelek buku rujukan itu masih tersengih.
“ Ajad, kalau kau datang sekadar nak tayang muka kau yang sama spesis cam
kerbau kat tengah sawah tu, baik kau blah.”
“ Ceh, aku handsome kalah Jonathan Putra, kau boleh samakan dengan kerbau?
Hampeh betul. Aku rasa Pak cik Azman kena bawak kau pergi check mata lah. Sah
rabun kambing.”
Marrissa mencebik. Dah tak nak tolong. Siap main kutuk orang lagi. Eh
Marrissa, tadi tu bukan kau kutuk dia jugak ke? Hehe.
“ Ni aku malas ni. Tetiba je kau boleh sengih sorang-sorang. Kau asal? Lupa
makan ubat lagi ke?”
“ Diam lah Ajad. Sini cepat tolong. Apa pasal soalan ni over sangat?”
Marrissa menolak buku latihan yang berada di hadapannya kepada Ajad.
“ Soalan simple pun tak boleh jawab. Ni macam mana nak SPM ni? Ke laut la
jawabnya.”
“ Choi! Doa lah baik-baik.”
Marrissa menarik muka. Ajad tayang sengih.
“ Alah, merajuk pulak. Yalah sayang, intan payung batu permata Pak Cik
Azman. Meh, aku tolong. Sila berterima kasih ya?”
“ Yalah.”
“ Yalah je? Bagi lah pisang goreng ke, Nasi Lemak Mak Minah ke.”
“ Yalah,yalah.”
“ Okay deal. Sini aku tunjuk.”
Ada senyuman yang terukir di bawah sedar. Manis bak madu. Cantik bak bunga.
Indah bak permata. Cehwah, ayat tak boleh blah.
*****
Bantal kekabu itu di tepuk perlahan. Tangan kanan menahan kuap. Jam
berdetik menunjukan pukul 1 pagi. Mata yang kuyu mohon agar lenanya tiba
secepat mungkin. Belum sempat mimpi menyapa datang pulak bunyi burung
berkicauan tanda mesej masuk. Hish, anak siapa lah yang suka mintak kasut masak
lemak ni!
-Lapar lah -.-
Pergh, lapar pun nak cakap ke? Pergi mampus sana. Aku nak tidur pun tak
senang. Memang kau sarapan kasut goreng cap kapal lah!
+Rebus buku add
math kau sana~
Ajad yang sedang meneguk air sirap bandung itu sedikit tersembur membaca
mesej Marrissa. Pergh. Mana dia tahu buku AddMath aku dah ‘selamat’ dalam
periuk mak aku ni? Hampeh punya member.
-Kau skodeng aku
ea? Mana kau tahu buku aku dah ‘selamat’
Marrisa tergaru-garu seketika. Ni apa kes pulak dah? Sah sewel 10 minit ni.
+Kau asal? Buang
tebiat? Yang pergi buat betul2 kenapa?
Cawan bekas air bandung itu di bawah ke singki. Jemari laju membalas mesej
yang baru 45 saat di baca.
-Adik aku main-main. Entah macam mana
buku aku dah tercampak dalam sup mak aku. Masa nak makan tadi mak aku baru
perasan. -.-‘
Marrissa ketawa terbahak-bahak. Hilang kesopanan melayu melakanya.
+Kau bab menipu nombor satu kan? Tak
caya aku. Dah aku nak tido. Pergi main jauh2 sana.
Pintu bilik di tolak perlahan. Takut menganggu isi rumah. Bibir mengukir
senyum membaca pesanan ringkas gadis bermata bundar itu.
-aku cakap betul lah. Ingat aku
memain ke? Dah lah pergilah tido. Siapalah aku ni....
Sudah.. merajuk pulak anak mak seorang ni.
+ Yalah, Ajad.
Aku tahu kau berkata benar sekali. Arakian, mataku yang cantik bak mata kucing
parsi milik tok aku kat kampung seberang tu dah tersangat penat melayan kerbau
kat sawah yang memalam buta menganggu hidup orang ni. Makanya, izinkan beta
melelapkan mata ya. Esok beta akan menemui hamba ya.. Dah sana tido. Night!
Hah! Amik kau. Penuh sopan aku taip punya. Dah mata, jangan kau layan kan si
Ajad ni. Esok terlepas subuh bukan dia yang kena jawab nanti. Tidur Marrissa.
Tidur.
Ajad hanya tersengih. Marrissa, Marissa. Entah mengapa hatinya senang
melayan gadis bermata bundar itu. Berkawan. Berteman. Bermain. Bergelak ketawa.
Senyum. Masam. Adakala pahitnya juga terasa. Itu namanya persahabatan. Indah
bukan?
Malam melabuh tirai. Menapak sang waktu menanti fajar tiba. Episod baru
bermula lagi.
*****
Ajad tarik muka. Menyampah. Sakit Hati. Nak termuntah. Segala macam yang
dirasainya apabila melihat Hairul yang berada di pintu belakang kelasnya. Nak
usyar si Marrissa ler tu. Cubalah cari awek lain. Dah clash buat lah cara
clash. Sibuk nak mencantumkan balik kain koyak apa hal?
“ Ajad!” Ajad hanya angkat kening membalas panggilan Hairul. Tak layan
kang, kata aku pilih kasih. Layan, ter-over lah pulak mamat ni.
“ Mar mana?”
“ Mana aku tahu. Aku bukan babysitter dia.”
