Rabu, 3 Julai 2013

Dia Yang Ku Sayang.



Dia Yang Ku Sayang.



8 Mac 2007

Lisa menguap kecil. Penat! Cepat lah balik! Kenapalah subjek sejarah ni masa tengahari, mengantuk tahu tak! Hati kecilnya membentak.

“ Okey, itu sahaja untuk hari ini. Jumpa lagi esok. Homework jangan lupa buat.”

Puan Khadijah berlalu keluar dari kelas 1 Delia. Masing-masing melepas keluhan.

“Lisa! Petang ni free tak?”  Muncul Aina yang entah dari mana. Sedangkan Lisa tahu masa sejarah tadi Aina terbang keluar kelas. Macam tak kenal kawan dia seorang ini. Kecil-kecil dah pandai buat onar.

“ Wei! Dengar tak?”

“ Dengar, aku ngantuk ni. Kenapa? Kau nak fly?”

Aina mengukir sengih.

“ Kau tak yah lah cakap kuat-kuat. Macam tak kenal je aku macam mana.” Kenal. Cukup kenal.

“ Pergi lah aku malas nak ikut. Aku janji  dengan kakak aku nak jumpa petang ni.”

“ Okey, blah dulu.” Aina berlalu pergi. Lisa kembali meletakkan kepala di meja. Cepatlah bunyi loceng. Aku dah nyawa-nyawa ikan ni. Gegaran di poket baju kurung putih itu membuat Lisa kembali sedar ke alam nyata. Siapa pulak ni! Menganggu tidur betul lah.

Kak Farah tunggu Lisa dekat depan koperasi.

Nokia kembali berada dalam poket. Belum sempat seminit Lisa sudah berlayar.

*******


25 Mei 2007

Cuti penggal!! Lisa senyum sendiri dalam bilik tidurnya. Baru sahaja dia merangka jadual untuk cuti sekolah kali ini telefon bimbitnya berbunyi.

“Assalamualaikum.”

“ Walaikumsalam. Ada apa kak?” Lisa membalas malas.

“ Lisa free tak petang ni. Kita keluar?” Suara Farah penuh mengharap.

“ Malas lah kak, ingat nak lepak kat rumah je.”

“ Alah, Lisa jom lah. Please, kali ni je. Lepas ni tak ada lagi.”

“ Betul ni.”

“ Betul dik.”

“ Okey.”

Farah mengukir senyum.

“ Thanks Lisa. Pukul lima nanti Kak Farah sampai.”

Telefon bimbit di tutup.
Lisa bangkit. Masa tak tunggu kita Lisa.

*****

 12 Sept 2007

 Air mata mengalir tanpa henti. Kenapa. Kenapa. Kenapa. Ya Allah kenapa dia yang KAU pilih. Sungguh aku tak mampu untuk menerimanya.

“Lisa, sudah lah tu. Sampai bila kau nak menangis. Lelaki bukan seorang pun dalam dunia ni. Banyak lagi tau. Kau nak siapa cakap je aku boleh carikan.” Pujuk Aina. Dari petang tadi Lisa berkurung di dalam bilik air asrama mereka. Sempat lagi dia skip aktiviti koku. Tapi demi Lisa yang tengah melalak kat dalam bilik air ni, sanggup dia berjemur di dataran ilmu.
Pintu bilik air terkuak. Aina menarik nafas lega.

“ Lisa, jangan macam ni okey, aku ada dengan kau apa pun jadi.” Tubuh Lisa di raih Aina.
Ya Allah, salurkan kekuatan buat sahabat ku ini.


*****

 “ Kakak..” Farah pandang wajah adik lelakinya itu.

“ Ya, Abang. Abang nak air?” Faiz mengeleng.

“ Abang nak jumpa Lisa.” Farah mengukir senyum nipis.

“ Nanti Kakak telefon dia ya.” Tangan adiknya itu di usap perlahan. Ya Allah, jangan KAU beban kesakitan yang di alami oleh adikku ini.

“ Sekarang lah kak, Abang nak sangat dengar suara dia. Abang...Abang...Abang rindu dia.” Berkaca mata Farah mendengar keluhan si adik.

“ Nanti lah sayang. Abang tidur dulu ya, nanti kita telefon dia.” Pujuk Farah lagi.

“ Janji?”

“ Insya Allah.”

“ Alah, kakak janji lah dulu.”

