Khamis, 23 Mei 2013

Cinta Untuk Kita 1


CINTA UNTUK KITA

1

Allyah mengetuk hujung buku dengan pen. Sesekali kedengaran bunyi berdecit dari bibir kecilnya itu. Masa terus berlalu tanpa sedar. Telefon bimbit yang sedia di matikan di biar sepi di bawah timbunan buku. Sebelah tangan di bawa ke mata. Keletihan kian menguasai diri. Dia menguap kecil. Pantas tangannya menutup ruang mulut yang kian terbuka. Ketukan pintu membuat Allyah kembali tersedar di dunia nyata. Allyah kau tak pergi mana-mana pun. Homework pun tak sudah lagi ni. Pintu bilik terbuka sendiri. Wajah Tuan Yusoff muncul di situ.
“ Study lagi? Dah lewat ni sayang.”
Baru pukul satu pagi. Baru lah sangat. Allyah mengukir sengih.
“Lagi sikit ni ayah. Kejap lagi orang tidur lah.”
Tuan Yusoff melangkah mendekati anak gadisnya itu.
“ Banyak sangat ke homework yang cikgu bagi? Lyah ni bukan boleh bagi kerja sangat. Nanti tak tidur malam jadinya.”
“ tak lah banyak. Lyah lupa nak siapkan karangan ni hah. Kalau tak tadi mesti dah tidur awal.”
“ Okey lah kalau macam tu. Ayah teman.” Eh?
“Ayah, takpa lah. Sikit lagi ni. Kejap lagi orang tidur. Janji. Tak tipu.”
“Betul ni?”
“ Betul.”
“Janji?”
“Janji, ayah.”
“ Okay then. Jangan lama sangat. Ayah bagi 20 minit je. Esok ayah tak nak tengok muka anak ayah ni sembab sebab tak cukup tidur.”
“Okey boss!” Tuan Yussof mengosok-gosok kepala anaknya itu.
“ Okay, good night sayang.”
“Good night, Ayah! Assalamualaikum.”


“Jangan cakap kau tidur lambat semalam.”
Allyah mengukir sengih.
“ L !!”
“Apa? Bukannya aku layan movie ke apa sampai lewat sangat. Aku buat homework tau.”
“ Yalah tu. Kau ni nanti bising tak larat nak tahan dalam kelas. Lepas tu, mulalah melalut yang bukan-bukan. Siap ajak aku pergi library semata nak teman kau tidur.”
“ Jangan bising lah bro. Membebel macam mak nenek tahu tak? Sakit telinga aku ni.”
Iqram mencebik. Ni yang malas ni. Bukan dengan semua orang pun aku membebel. Dengan dia je.
“ Tu, kutuk aku lah tu.”
“ Mana..”
“ Tak payah nak menipu sangat lah Iq. Aku kenal kau.”
“ Shut up!”
“ Merajuk! Macam budak-budak.”
“ Aku memang budak-budak.”
“ Ceh, umur dah nak tua ada hati mengaku muda.”
“ Eh, sekurang-kurangnya aku matang ea.”
“ Kau? Matang?” Allyah ketawa besar. Tolonglah.
“Apa hal pulak kau gelak. Betul apa?”
Allyah masih ketawa.
“Dah lah! Malas aku nak layan kau!” Iqram bangkit meninggalkan Allyah.
“ Iq! Tunggu lah.”

Tawa tika remaja. Kasih mengusik jiwa. Kami Sahabat!

Pelipis di garu perlahan. Masak aku ni. Kalau cikgu tahu mampus nama aku kena heret masuk buku displin. Hish! L ! Aku dah kata jangan, degil nak buat jugak. Lepas tu siapa yang susah payah nak jaga hang? Aku jugak. Esok lusa ayah tanya aku siapa punya kerja memang lah aku tak bela kau.
“Hoi! Kau apa hal berpeluh bagai ni. Cuak?”
“ Gila tak cuak! Kalau papa tanya aku nak cakap apa? Cakap saja- saja.”
“ Alah rilek lah. Pandai makan pandai simpan lah.”
“ Kau sure?”
“ Sure lah. Okey line clear. Cepat sikit. Aku tunggu sini.”
“Kau jangan tinggal aku tau.”
“ Yalah!”
Daun pintu cuba di buka. Pintu ni pun satu. Biasa aku pecah elok pulak. Time macam ni lah dia payah nak bukak.
“ Dah belum Iq?”
“ Belum! Sabar sikit lah.” Alahai pintu, jangan buat hal!
Sunyi seketika. Pintu terbuka. Haha! Macam tu lah darling.
“Dah, Jom! Baby, I’m coming.”
“ Hehe.. ni yang aku sayang kau lebih ni. Oh, mana darling aku ni.”