Hairul sengih senget. Pura-pura terasa. Hakikatnya? Kau tanya jelah.
“ Sorrylah. Kau kan bestfriend dia. Mesti dia cakap kalau nak kemana kan?”
“ Entah, pergi cari pakwe baru agaknya.” Ajad menyelak helaian buku Fizik
yang sudah kusam itu. Dalam hatinya berkontena-kontena sumpahan ‘hadiah’
terindah buat Hairul.
“ Wei.”
“ Apa?”
“ Aku handsome tak hari ni?”
Pergh. Tak agak-agak soalan mamat perasan ni.
“ Aku handsome lagi.” jawabnya malas. Memang tahap dewa punya malaslah.
“ Alah, aku tahu kau segan nak puji aku.” Okay, bak sini 100 gelen punya
saiz baldi. Aku tak sabar nak muntah.
“ Ajad!” Lagi satu anak bujang Pak Hatam dah memekak panggil orang.
“ Apa??” Laungnya menyahut.
“Mashmallow!” Eh?
“ Mana?”
“ 5 Beta!”
“ Okay!”
Terima kasih Wahai Hamidi kerana menyelamatkan aku dari mamat perasan ni.
“ Aku keluar jap. Kau kalau nak lepak. Lepak lah. Aku lambat lagi kut.
Cikgu Kasim memang tak masuk kelas hari ni.”
Hairul hanya mengangguk. Ajad bangkit menuju ke pintu hadapan. Keluar saja
kelas terus dia menarik nafas lega. Pergh. Memang tenang setenangnya dunia aku
sekarang. Kakinya melangkah menuju ke 5 Beta. Tangan di masukkan ke dalam poket
seluar. Gaya-gaya macho lah konon.
Kelas 5 beta agak tenang berbanding kelas Alpha. Kelas si Hairul tu Sigma, sebelah
belakang kelas Ajad. Kelas Beta tingkat atas. Jadi mestilah Hairul tak naik
atas. Baik punya tempatlah kau lari Marrissa. Nasib Hamidi nak turun. Boleh
sampai pesan. Marrissa yang duduk di hujung tepi tingkap elok berbual dengan
Syuhadah. Kerusi kosong di sebelah Marrissa di tariknya.
“ Asal?”
Marrissa yang menyedari kedatangan Ajad dari awal hanya memandang sepi.
“ Tak ada apa. Aku malas balik kelas. Apa budak tu nak?”
Faham dengan pertanyaan Marrissa, Ajad lantas menjawab.
“ Cari cinta sejati dia.”
“ Geli lah, Jad.”
Ajad ketawa perlahan. Kelas orang. Nanti karang ada yang kena baling
kerusi, siapa nak tanggung.
“ Serius lah wei. Kau layankan jelah dia. Berabad dia menanti kau.”
Marrissa hanya mencebik mendengar kata-kata yang muncul dari bibir Ajad.
Kalau aku suka dia tak apa lah Ajad. Ni aku dah suka kat orang lain. Cik Hati
ni tak faham bahasa sikit. Kalau dah suka. Suka lah jugak. Nanti kalau dah tak
suka, Sampai kesudah tak suka.
Melihat Marrissa hanya diam tidak menjawab membuat hatinya sedikit gusar.
Syuhadah yang tadi elok berbual dengan Marrissa turut terdiam. Nampak macam
si Mar ni dah touching semacam. Baik aku diam. Ajad menghembus nafas perlahan.
Susah kalau Marrissa dah melayang entah kemana.
“ Marrissa Faqihah.”
Entah mengapa wajahnya di palingkan dari memandang Ajad. Dia tahu Ajad
serius bila memanggil nama penuhnya.
“ Ajad Rifqi.”
Ajad mengukir senyum. Entah mengapa hatinya tiba-tiba redup tatkala
mendengar suara Marrissa menyebut namanya. Seperti menyedarkan dia dari mimpi
yang panjang.
“ Bukan dia yang ada. Dan bukan dia yang hadir. Aku tahu apa yang aku nak.
Aku tahu apa yang aku rasa. Cuma bukan
dia. Aku tak nak sia-sia kan hidup untuk main-main.”
Ajad menggangguk tanda faham. Gula-gula kopiko yang diam di dalam poket
baju kemejanya di keluarkan lalu di berikan kepada Marrissa.
“ Manis dan pahit.” Senyuman manis di lemparkan.
Marrissa turut ikut senyum. Kopiko selamat masuk mulut.
“ Dah jom, jangan nak melepak kat kelas orang. Semak je.”
Senyuman bertukar menjadi cebikan. Hampeh punya kawan.
*****
Bola berwarna oren itu selamat masuk jaring. Petang semakin melabuhkan
tabirnya. Peluh yang mengalir tidak dipedulikan. Dia kembali membuat balingan
sekali lagi. Dada berombak laju. Entah mengapa. Hatinya sangat kecewa. Ibarat
jatuh ke dalam gaung yang sangat dalam. Jatuh bertimpa-timpa. Terasa perit yang
amat. Salahkan dia merasakan rasa itu. Bukan dia yang meminta. Namun, entah
mengapa jiwanya terasa di robek begitu saja. Persahabatan memang lebih indah
dari percintaan. Dia akui itu. Dia tidak mahu merosakkan persahabatan yang
terbina kukuh sekian kalinya. Balingan terakhir kembali berpaling ke arahnya.