“ Sayang, kan setiap kali berjanji kita kena sebut InsyaAllah, sebab hanya dengan izin Allah sahaja perkara itu akan berlaku.”

Faiz mengukir senyum.

“Okey, tapi kakak telefon dia kan.”

“ Ya sayang, tidur dulu ya.” Faiz mengangguk. Selimut di tarik. Dia mahu lena.


*****

Masa berlalu dengan pantas. Itu hakikat yang kita harus hadapi. Rintik-rintik hujan membasahi bumi. Tanah yang tandus segar kembali. Makhluk sekalian alam mengucap syukur. Pepohon di beri nafas segar. Derupan angin membawa khabar. Sungai kecil mengalir deras.

“Lisa!” tersentak kecil hati si gadis. Aina mengukir sengih ke arah temannya. Dia melabuhkan duduk di sebelah Lisa.

“ Kau okey?” Lisa senyum.

“Okey je. Bahagia apa?”

“ Senyuman kau boleh tipu semua orang tapi bukan aku. Gaya cakap kau okey pun aku dah tahu hati kau tengah goyah.” Dah tahu yang pi tanya pasai apa.

“ Kau nak aku buat apa? Menangis? Meratap? Sudah lah Aina. Memang bukan jodoh aku dengan dia.”

“Kau tak kesian ke kat dia? Kau dengan dia bukan kejap. Dari kecil kut.”

“ Kecil ke besar ke lama ke baru. Bila Allah dah kata tak jadi, tak jadi lah jawab nya.” Hish! Tak faham bahasa betul lah budak ni.

“ Kiranya kau dah putus asa lah ni.”

“ Lama dah, kenapa kau nak try masuk? Sudah lah Aina. Hidup kita ni sekali je tau. Takkan kau nak biarkan masa muda kau sia-sia semata kan? Takkan sebab seorang lelaki kau nak bunuh diri. Itu namanya bodoh!”

“ Aku tak cakap pun Lisa. Kau tu emosional sangat. Baru kena tinggal dengan seorang dah melalak tahap maharajalela punya.”

“Cet! Jangan nak perli aku ea. Kau tu playgirl tahap petala punya. Jangan nak bandingkan aku yang sudah terang jelas serta nyata setia. Di ulang ya, SETIA.”

Aina ketawa. Sayangkan bila nilai kesetiaan seolah hanya mainan manusia.


*****

2008

“ Assalamualaikum.”

“ Walaikumsalam. Ada apa ya?”

“ Ganggu? Maaf lah.”

“ Eh, tak lah. Tak buat apa pun.”

“Sihat?”

“ Okey, Alhamdulilah.”

“ Dah makan?”

“Dah.”

“ Lisa.”

“Ya.”

“ Jangan balas sepatah-sepatah boleh?”

“ Kenapa?”

“ Nak dengar suara.”

“ Ni bukan dah dengar ke?”

“ Tak puas.”

“ Nak puas buat apa? Banyak benda lagi boleh buat.”

“ Oh, okey.”

“ Ada apa lagi? Kalau tak ada, Lisa letak.”

“Jangan dulu boleh? Sekejap pun jadi lah.”

“ Sorry, Lisa lupa nak bagi kucing makan. Okey, bye. Assalamualaikum.”

“ Lisa.....” Keluhan kecil di lepaskannya.

Sungguh, Ya Allah apa ujian yang sedang KAU berikan pada ku ini.

“Abang?” Faiz berpaling. Muncul wajah Fatin Aqrina. Adik perempuannya.

“ Ya sayang.”

“ Abang nak masuk hospital lagi ke?” Faiz tersenyum.

“ Kenapa Fatin tanya macam tu?”

“Fatin kesian kat abang. Asyik masuk hospital je.”

“ Kalau Fatin kesian abang, Fatin doa banyak-banyak supaya abang cepat sembuh okey. Nanti abang boleh teman Fatin main selalu.”

“ Nanti Fatin nak selalu sembahyang dengan doa banyak-banyak untuk abang, untuk ibu, untuk ayah, untuk kakak, untuk Dik Han. Untuk semua sekali. Abang kena rajin makan ubat tau. Dengar cakap doktor. Nanti cepat sembuh.” Celoteh si adik membuat hatinya sedikit terhibur. Lupa seketika sakit di alami.