Buku Displin. Merit-Demerit. Taiko. Kami Sahabat.

“ Wei L!” Mata yang tadi hanya penuh dengan hitam dan putih dek kerana terlalu fokus dengan buku kini berwarna warni.
“ Apa hal?”
Basket!”
On!”
“Jumaat!”
On!”
“Rumah kau!”
On!”
Dan belum sempat Iqram menyambung.
“ Nak join.....”
Tu dia keluar sudah suara si gedik berdua ni. Iqram sudah menahan tawa. Allyah terangkat kening.
“ Wei Putri, Nadia korang ni sejak bila  pandai nak lepak dengan kita orang kalau kita orang pi main basket? Buang tebiat agaknya.”
“ Alah, bosan lah lepak kat rumah. Boleh lah.. Please..”
“ Sukahati lah. Nanti jangan bising kat aku kalau kuku patah lah, penat lah. Apa-apa yang seangkatan dengannya ea.”
“ Okay! Thanks L!”
“ Ajak Sara sekali.”
“Okay!”

" L! Bagi lah aku pulak. Asyik kau je!"
Nadia sudah pun menolak Allyah ke tepi. Hish minah ni tadi aku ajak tak nak. panas lah, kuku patah lah. Sara hanya tersenyum memerhati. Amelia pula entah kemana menghilang.
" Eh, tak de- tak de. Tadi aku ajak tak nak sekarang lantak kau lah, aku nak main."
Allyah menolak Nadia kembali.
" L!!!!!!" jerit Nadia.
Allyah hanya menjelir lidah. Nadia bercekak pinggang.
 " Hoi! anak dara yang kau terjerit-jerit macam hilang laki ni kenapa? Setahu aku Ku Jo kesayangan kau tu hidup lagi! "
Muncul Iqram dan Amelia. Allyah sudah pun tergelak sakan.
 " Ni lagi sorang ketawa tak ingat dunia. Macamlah dunia ni dia yang punya"
Sekali lagi Allyah menjelir lidah tapi kali ini kepada Iqram.
" Sorry lah bro. Dunia ni Allah yang punya. aku tumpang sekaki je."
 Iqram mengeleng-geleng kan kepalanya. Susah betul budak sorang ni.
 " Dah, dah nak main sangat kan, jom lawan dengan aku." cabar Iqram.
 " Jom dah lama tak lawan basketball dengan kau."
Allyah sudah bersedia sambil memegang bola. Game start. Masing-masing berebut bola. Seperti biasa Nadia dan Amelia akan merungut bahawa mereka tidak bermain kerana permainan hanya di kuasai  Iqram dan Allyah. Memanglah dah korang lawan dengan Kapten basketball. Namun rungutan mereka tidak memberi apa-apa makna kepada Allyah dan Iqram.
"Yes!! aku menang!"
Nadia dan Amelia memang sudah lama tumbang. Masing-masing kepenatan.
" Korang, jom blah. dah lambat ni."
" Wei, laparlah..."
" Aku pun, bosan lah tengok korang berdua je main."
" L, aku pun sama.."
Terangkat kening Allyah mendengar rungutan dari Nadia, Amelia dan Sara. Dia berpaling ke belakang untuk mengetahui kalau-kalau Iqram juga menyuarakan pendapat yang sama. Iqram sudah pun terbaring . Dia duduk.
" L, aku pun sama jugak. pagi tadi aku tak makan lah banyak. perut aku dah menyanyi lagu Bruno Mars.”
" Habis tu, yang korang cakap dengan aku buat apa. Lapar pergi lah makan. Tak kan nak suruh aku suapkan."
" Boleh jugak, aku memang menunggu saat kau suapkan aku."
Iqram tersengih. Bola ditangan sudah di campak ke arah Iqram. Nasib aku pakar, dapat tangkap kalau tak memang nahas.
" Okey-okey, aku tau minggu ni aku kena belanja.Tapi aku lupa bawak duitlah."
Allyah sudah pun membuat muka kesian. Matanya melirik pada Iqram sambil membuat senyuman paling manis.
"Iqram...."
" Sudah..." Allyah tersengih.
" Yalah... aku belanja. dah jom"
"Yes!" masing- masing menjerit kegembiraan.

Main bersama. Makan bersama. Belajar bersama. Kami Sahabat!