Dia jatuh terduduk. Hatinya ikut terduduk. Wajah gadis bermata bundar itu
muncul dalam bayangan. Wake up Ajad. Duduk
dalam realiti dunia. Tetapkan hati kau. Jangan menyerah. Dia bukan milik kau.
“ Kenapa main sendiri?”
Ajad berpaling. Hamidi memandang dengan kening yang terangkat. Ajad bukan
kat atas. Dia kat bawah. Roda Ajd tengah berputar tak tentu hala. Hamidi
melangkah mendekati Ajad. Ajad yang tenang nampak serabut. Ajad yang hanya tahu
gelak dan tawa, senyum dan sengih itu jelas terlihat kesan berair di matanya.
“ Kau kenapa? Pelik je aku tengok.” Hamidi cuba menebak. Ajad tak suka
cerita masalah kat orang. Dia suka simpan sendiri. Hamidi akui semua itu. Namun
dia tetap ada tugas sebagai sahabat.
“ Kau sedih pasal Hairul?”
“ Mana ada.”
“ Aku nampak Ajad. Jangan tipu aku. Marrissa kau boleh tipu. Tapi aku
nampak semua.”
“ Kalau kau dah tahu kenapa kau tanya.”
“ Aku tak nak kau simpan.”
Ajad mengetap bibir. Dengan Hamidi dia memang tak pandai nak menipu.
Terbias segalanya.
“ Hairul betul. Aku yang kacau hal dia dengan Faqihah. Aku tak patut campur
urusan dia orang. Siapa lah aku ni. Orang ketiga je.”
Hamidi tersenyum mendengar luahan Ajad. Bukan selalu kau nak tengok Ajad
serabut tahap tak ingat punya.
“ Siapa Marrissa Faqihah pada kau?”
Air liur terasa tersekat di kerongkong. Err..
“ Kawan. Teman. Aku tak tahu lah..”
“ Kau tolak hakikat. Kau tahu jawapan. Tapi kau nafikan.”
“ Tak! Aku tak nak serabut kan diri aku dengan hal ni. Kau pun faham aku
kan!” Dia meninggikan suaranya.
“ Aku ada je kat sebelah kau. Tak payah jerit bagai. Aku tahu lah.”
Ajad kembali tunduk.
“ Lepaskan dia dari terikat. Lepaskan semua benda yang kau rasa terbeban.
Kita muda lagi. Banyak lagi yang kita kena tempuh. Cinta ni mainan masa muda.
Dugaan dalam masa kita nak belajar membesar. Dah lah tu. Fokus kat SPM yang
lagi sebulan ni lagi bagus. Aku tak nak SPM kau lingkup. Kau ada masa depan
yang terang.”
Ajad mengangguk tanda memahami. Betul. Masa depan lagi penting dari benda
remeh temeh ni. Okay, hiraukan. Wahai Encik hati, mari bersama kita meninggalkan
yang semalam. Lembaran baru harus di tebarkan.
*****
Marrissa memandang Ajad yang sedang menulis di bukunya. Ajad dah jadi pendiam.
Ajad dah tak banyak cakap. Ajad tiba-tiba tukar jadi orang lain. Ajad dah tak
mengusik macam dulu. Dah tak ada lagi mesej tanya soalan pelik-pelik. Atau
sebagainya. Ajad, kenapa?
Jika ikut rasa hati yang memberontak untuk dia mendekati Ajad, mesti tak di
layan. Dua tiga hari lepas pun Ajad macam tu. Marrissa jadi pelik. Dunia mana
yang dah Ajad jumpa sampai boleh kena sampuk macam ni.
Tanpa Marrissa sedari ada mata lain yang merenung tanda tidak puas hati.
Kalau aku tak dapat kau, budak tu pun tak dapat kau. Kau dah mainkan hati aku.
Jangan ingat aku akan lepaskan kau macam tu je. Be ready Marrissa. Ada bom atom
yang tunggu masa nak mendarat.
*****
“ Ajad.”
Ajad tekun memandang buku.
“ Ajad. Aku cakap ni.” Marrissa mula naik darah. Melampau lah. Dah lah call
tak angkat. Mesej tak balas. Orang susah-susah menapak pergi rumah dia. Boleh
buat muka selamba je tak layan.
“ Apa.”
“ Kenapa tak angkat call?”
“ Phone silentlah. Kan sibuk nak study. SPM kan minggu je lagi.”
“ Tapi takkan langsung tak ada masa nak cakap dengan aku.”
Marrissa mula memegang hujung tudung. Geramnya!
“ Alah, kau pergi je lepak dengan orang lain. Bukan tak biasa.”
Marrissa diam seketika. Sungguh semua dalam otak ni terasa nak meletup
macam gunung berapi kat Indonesia je. Apa nama gunung tu? Aku tak ingat lah
pulak. Ah, pedulikan. Perhitungan harus di selesaikan!
“ Habis tu, kenapa kau macam mengelak dari aku? Aku ada buat salah kat kau?
Cuba cakap. Aku sakit hati lah kau buat aku macam ni. Dah dekat sebulan ni. Kau
buat endah tak endah je. Takkan pasal SPM kau nak jadikan alasan.”
Ajad mendengus perlahan. Buku di hadapannya memang tinggal tulisan kosong.
Otak tak mampu menghadam segalanya.
“ Dah lah tu. Kau balik je. Pergi study dengan Syuhadah ke siapa ke. Aku
sibuk okey.”
“ Salah ke aku nak belajar dengan kau. Salah? Aku ni siapa ya pada kau?