“ Fatin janji dengan abang, kalau satu hari nanti, Allah tarik nyawa abang Fatin tolong jaga semua 
family kita ya. Belajar rajin-rajin. Jangan tinggal solat. Dengar cakap ibu dengan ayah. Jadi anak yang solehah ya.”

“ Abang, kenapa banyak sangat pesan. Fatin tak ingat semua lah. Nanti abang tulis surat supaya 
adik ingat ya.” Faiz tertawa. Fatin, Fatin.

“ Okey, InsyaAllah.”

“Terima Kasih abang. Sayang abang.”

“ Sayang Fatin jugak.”


******


2009

“ Datang kejap pun jadi lah Lisa.”

“ Tak janji lah Kak. Lisa banyak kerja ni.”

Pen di ketuk di hujung  buku nota. Malam kian larut. Nasib lah dia belum melelapkan mata sewaktu telefonnya berbunyi.

“ Kak Farah mintak sangat-sangat Lisa. Lupakan jelah perkara dulu. Faiz nak sangat jumpa Lisa. Dia meracau-racau dik. Kak Farah tak sampai hati.”

Meracau? Biar betul. Kak Farah ni nak tipu aku hidup-hidup apa. Peduli apa aku.

“Lisa? Please dik, Lisa tak kesian ke dekat Faiz. Dia nak sangat jumpa Lisa. Bertahun Lisa, takkan Lisa 
masih nak kecil hati lagi?”

“ Sorry lah Kak, Lisa betul-betul sibuk. Macam ni lah, esok Lisa telefon kak Farah ya. Malam ni sibuk sikit.”

“Baiklah, maaf Kak Farah ganggu Lisa. Lisa mesti sibuk belajar kan.”

“ Tak apalah Kak Farah, Lisa faham. Tapi Lisa harap Kak Farah faham situasi Lisa. Bukan senang Lisa nak lupa masa yang dah berlalu tu.”

“ Kak Farah faham. Maaf ganggu masa Lisa. Assalamualaikum.”

 Gangang telefon di letak. Skrin yang telah lama padam itu di tenung dalam. Bagai dapat melihat rupa si pemanggil sebentar tadi. Bukan niat dia menolak ajakan Kak Farah namun hatinya masih belum bersedia untuk berjumpa dengan sahabatnya itu. Betul, bukan sekejap dia berkawan dengan Faiz malah sedari kecil lagi. Meskipun di bibir tidak terlafaz rasa sayang namun hati masing-masing cukup memahami. Faiz. Muhd Faiz Aiman bin Farid. Nama yang sering di tutur hati. Mengenali keluarga Uncle Farid dan Auntie Alina membuat dia terasa yang dia punya sebuah lagi keluarga. Mak dan abah sendiri tak pernah menghalang dia berkawan rapat dengan Faiz. Bila masing-masing mulai menginjak remaja mula lah berlaku selisih faham antara satu sama lain. Kadang-kadang berlarutan berminggu-minggu. Namun peristiwa hampir tiga tahun lepas membuatkan Lisa menjauhkan diri dari Faiz.

“Tak guna Lisa ada dengan Faiz kalau sikit pun Lisa tak pernah faham Faiz!”

Sampai bila-bila pun belum tentu dia boleh menerima tengkingan Faiz. Lisa melepaskan keluhan kecil. Faiz, Faiz tahu tak Faiz dah berubah. Faiz dah tak macam dulu. Faiz dah jadi pendiam. Bila Lisa tanya Faiz buat tak tahu. Kalau tak mesti Faiz marah Lisa. Faiz, Lisa tak tahu kenapa dengan Faiz. Lisa dah hilang Faiz Lisa yang dulu. Lisa nak Faiz balik. Tapi Lisa tahu Faiz dah buang Lisa jauh dari hati Faiz. Lisa bukan siapa-siapa bagi Faiz pun kan. Lisa tak boleh buat apa. Lisa bukan sengaja buat tak tahu dengan Faiz. Lisa tak nak Faiz sayang Lisa lagi. Lisa penat main drama ni. Tolong lepaskan Lisa? Lisa tak nak ada dengan Faiz lagi.



******

“ Dapat kakak?”  Farah berpaling. Wajah sayu Faiz di tenung.

“ Insya Allah, dapat.”balas Farah dengan senyuman. Bibir yang pucat itu membalas senyuman 
Farah.