Bila kau suka kau panggil aku. Bila tak suka kau campak jauh-jauh macam tu?”
Sungguh kemarahannya sampai tahap maksima. Dia sudah tidak mampu bersabar.
Kalau tak nak kawan lagi cakap lah. Tak payah nak buat macam aku yang
terhegeh-hegeh dekat dia! Sakit pulak hati aku!
“ Baliklah Marrissa. Pergi tenang kan fikiran kau.” Ajad masih tenang.
Tenang menahan rasa.
“ No! I need your explanation! Who am I?! WHO??!!”
“ Kawan! Kau kawan aku je. Puas hati kau? Kita kawan je. Tak lebih dari tu.
Kau bukan awek aku yang kena ambil tahu detail pasal aku. Kau tak payah nak
susah-susahkan diri kau fikir pasal aku. Kita kawan je. Kau pergi lah. Balik.
Aku tak nak nanti apa pulak kata Hairul. Aku malas nak layan semua ni. Just go
home Marrissa. Balik tenang kan otak kau. Aku mintak maaf okay. Aku tak
sakitkan hati kau. Tapi kau yang mintak semua ni.”
Suara yang sedari tinggi pada mulanya kendur sedikit. Ada butir permata
yang mengalir deras. Sungguh Ya Allah. Beginikah pengakhirannya.
“ Jadi, Hairul lah punca kau macam ni. Mamat tak guna tu?” Air mata di
kesat kasar. Tak guna kau Hairul!
“ Kau kawan aku, aku nak kau bahagia. Aku tahu Hairul cemburu tengok kau
dengan aku. Kita kawan macam biasa jelah.”
“ Nope! Aku sayang kau. Aku suka kat kau. Aku dengan Hairul tu tak ada
apa-apa langsung. Kau pun tahu kan! Kenapa sebab dia kita kena macam ni. Aku
tak nak macam ni. Kita baik macam dulu please?”
Ajad menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara. Sungguh pengakuan seorang
Marrissa Faqihah cukup membuat hatinya berdolak dalih. Marrissa Faqihah, kenapa
kau buat aku macam ni.
“ Okay, look. Balik. Tenangkan hati kau. Lupakan je apa yang jadi ni okay.
Just focus on your SPM.”
“ Tapi...”
“ Marrissa Faqihah. Kita kawan okay. Just friend. Aku mintak maaf. Even tak
ada Hairul sekalipun. Tetap aku anggap kau kawan aku. Not more than that.”
Marrissa terus berpaling dan melangkah pergi. Sampai hati kau. Kau tak tahu
ke Ajad yang aku sayang sangat kat kau. Lepas apa yang kita lalui. Kau boleh
nak buang aku macam tu aje. Ya Allah. Sakitnya hati aku!
Ajad diam tidak terkata. Terasa hatinya tersiat melihat butiran air mata
membasahi pipi si gadis. Langkahan gadis itu hanya di hantar dengan pandangan
mata. Kakinya kaku. Lidahnya kelu. Untuk sekian kalinya dia terduduk. Maafkan
aku, Marrissa.
******
Hamidi dan Syuhada nyata terkaku dengan adegan
yang berlaku di hadapan mereka.
Masing-masing seolah sedang memproses situasi yang sangat janggal. Baru
tadi Hamidi berjalan bersama Ajad menuju ke kelas Alpha. Manakala Marrissa
bersama Syuhada keluar dari kelas Alpha menuju ke arah tangga. Pertama kali
melihat Ajad berpatah balik ke arah Beta dan Marrissa berpatah ke Alpha.
Sungguh mereka terasa sesuatu. Ajad dengan Marrissa gaduh ke?
“ Kau tahu?” Hamidi menyoal Syuhada yang masih setia di depannya.
“ Ajad tak cerita?”
Hamidi mengeleng perlahan.
“ Kau tanya lah Ajad. Aku tak berani cerita. Takut Mar marah lah pulak.”
“ Oh, okay.”
“ Aku lepak Alpha kejap.” Syuhada berpaling dan kembali menuju ke arah
Kelas Alpha. Hari terakhir nak lepak kat kelas. Lusa dah mula nak berpangkalan
depan dewan. Kelas dah jadi milik junior dah.
Hamidi juga menapak kembali ke kelasnya. Wajah selamba milik Ajad yang leka
di tempat duduk Hamidi itu di tenung dari jauh. Ajad, Ajad. Apa kau dah buat
kat anak dara orang ni.
“ Ready to story?”
Ajad tayang muka endah tak endahnya. Ceh, bajet aku nak share lah tu.
Hamidi tersenyum nipis. Ego Ajad. Ego.
“ Anak dara orang Ajad. Sebelum Pak cik Azman...”
“ Dia confess.”
Hamidi terdiam. Celahan yang Ajad lakukan membuat dia tergamam. Dia buat
apa? Ulang balik boleh. Ajad menjeling wajah Hamidi seketika. Pulak dah.
“ Dia cakap dia suka aku.”
Oh, okey, sila hadam Hamidi. Ini kes berat ni.
“ Kau cakap apa.”
“ Cakap apa. Cakap lah yang aku dengan dia kawan.”
“ Kau biar betul? Kau bukan suka dia ke?”
Jeda seketika. Ajad memandang
keluar.
“ Aku tak tahu. Feeling aku kat dia jadi zero bila dengar apa yang Hairul
cakap dulu.”
Hamidi diam jugak. Susah pulak Ajad ni. Ego betul.
“ Kau betul ke Ajad? Aku macam tak percaya.”