“ Kakak, boleh abang cakap sikit?”

“ Ada apa abang? Cakaplah.”

“ Kalau abang tak lama, kakak tolong jagakan Lisa untuk abang. Abang sayang Lisa tapi abang tak mampu nak cakap yang abang sayangkan dia. Abang rindu dia sangat-sangat tapi abang tahu Lisa tak nak jumpa abang. Walau dalam mimpi abang sekalipun, abang tetap harap abang boleh tatap wajah dia lagi.”

Farah merenung sayu wajah adik lelakinya. Tubuhnya kian susut. Makan juga sudah tidak lalu.

“ Cakap dengan Lisa, abang minta maaf kalau abang ada sakitkan hati dia. Cakap dengan dia senyuman dia manis sangat. Abang rindu nak dengar dia berceloteh dengan abang. Abang tahu abang banyak buat salah pada Lisa. Tapi dalam hati abang ada Lisa sorang saja. Abang bukan sengaja nak berahsia dengan Lisa. Abang tak nak Lisa sengsara sebab abang. Abang tak mampu nak bahagiakan Lisa macam yang pernah abang janji dulu. Takpa kalau Lisa benci pada abang tapi sekalipun hati abang ni tak pernah ada sekelumit benci. Bagi abang, Lisa benda yang terindah pernah abang ada. “

Faiz terbatuk kecil. Sungguh tubuhnya terasa lemah. Ya Allah kurniakan daku sedikit kekuatan-Mu. Sungguh aku hanya hamba yang lemah tidak berdaya.

“Abang, rehat sayang. Nanti kita sambung lagi ya. Abang tidur dulu.”

“ Tapi abang..”

“ Abang sayang kakak kan, dengar cakap kakak sayang.”
Perlahan Faiz menggangguk. Matanya letih. Entah bila dia terlelap.


******


“Saya harap keluarga Puan dapat bersabar. Doa banyak-banyak. Moga Allah beri jalan keluar. Kita cuma merancang tapi DIA yang menentukan.”

Masing-masing mendiamkan diri. Doktor Azlan sudah lama berlalu pergi. Faiz sudah kritikal. Tiada apa yang mampu di lakukan oleh doktor. Masanya hampir tiba. Bertahun dia bertarung melawan sakit yang kian lama kian merebak. Penyakit yang hadir ketika dia masih lagi muda dan mentah. Masih lagi belum tahu erti suka mahupun duka. Masih lagi bergelar kanak-kanak riang. Meskipun sering di larang namun, Faiz tetap aktif dalam apa jua bidang. Puan Alina merenung wajah anak lelakinya yang sedang lena itu.
Ya Allah, mengapa pada dia kau sandarkan sakit ini. Jangan lah kau seksa dia Ya Allah. Sungguh aku tidak sanggup melihat dia menanggung derita. Andainya kau ingin membawa dia pergi aku rela.

“ Ibu.” Puan Alina mengesat air matanya.

“ Ya, sayang.” Farhan menarik lengan baju kurung ibunya.

“ Han nak cakap dengan abang. Abang tak nak bangun lagi ke?”

Farhan yang masih kecil itu sering merengek mahu bermain dengan sang abang. Si abang pula tak pernah sekali menolak kehendak adik bongsunya itu.

“ Abang tengah tidur. Nanti abang bangun, ibu suruh dia main dengan Farhan ya.”

“ Abang tidur lama sangat lah. Han penat tunggu.”

“ Nanti abang bangunlah. Han, doa banyak-banyak, mesti Allah bangunkan abang.”

Air mata mulai bergenang. Farhan nanti abang dah tak ada macam mana?

“Farhan.” Si kecil berpaling.

“Kakak, bila abang nak bangun ni. Han nak main dengan abang.”

Farah senyum. Ya Allah adik ku belum mengerti lagi.

“ Adik main dengan kakak dulu boleh? Nanti kita main dengan abang.”

“ Betul ni?”

“ Betul sayang.”


*******

Lisa mengetap bawah bibir. Apa kau buat ni Lisa. Patah balik atau masuk dalam. Tanpa dia sedari 
hampir lima belas minit dia berada di luar wad lelaki itu.

“Kak Lisa?” Lisa angkat wajah. Muncul Fatin Aqrina yang sedang tersenyum pada dia. Senyumnya di balas kembali.