“ Aku malas nak fikir lah Midi. Biarlah kisah ni habis kat sini. Paling
penting sekarang, SPM.”
Hamidi mengiakan di dalam hati. Betul, tapi anak dara orang yang terluka tu
siapa yang rawat?
“ Kau nak buat apa sekarang?”
Ajad menarik nafas sebelum membalas.
“ Stay away from her. Cukuplah setakat ni. Aku tak larat nak bagi dia
terluka.”
*****
Angin petang menampar pipi. Marrissa tenang memandang sawah. Awan redup
seolah memahami erti jiwa yang memerlukan ketenangan.
“ Adik akak ni asyik termenung je sejak balik sini.”
Marrissa sedikit terkejut dengan kehadiran si kakak.
“ Tak ada apalah kak.”
Luthfia duduk berdekatan si adik. Perubahan sikap Marrissa membuat dia
tertanya-tanya. Tempoh hari ibu ada cerita yang Marrissa menangis. Tapi ibu
kata, sebab nak SPM kut. Ibu pun tak lah kacau.
“ Lama tak dengar cerita Ajad. Selalunya berlambak cerita pasal Ajad kalau
jumpa akak.”
Marrissa tunduk seketika sebelum kembali memandang ke depan. Lidah seakan
kelu mendengar nama itu. Hampir sebulan mereka menyepi. Tiada lagi gelak tawa.
Mahupun kongsi cerita duka.
“ Siapa Hairul?”
Eh, mana pulak kakak dengar pasal mamat tu?
“ Mana kakak kenal dia?”
“ Kakak tak kenal. Tapi tadi dia call Tok. Itu yang kakak tanya.”
“ Dia call Tok? Takkan lah.”
“ Sebenarnya dia nak cakap dengan Marrissa. Tapi bila Tok yang angkat, Tok
tanya lah siapa? Tok sekolahkan kejap. Tu yang tak jadi cakap dengan adik tu.
Tok cakap kat kakak, Kalau Ajad tu Tok kenal lah. Ni Hairul Tok tak kenal. Tu
yang Tok tak bagi cakap dengan Marrissa.”
Oh, steady lah Tok. Mana lah dia tu dapat nombor rumah Tok ni. Hish. Buat
semak je.
“ Marrissa belum jawab soalan kakak.”
“ Tak ada apa kak. Marrissa dah tak kawan dengan Ajad.” Ranting kayu di
ambil lalu tanah di sisi dikuis perlahan. Kakak kita tak payah cerita pasal dia
lagi boleh tak? Sakit lah hati ni.
“ Marrissa tak cerita kenapa? Tak nak kongsi?”
Marrisa geleng perlahan. Bukan sekarang.
“ Marrissa tahu Marrissa bukan baik sangat . Marrissa bukan macam kakak.
Bukan macam Syuhada. Tapi Marrissa still ada hati jugak.”
Luthfia mengukir senyum. Tanpa dia sedari masa berlalu dengan pantas.
Marrissa bukan anak kecil lagi. Marrissa dah besar.
“ Marrissa pernah tanya kenapa Marrissa rasa yang akak ni baik? Sedangkan
Marrissa tahu kita semua ni sama je.”
Marrissa diam. Otak mampu berputar memikir. Ada skru yang tertanggal
barangkali.
“Marrissa pernah tahu kenapa ibu, ayah, Tok dengan kakak panggil Marrissa
dengan Marrissa. Bukan dengan Mar atau Rissa?”
Marrissa mengeleng. Dia sendiri tidak perasan. Selama ini memang dah
terbiasa menggunakan Marrissa sebagai bahasa pengganti diri.
“ Marrissa bermaksud gadis yang penuh sopan santun. Waktu dulu, Tok selalu
cakap. Apa yang kita panggil seseorang itu umpama doa buatnya. Bila kami
memanggil Marrissa, bermakna kami berharap Marrissa ialah gadis yang penuh
sopan santun.”
Oh, kau rasa lah Marrissa kau ni penuh sopan santun tak? Oh. Sentap
sekejap.
“ Faqihah pula bermaksud cerdik. Ibu dah ayah sellau berharap supaya
permata dia ni seorang gadis yang penuh sopan santun dan cerdik. Marrissa tahu
kenapa kakak bangkitkan isu ni?”
Marrissa mengeleng. Rasa ingin tahu semakin membuak-buak.
“ Marrissa cakap yang kakak baik. Tapi Marrissa kena ingat kita adalah diri
kita yang kita bawa kemana sahaja. Sama macam Marrissa. Marrissa cerdik.
Marrissa sopan. Marrisa miliki semua tu dan kenapa Marrissa masih berasa rendah
diri dengan semua itu? Marrissa tahu tak, kalau nak jadi baik itu bukan dengan
cakap sahaja? Allah dah janji yang kalau kita ubah nasib kita sendiri maka kita
akan berubah. Allah takkan ubah kita kalau kita tak ubah diri kita dulu.”
Okay, ini sentap. Wajah milik kakaknya itu di pandang perlahan. Marrissa
tak tahu. Marrissa rasa lost sangat-sangat.
“ Tak ada yang terlambat tentang taubat. Kakak pun bukan baik sangat. Kakak
cuma nak jadi lebih baik.”
“ Kakak rasa, Marrissa ni teruk ke?”
“ Adik kakak langsung tak teruk. Cuma dia di belenggu oleh perasaan dia
sendiri. Kenapa? Marrissa rasa yang Ajad tak suka Marrissa sebab Marrissa teruk
macam tu?”
Jujur dia akui, memang itu yang muncul di benaknya. Dia tidak cukup baik
untuk Ajad. Ajad baik. Sebab tu Ajad tolak dia.
Luthfia tersenyum. Gitu rupanya.
“ Mungkin bukan Ajad yang Marrissa perlukan. Ajad mungkin cuma satu ujian
dalam tempoh Marrissa belajar mengenal dunia. Ada hikmah semua benda yang Allah
tentukan.”
Marrissa menelan air liurnya. Ujian? Sungguh dia terlupa nikmatnya yang
datang berduyun-duyun. Bila di timpa resah sebegini rupa. Dia seolah melupakan
yang di atas sana.
“ Marrissa tak tahu nak buat apa.”
Luthfia masih dengan senyuman yang tidak lekang.
“ Back to Him. DIA Maha Mengetahui dik.”
Ada senyuman yang terukir.
“ Thanks kakak. Love you.”
“ Love you to adik.”
Tubuh Luthfia di peluk kejap. Indahnya bila rasa di sayangi.
“ Tapi, apa maksud nama kakak? Luthfia Farha.”
“ Gadis yang lembut serta
mengembirakan.”
Dan Marrissa mengakui. Kakak sentiasa mengembirakan.
Dan ada cerita di balik tawa. Ada hikmah di balik duka.
*******
Buku setebal dua inci itu di letakkan di rak di hadapannya. Perlahan
tangannya mengusap mata. Letih bertimpa-timpa rasanya. Dengan kuliahnya,
tutorial lagi. Tu tak termasuk dengan projek tambahan lagi. Hampir setahun
meninggalkan zaman persekolahan. Dan dalam tempoh yang sama juga dia menetap di
kolej ini. Tahun persediaan sebelum dia berjaya terbang ke negara orang. Hampir
setahun juga dia melupakan segala peristiwa pahit yang pernah melakari minda.
“ Tak tidur lagi?”
Marrissa sedikit tersentak. Wajah Syuhada yang hadir di muka pintu di balas
dengan senyuman.
“ Baru habis study. Nak tidur ni. Awak tak tidur lagi?”
Syuhada melabuhkan punggung di birai katil bujang milik Marrissa.
“ Belum, saja jenguk awak kejap.”
“ Kenapa?”
“ Nak mintak tolong sikit?” Wajah Marrissa di tenung dengan penuh
mengharap. Marrissa senyum nipis. Ada-ada je si Syuhada ni.
“ Apa dia? Cakaplah. Macam tak biasa.”
“ Malam nanti kejut kita boleh? Nak qiam lah. Takut tak sedar.”
Oh, ingatkan apa lah tadi.
“ InsyaAllah. Boleh je. Tapi kita jemaah boleh?”
“ InsyaAllah. Boleh jugak.”
Senyuman mengambarkan rasa. Bahagia yang sukar di ungkap. Terima Kasih Ya
Allah atas apa yang telah KAU berikan buat hamba-Mu ini.
“ Okay, saya balik bilik dulu. Kejut tau.” Syuhada bangkit menuju ke pintu.
“ InsyaAllah. Awak pun sama. Kalau
terjaga kejutkan saya sekali ya?”
“ InsyaAllah. Selamat malam Marrissa. Assalamualaikum.”
“ Malam jugak. Walaikumsalam.”
******
Bersepah. Ni kalau mak tengok ni mesti kena bising berabad. Maaf lah mak.
Anak teruna mak ni memang tak menyempat nak bersihkan bilik. Alat tulis di meja di kemaskan sedikit.
Matanya jatuh pada bingkai gambar di sisi meja. Gambar mak dan abah tersenyum.
Di sebelahnya gambar dia bersama Hamidi. Gambar terakhir sebelum Hamidi ke Turki beberapa bulan lepas. Planner
yang elok terletak di meja di capai untuk di susun ke rak. Ada helaian
berterabur sewaktu dia mencapai planner tersebut. Sekeping gambar menyapa
matanya. Entah mengapa ada rasa sebak yang hadir. Ya Allah, inikah petanda
rindu.
Dia mengambil kepingan gambar tersebut lalu kembali di selitkan bersama
kertas-kertas yang bertaburan tadi. Setahun dia menahan rasa. Setahun dia membiarkan kisahnya tergantung begitu sahaja.
Salahkah dia menjauhi gadis yang pernah bersusah payah bersamanya? Salahkah dia
andai menapak jauh dari gadis itu adalah yang terbaik buat dia? Namun harus dia
akui. Ada getar yang hadir. Ada gusar yang tiba. Entah mengapa dia meraba
hatinya. Mencari tempat di mana letaknya nilai rasa itu sendiri. Perbualannya
bersama Hamidi beberapa minggu sebelum Hamidi berangkat, terlayar seketika.
“ Aku dah tahu semua.”
Ajad memandang Hamidi yang sedang termenung itu.
“ Kau tahu apa?” Dahi mulai berkerut. Apa si Hamidi ni merepek
petang-petang ni.
“ Hairul. Dia dah cerita semua.” Bila nama lelaki itu di sebut hatinya agak
bergelora. Rasanya gelombang
kemarahan semakin memuncak. Wajahnya masih tenang.
“ Pasal apa?”
“ Marrissa Faqihah.”
Hampir terjatuh gelas di tangan mendengar nama gadis itu. Buat sekian
kalinya. Nama itu seakan sedang menari-nari di ruangan minda.