“ Kak Lisa dah lama sampai? Kenapa tak masuk?” Apa nak jawab ni Lisa.

“Kak Lisa baru sampai.”

“ Jom lah masuk.” Tangan Lisa di capai. Pintu wad terkuak sedikit. Mak aiihh.. kenapa lah jantung ni berdegup kencang sangat.

“Assalamualaikum abang.” Wajah Faiz yang mulus itu di pandang sayu. Dada terasa sebak. Ya Allah kenapa rindu ini mengamit.

“Alah, abang tidur lah Kak Lisa. Tak pa lah. Waktu-waktu macam ni abang memang selalu letih. 
Lagipun doktor sarankan abang tak banyak bergerak.”

“Doktor ada cakap apa-apa lagi?”

Fatin senyum sebelum membalas.

“ Tak lama kak. Kami pun dah redha. Bertahun abang terseksa. Biarlah Allah ambil dia dulu.”
Fikiran Lisa jauh menerawang. Kembali ke zaman kanak-kanak.

“ Faiz suka tengok Lisa senyum.”

“ Okey.”

“Faiz suka Lisa.”

“Okey.”

“Faiz sayang Lisa.”

Erk? Okey juga lah Lisa.

“ Faiz, Lisa nak makan aiskrim. Jom?”

Faiz tersenyum.

“Okey jom.”

Bibir mengukir senyum di bawah sedar. Fatin Aqrina telah lama berlalu ke bilik air. Wajah mulus yang tenang itu di tenung perlahan. Kenapa ya? Kenapa semua ini mesti berlaku pada kita. Kenapa Faiz rahsia kan semua daripada Lisa. Faiz tak nak Lisa sedih? Tapi Faiz tetap buat jugak kan. Tak boleh ke kita lalui semua benda ni tanpa bebankan otak kita yang sedia terbeban.

“ Allah tak suka kalau kita mengeluh. Kalau senyum macam tadi kan manis.”

Tersentak Lisa. Wajah yang pucat itu mengukir senyum manis. Do you know how much I miss that smile?

“ Lisa.”

“ Hmm..”

“ Thanks for coming.”

Lisa mengangguk.

“ Can you do a favor?”

“ Apa?”

“ Janji dulu.”

“ Hmm..”

“ Lupakan Faiz.”

Ada batu jatuh menghempap badan.

“ Move on. Jangan pandang belakang. Colour your life. Cuma kadang-kadang tu jangan lupa doakan Faiz.”

Bibir di ketap kuat. Ya Allah peritnya.

“ Faiz minta maaf sebab tak dapat tunaikan janji Faiz untuk ada dengan Lisa. Tapi Lisa janji untuk terus melangkah walau apa pun yang jadi ya? Jangan lupa untuk senyum. Senyum Lisa itu yang buat Faiz rasa lebih bersemangat.”

“ Faiz..”

“ Yes.”

“ Lisa nak balik dulu.” Dia bangkit berdiri. Kaki mula melangkah.

“ Lisa..” Kaki terus membatu. “ Faiz sayang Lisa. Izinkan nama Lisa yang tersimpan kat dalam ni?”

Lisa kembali melangkah. Sungguh dadanya terasa amat perit. Ya Allah kenapa kami? Air mata laju membasahi pipi.


*******

2011

Cuaca terik lewat pagi itu tidak mampu menolak gusar di hati Lisa.

“Uit!”

“ Kacau lah kau ni Aina.”

“ Ceh, cuak ea. Kejap lagi turn sekolah kita. Buat elok-elok tau. Kena menang tahun ni. Jangan 
buat malu macam tahun lepas.”

Cuak. Sebentar lagi giliran sekolah mereka memasuki padang kawad. Tahun terakhir mewakili sekolah untuk  peringkat negeri. Aina si sebelah membetulkan letak glove.

“ Tali but ikat betul-betul. Jangan ada pulak yang tercabut time tengah kawad.” suara Aini si Ketua Komandan mencelah.

“ Lisa, kau tengok siapa ni?” Aina mengalihkan pandangan ke tengah padang.

“ Sekolah mana ni?”

“ D.A.”

“ Oh.”

“ Handsome tak KK dia, Kak Lisa?” Nurleen datang mencelah. Not bad. Boleh lah nak masuk list pun. Lisa tersenyum memandang Nurleen.

“ Nurleen pergi lah masuk line. Dapat nombor kita share ea.”