“ Marrissa memang langsung tak ada relay dengan Hairul, Apa yang Hairul
cakap dnegan kau dulu semua
tipu belaka. Dia dengki sebab Marrissa pernah
terus-terang dekat dia yang dia memang suka kat kau. “
Sengih senget ditampal di bibir.
“ Kalau tipu, habis tu sms tu semua pun tipu jugak lah? Terang-terang sms
itu di hantar dari phone Marrissa.”
Hamidi memandang wajah Ajad sekilas sebelum menyambung.
“ Kau tak percaya?”
“ Bukan tak percaya. Cuma susah nak percaya.”
“ Ingat tak, Marrissa pernah cakap phone dia hilang?” Ajad cuba membuka
kotak minda. Mencari-cari
waktu dan tika peristiwa itu berlaku. Almaklum, Ajad
ni pelupa sikit. Itulah, banyak makan semut gamaknya. Tiba-tiba, dia seakan
tersedar. Ya Allah. Aku dah kena tipu.
“ Maksudnya, masa tu Hairul yang ambil dan buat semua helah tu?”
Hamidi mengangguk perlahan. Ajad tiba-tiba banggun.
“ Mana mamat tak guna tu sekarang? Memang mintak penumbuk aku lah dia tu!”
“ Sabar Ajad. Duduk dulu. Hairul dah tak ada pun. Dia dah pindah.”
“ Pengecut!”
Hamidi mengeleng perlahan. Nasib lah dia tak bagi Hairul jumpa Ajad. Kalau
tak, mahu pecah muka si
Hairul tu nanti.
“ Sebab aku tahu kau macam ni lah aku tak bagi si Hairul tu jumpa kau.
Nanti kalau dia masuk hospital siapa yang susah?”
Ajad beristghifar di dalam hati. Sungguh hatinya sakit. Dia mengkhianati
persahabatannya bersama Marrissa hanya kerana tertipu dengan Hairul, mamat tak
guna tu. Dia mempergadaikan hati seorang gadis yang tulus meyukai dia. Dia
menafikan sebuah rasa hanya kerana tidak mahu segalanya seakan berubah. Namun
percaturannya membawa padah. Sehingga kini, dia hilang terus dari hidup si
gadis bermata bundar itu. Saat ini hanya kemaafan yang mampu dia pinta. Maafkan
aku, Marrissa.
Deringan telefon menyedarkan Ajad. Nama si pemanggil di pandang sekilas
sebelum menjawab.
“ Assalamualaikum mak.”
“ Waalaikumsalam. Ajad sihat?” laju maknya bertanya.
“ Sihat mak. Mak sihat? Kenapa mak tak tidur lagi ni.”
“ Mak sihat Alhamdulilah. Mak teringatkan kamu. Ni yang mak telefon ni.”
“ Ada apa mak? Serius je bunyinya.” Ajad bangun dari kerusi yang di duduki
menuju ke katil. Nikmatnya wahai katil.
“ Tak lah, Ni minggu depan mak nak pergi menghantar Tok Siah kamu pergi
umrah. Terlanjur ke KLIA tu,
abah ajak singgah jumpa kamu.”
“ Tok Siah nak pergi umrah? Lah, kenapa mak baru cakap. Ajad tahu, Ajad
balik kampung.”
Pelipis di garu sedikit.
“ Mak tak sempat nak beritahu kamu. Minggu depan ni kamu ada ke tidak?
Nanti penat je abah kamu memandu, kalau kamu tak ada.”
“ Ada, InsyaAllah. Hari apa mak?”
“ Sabtu pagi. Lepas susbuh kami bergerak lah.”
Ajad berfikir-fikir sebentar. Gerak
pergi KLIA teruslah. Untung-untung boleh jumpa Tok Siah sekali.
“ Macam ni lah mak. Nanti Ajad jumpa mak dengan abah terus lah kat KLIA tu.
Boleh Ajad jumpa Tok Siah sekejap.”
“ Ikut kamu lah. Nanti mak beritahu abah kamu. Apa-apa hal nanti, kamu
jangan lupa telefon mak pulak.”
“ InsyaAllah mak. Nnati kirim salam dekat abah tau mak. Cakap dengan abah
ni Ajad rindu abah ni.”
“ Amboi, abah je ke? Mak ni kamu tak rindu.”
Lebar senyumannya. Mak oh mak. Anak mak ni mana reti tak rindu mak.
“ Rindu. Paling rindu. Dah lah mak. Lewat ni. Nanti mak letih pulak.”
“ Yalah. Kamu tu jangan berjaga malam sangat. Tidur. Ada masa bangun solat
malam.”
Sebelah tangan di letakkan ke dahinya.
“ Ya, mak.”
“ Hurm, yalah. Mak letak dulu ni. Assalamualaikum.”
“ Walaikumsalam.”
Telefonnya kembali di letakkan di sisi katil. Penatnya kian terasa. Esok
jelah kemas bilik. Letih lah pulak.
******
KLIA yang sesak dengan pelbagai bangsa. Dah nama pun lapangan terbang
antarabangsa. Wajah kakak dan ibu serta ayahnya masih tidak di temui. Mana
pulak dia orang ni. Matanya jatuh pada seseorang yang sedang menapak ke arah
kanan. Namun panggilan dari kakaknya
memalingkan wajahnya dari pemuda itu tadi.
“ Lambat! Kesian Tok dari tadi tunggu cucu dia yang sorang ni.”