“ Mana boleh, Kak Aina pergi lah tackle budak LC.”

“ Alah, setakat KK tu berlambak Kak Aina boleh dapat lah.” Lisa hanya mengeleng melihat tingkah Aina dan Nurleen.

“ Skuad!”

Bismilahirahmanirahim.


******

“ D.A. dapat pergi camping tak?”

“ Asal kau tak tanya L.C. pergi ke tak?” Aina mencebik.

“ Alah Lisa. Kau pun minat jugak kat dekat KK dia.”

“ Hello, tu kan Nurleen dah cop. Aku bukan jenis nak amik orang punya ea.”

“ Yalah tu. Nurleen yang nak tapi siapa yang tahu nama dia dulu? Kau ke Nurleen.”

“ Turun bas nanti. Masa nak setup hal khemah kau pergi lah tayang muka. Mana lah tahu kan kau terjumpa dengan si Aizat tu.”

“ Kau cemburu Lisa.”

“ Tak kuasa.”

“ Siapa sebut nama Aizat ni?” Kan dah datang budak seorang ni.

“ Nurleen, share lah nombor si Aizat tu.”

“ Orang mana dapat nombor dia.”

“ Alah ada enam hari untuk kita dapatkan.” Aina mengangkat kening.

“ Okay, siapa dapat dulu dia punya ea.”

“ Deal. Lisa nak join?”

“ Aku bukan playgirl macam korang berdua ni.”

Aizat Adnan. Si KK, SMKDA yang menjadi sebutan budak sekolah Lisa. Ni yang payah budak sekolah perempuan ni. Pantang ada peluang. Mulalah nak menjual nombor. Hai, perempuan. Sayangi diri anda ya. Jangan lah tergadai segala benda. Tapi dia sendiri tidak boleh melupakan wajah si KK. Perg, kuat penangan nampak. Hakikatnya hanya ada satu benda sahaja yang menyebabkan dia ingin tahu tentang si jejaka.

“ Yeah, dah sampai!”

Masing-masing berpusu-pusu turun dari bas. Rata-rata yang hadir untuk perkhemahan kali ini adalah mereka yang layak dan telah berada dalam ranking 20 dalam negeri. Dan sekolahnya mendapat tempat kelima dalam kategori keseluruhan dan tempat pertama untuk kategori perempuan.

Way to go Lisa. Fokus!


*******


“ Wei, kau nampak tak siapa yang aku nampak.”

Lisa berpaling ke belakang. Sekali pendang terus nampak. D.A. beratur belakang sekolah mereka.

“ Kau nak try?”

“ Kau gila, tak nampak Cikgu Shahril pandang tu.”

Lisa cuma membalas dengan senyuman. Nurleen di sebelah sudah tersengih-sengih.

“ Baiklah korang lupakan je hasrat korang tu.”

Ya, di pagi yang indah ini. Kami akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan berpecah. Maksudnya kau pergi sekolah ni kau  pergi sekolah itu. Ya, inilah yang malas. Nanti nak kena briefing. Hai, nama saya, sekolah saya, tingkatan,cita-cita saya, aliran saya. Segala cerita nak suruh share.

“ Babe!!”

“ Kau dah kenapa menjerit kat telinga aku ni.”

“ Kau satu group dengan Aizat! Potong line lah kau.”

“ Olala.. korang berdua sila jangan cemburu. Nanti aku dapat nombor dia aku bagi kat satu sekolah.”

Aina sudah mencebik. Arahan di berikan dan kami berpecah. Sangat seronok bila wakil dari sekolah kita sendiri hanya seorang atau dua orang. Kumpulan lain turut beredar. Ice breaking yang membosankan. Tapi sekarang tak kut, sebab giliran abang KK. Sudah, Lisa kau dah kena virus budak berdua tu ke?

“ Nama saya Aizat Adnan. KK SMKDA. Form Five. Cita-cita saya ingin menjadi ahli bomba.”

Oh.Okay. No wonder lah kan. Badan dah tegap. Tinggi pun dah okay. Memang pas lah nak jadi Bomba.

“ Baiklah, kamu akan di pecahkan lagi dalam kumpulan kecil. Dalam satu kumpulan tu ada lapan orang. So, dari kanan nombor!”