Marrissa tayang sengih.
“ Maaflah. Terlepas bas dari tadi. Itu yang lewat sikit.” Ibu dan ayahnya di salam.
“ Mana Tok?” Matanya mula tercari-cari wajah tua itu. Luthfia menunjuk ke
arah kanan mereka. Kelihatan sebuah keluarga lagi yang sedang berbual dengan
Tok Siah. Mereka mendekati keluarganya.
“ Sampai jugak cucu Tok yang sorang ni.” Tangan Tok Siah di salami dan
tubuhnya di raih dalam pelukan. Rindunya kat Tok.
“ Maaf Tok. Tadi tertinggal bas. Itu yang lewat sikit.”
“ Kalau lewat banyak tak dapat lah jumpa Tok.”
Masing-masing tertawa mendengar gurauan Tok Siah. Marrissa tersenyum cuma.
Dia sedikit kekok apabila melihat keluarga yang sedang berbual dengan Tok Siah
ialah Pak Mat dan Cik Yah. Kalau anda nak tahu secara tepatnya, mereka berdua
adalah mak dan abah kepada Ajad. Ya, Ajad. Kawan kita tu.
Ajad hanya diam membisu. Sungguh dia terlupa yang Marrissa tentu sahaja
akan hadir pada hari ini. Yalah, nama pun Tok Siah tu Tok dia. Kita ni
menumpang kasih Tok Siah je.
Para jemaah umrah yang turut sama didalam kumpulan yang bakal di sertai Tok
Siah sudah memanggil-manggil Tok Siah untuk mendekati mereka.
“ Tu Tok dah kena panggil. Ni Tok tak sempat nak jumpa lama-lama. Mak,
pergi dulu ya Azman, Zahlia.”
Masing-masing menyalami Tok Siah.
“ Baik-baik mak kat sana. Jangan lupa doakan kami.” Pesan Azman buat
ibunya.
“ InsyaAllah.”
Tok Siah mula bergerak mendekati jemaah yang lain. Terima Kasih Ya Allah.
Engkau memberi ruang kepada ku menjadi tetamu-Mu sekali lagi.
*****
Marrissa melangkah membelakangi keluarganya. Dia nampak Ajad bebicara
bersama ayahnya. Banyak-banyak hari. Kenapa hari kita jumpa? Kan bagus kalau
kita tak jumpa langsung.
Berlainan buat Ajad. Setelah lamanya
dia menanti untuk bertemu empat mata dengan Marrissa. Dan hari ni dia tak akan
melepaskan peluang keemasan itu. Biarlah hari ini bernoktah segalanya. Dia
sudah penat menahan rasa. Usai meminta izin dengan Pak cik Azman. Dia melangkah
medekati Marrissa.
Ni dah kenapa pulak dia macam nak dekat dengan aku? Ke perasaan aku je?
“ Assalamualaikum Marrissa.”
Salam di jawab didalam hati. Lidahnya kelu untuk bersuara.
Ajad menarik nafas sebelum bersuara. Cool Ajad. Cool.
“ Ajad nak mintak maaf. Ajad tahu Ajad banyak buat salah dengan Marrissa.
Ajad tak pernah nak fikir
panjang. Ajad mintak maaf.”
“ Aku dah maafkan kau. Lama dah. Tak payah lah ungkit lagi. Benda dah
lepas. Kita pun masing-masing ada hidup sendiri.” Mudah dia membalas. Entah
mengapa seakan dia menerima satu kekuatan untuk menyudahkan segala yang
tergantung.
“ Ajad tahu bukan senang Marrissa nak maafkan Ajad. Ajad dah tahu kisah
yang betul. Ajad mintak maaf sebab tak terus terang dengan Marrissa.”
“ Dah lah Ajad. Aku malas nak bukak kisah lama. Anggap jelah yang semua tu
cabaran dalam masa kita nak dewasa ni.”
Wajah Marrissa di pandang sekilas. Hatinya tercuit seketika.
“ Marrissa. Sebenarnya Ajad..Ajad..Ajad..”
Alahai Ajad. Kau dah kenapa nak gagap bagai ni.
“ Sebenarnya apa?!” Wajah Ajad di pandang terus. Susah betul lah mamat ni.
“ Ajad suka Marrissa. Ajad sangat suka Marrissa.”
Pergh, lega macam larva gunung dapat keluar je gayanya. Marrisa terkedu.
Mimpi ke apa. Dua puluh saat kemudian,
dia tersenyum nipis. Kalau dulu Ajad menyuarakan rasanya, mungkin dia akan
melonjak ceria, sehingga hilang santunya. Namun, dia Marrissa. Gadis yang penuh
sopan dan santunnya.
“Ajad..”
“ Kita mula balik?”
Marrissa mengetap bibir seketika. Sungguh hatinya terasa kosong. Rasa yang
pernah bertapak dulu sudah hilang merentas benua barangkali. Dia sendiri tak
tahu mengapa dia merasakan sedemikian rupa.
*****
“Let’s just be friend. That more than enough.”
Dejavu. Sungguh hatinya terasa terhempap dek meteor yang terbabas entah
dari planet mana. Ada rasa sebak yang tiba. Tanpa di sedari, ada permata
mengalir dari celah mata. Hilang macho bro!
Segalanya seakan hilang begitu sahaja. Perlahan dia melihat Marrissa menapak
meninggalkannya. Berakhirkah cerita mereka?
-TAMAT-