Bahagi lagi. Memang seronok. Sekarang ni team baru aku ni semua nya lelaki. Mana budak perempuan ni? Pupus ke apa? Kepala di alih ke  sebelah kanan. Jantung terasa terhenti berpusing. Ya Allah. Satu group dengan dia?? Oh, tidak. Memang aku dah terkena bala si budak berdua tu.


********

“ Untunglah.” Dan itu yang di sebut sepanjang musim perkhemahan kali ini. Untunglah sangat.

“ Kenapa lah Kak Lisa tak minta nombor dia? Kalau Nurleen dah lama dah Nurleen minta tau.”

“ Kak Lisa bukan macam awak dengan Kak Aina tu. Lagipun dik, tak best pun bercouple bagai ni. Esok lusa bukan dia pun yang kahwin dengan awak. Tahu?”

“ Untuk suka-suka je kak.”

“ Tapi tak kesian dekat suami nanti. Dapat yang saki baki je. Kata yang dijadikan suami tu special. Dah tu bagi lah special jugak.”

Nurleen terdiam di sebelah Lisa. Malam kebudayaan sedang berlangsung. Giliran sekolah mereka telah lama berlalu. Yang menbuat mereka setia di sini kerana menanti persembahan dari D.A.

“ Kak Lisa pun bukan baik sangat Nurleen. Tapi kita ni perempuan. Tak sama dengan budak lelaki tu. Ada benda yang kita kena jaga. Nak kawan boleh. Kak Lisa tak halang pun. Tapi jangan lah langgar batas-batas kita antara lelaki perempuan. Ni nasib baik kat sini ketat. Kalau tak, entah berapa ramai yang kena tangkap.”

“ Alright Kak Lisa. Nurleen faham.” Aina datang dan mengambil tempat di sebelah Lisa.

“ Wei, D.A. buat persembahan apa?”

“ Tarian dan nyanyian.”

“ Wah, bestnya.”

“ Apa yang best? Mata kau tu jaga baik-baik ea.”

“ Yalah.” Nurleen tertawa melihat wajah cemberut Aina.

“ Nurleen pun sama.”

“ Kak Lisa pun.” Senyuman di beri. InsyaAllah.

Persembahan yang biasa. Sebab tengah trend lagu Kalau berpacaran. Jadi rata-rata mengunakan lagu tersebut dalam persembahan mereka. Nurleen dan Aina sudah ketawa melihat rupa pelajar-pelajar D.A. yang sedang menari. Sekarang giliran mereka bernyanyi pula. Mereka beratur di hadapan pentas. Dan si KK mengambil tempat di birai pentas. Salah seorang pelajar menghulur gitar berwarna biru. Wait! Jangan cakap dia nak main gitar. Aizat menyambut gitar yang di hulur oleh rakannya. Microphone di dekatkan ke mulut.

“ Assalamualaikum, baiklah kami akan menyanyikan sebuah lagu OST dari siri Upin dan Ipin. Harap korang boleh bernyanyi dengan kami bersama-sama. Terimalah, SAHABAT SELAMANYA.”

Gitar mula di petik. Bunyi tepukan mengiringi lagu. Rasa nya peratus anggapan pada si jejaka kian meningkat.

“ Kak Lisa, cair sudah kah?” Nurleen mengusik. Aina sudah tersengih. Tahu yang kawan dia ni mana boleh tengok orang main gitar ataupun apa saja alat muzik. Satu je perkataan yang keluar dari mulut dia.

“ Cool.”

Tapi yang lebih cool lagu sahabat itu sendiri. Ya Allah. Kenapa serupa sangat? Sungguh aku tak boleh menerimanya. Mata terasa bergenang. Don’t cry Lisa. Don’t. Kau dah janji kan. Kau kena tunai kan!


Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama
Menikmati indahnya dunia
Kerna
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia
Tiada bukit yang terlalu tinggi
Untuk kita daki bersama
Dan tak ada laut yang terlalu dalam
Untuk diselami
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya
Untuk selamanya setia
Setia setia


******

“ Aku pelik.”

Lisa mengangkat muka memandang wajah Aina. Hari Guru. Kenapa mereka boleh selamba je menyorok kat dalam kelas. Padahal kat Dataran sibuk cikgu-cikgu buat persembahan.

“ Apa dia?”

“ Cikgu Faizal buat persembahan. Dan kau tak nak tengok? Dia main gitar kut.”

Lisa diam tidak membalas. Boleh je dengar dari tingkat tiga ni lagu yang tengah di mainkan oleh Cikgu Faizal.

“ Lagi-lagi dia guna gitar biru tu. Alah gitar Aizat tu.”

Senyum nipis di ukir. Aizat. Nama tu jugak yang di sebut. Ingatannya berlabuh pada hari terakhir perkhemahan mereka. Masing-masing sibuk mengambil gambar dan dia secara tidak langsung terpandang ke arah bas yang berada di sebelah mereka. Jelas terlihat Aizat memunggah barang milik anak buahnya. He’s charming kan? Tapi angan-angan jelah.

“ Kau berangan!”

Sengih di bibir masih menemani Aina.

“ Sebenarnya kau ada benda yang sorok dari aku kan. Baik kau cakap? Kau ada affair ea dengan Aizat?”

“ Amboi, lawa kan mulut kau. Agak-agak sikit ea.”

“ Dah tu? Come on Lisa. Aku kenal kau. Baik kau story.”

“ Tak ada apa lah.”

“ Tak pe. Macam ni kawan.”

Lisa tersenyum. Anak mak merajuk.

“Sebenarnya aku teringat kat dia. Aizat tu sebiji macam dia. Perhaps, muka dia orang sama. Sebab tu aku macam tak percaya waktu mula-mula kita nampak Aizat time pertandingan tu.”

“ Kau biar betul? Asal kau tak cakap??”

“ Lah, kalau aku cakap pun kau boleh buat apa?”

“ Yalah, tahu lah jugak aku muka si Faiz tu macam mana. Kau kan berahsia sangat dengan aku.”

“ It’s Arwah Faiz. Betul kan sebutan kau.”

“ Err.. sorry Lisa. Aku tak bermaksudnya nak buat kau teringat kat dia. Mesti kau sedih kan.”

“ Tak lah. Aku okey. Lagipun aku dah janji.”

Aina menilik wajah bersahaja sahabatnya itu. Kuatnya hati kau Lisa.

“ Kau janji apa?”

“ Janji untuk tak menangis untuk seorang lelaki kecuali lelaki tu abang dan ayah aku. Janji untuk teruskan hidup aku tanpa di ulit kenangan bersama dia. Janji yang aku akan jaga family dia bagi pihak dia. Kongsi semua kejayaan aku macam itu kejayaan dia. Bagi family dia still rasa yang mereka still ada aku walaupun dia dah tak ada.”

Lisa menarik nafas panjang sebelum kembali bersuara.

“ Lagipun, Aizat adalah Aizat bukan dia. So, tak payah nak berangan atau apa-apa sahaja. Sebab aku dah gembira dengan apa yang aku ada. Paling penting life aku, dan Allah ada untuk jaga aku. Tak payah nak mintak yang siapa-siapa entah nak jaga aku kan?”

Aina masih terdiam mendengar luahan Lisa.

“ Dan lagi satu. Dia bestfriend aku sampai bila-bila. Nama dia dalam hati aku tak ada orang boleh alihkan. So kunci tu pun aku dah buang jauh. Kat mana entah. Aku pun tak tahu. Jadi cik Aina. Sila jangan di bahaskan lagi soal ni. Aku dah lapar. Boleh kita pergi kantin sekarang? Aku belanja.”
Lisa bangun dari kerusi dan menapak keluar dari kelas. Aina yang memerhati tersenyum. May Allah Bless You.


TAMAT.


p/s: Al-Fatihah. Dia sahabat yang baik. Semoga Allah menempatkan beliau dalam kalangan mereka yang beriman. Buat yang bertanya siapa dia. Dan yang mengenali dia. Jangan lupa doakan dia. Dia cuma perlukan doa kita bukan tangisan kita. He was a best buddy ever. Kalau kita sayangkan sahabat kita. Kita tak kan sewenangnya melupakan segala kenangan kita. Tapi bagi dia. Hidup dalam kenangan buat kita seolah takut pada masa depan. Jadi, move on, Allah sentiasa ada dengan kita.

Untuk semua, hargai segala yang kita ada. Untuk kawan-kawan, kadang-kadang ada dugaan yang datang menimpa, tapi ak bermakna kita perlu melepaskan semua kenangan yang kita ada. Untuk dia, thanks sebab jadi kawan saya. Tanpa sokongan awak, sayan tak ada hari ni. May Allah Bless You. Amin.