Sabtu, 24 November 2012

Pelita Hati.


Ellyna diam tak terkutik. Butir bicara mamanya masih terngiang-ngiang di telinga.
“ Nak habiskan cuti dengan opah dan tuk kat kampung? Kamu ni dah buang tabiat agaknya. Bukannya kita tak pernah tak balik kampung. Salah ke kalau kamu duduk dengan mama dengan papa? Salah?”
Ellyna mengeluh seketika. Salah ke kalau dia mahu habiskan cuti bersama opah dan tuk? Selama ni memang lah mama dengan papa balik kampung. Cuma kali ini sahaja dia mahu duduk di rumah tuk dan opahnya. Hatinya tekad! Mama suka atau tidak dia tetap akan pulang ke kampung! Muktamad!

*******

“ Tak usah lah kamu nak tarik muka dengan anak kamu tu. Dia dah besar panjang pun. Sekali sekala bagi lah dia buat keputusan sendiri. Bukannya dia hendak kemana pun, temankan mak dengan pak kamu jugak.”
“ Mak, Zie bukan apa, Zie tak kisah dia nak teman mak dengan pak, tapi Ellyna tu lain saja sejak dua menjak ni. Tu yang Zie risau. Zie ni kalau boleh nak dia depan mata Zie dua puluh empat jam. Baru senang hati Zie ni.”
“Tak pa lah, pandailah mak memujuk dia nanti. Kamu jangan lah risau. Mak tahu kamu sibuk, jangan kamu susah hati, Ellyna tu bukan macam anak dara lain. Dia pandai nak jaga diri dia.”
“Yalah mak, kalau itu kata mak saya ikutkan sahaja. Mak lagi tahu dari saya.”
“Bunyi macam merajuk sahaja. Tak palah nanti mak masak kan gulai tempoyak kesukaan kamu tu.”
“Mak ni..ada-ada saja.”
Ketawa tercetus.

******
Suasana kampung manalah sama dengan bandar. Walaupun pekan tu dah penuh dengan macam-macam tapi kampung ni tetap sama macam dulu. Ingatan Ellyna berlabuh sewaktu umurnya sepuluh tahun.

“ Wei Lyna, jom lah main kat tali air sana! Jangan lah asyik nak melepak duduk tengok tv je. Bandarlah kau!” Suara Akim teriak di bawah. Akim anak Pak Su Am. Anak tunggal.
“Lyna jangan mengada nak ikut Akim. Abang long tak bagi.” Erman abang sulung Ellyna mengeluarkan arahan. Ellyna yang baru sahaja bangkit menuju ke pintu rumah opahnya diam sesaat.
“ Abang long aku tak bagi lah.” Balas Ellyna pada Akim. Matanya dikenyitkan kepada Akim. Akim hanya tersengih. Faham maksud Ellyna.
“Okeylah, aku gerak dulu ea. Jangan kau jealous pulak tengok aku bawak ikan balik.” Akim berlalu dari rumah opah dan tuk nya menuju ke arah tali air yang berada tak jauh dari situ.
“Kenapa abang long tak bagi Lyna ikut Akim. Kita orang bukannya main jauh sangat pun. Kat tali air tu je.” Ellyna mengambil tempat di sebelah abang longnya yang sedang khusyuk membaca buku.
“ Lyna tu perempuan, buat apa nak bercampur dengan budak lelaki. Lyna tu patutnya tolong opah dengan mama kat dapur tu, bukannya melepak dengan budak-budak lelaki tu.”
“Tapi kan Lyna kecil lagi. Mama dengan opah tak kasi duduk dapur.” Ellyna menarik muka. Abang long tak pernah faham!
“Along!!! Tolong mama sekejap.” Suara Puan Aziemah memanggil dari dapur membuat Erman bingkas bangun meninggalkan adik bongsunya yang masih menarik muka.
Ellyna memerhati abang longnya berlalu ke dapur pantas melarikan diri keluar. Bibir mengukir sengih. Ingat aku tak boleh lepas dari abang long. Nasib mama panggil abang long. Baru sahaja Ellyna melangkah ke tepi rumah, telinganya menangkap satu suara. Alamak macam mana aku boleh lupa abang ngah lepak kat pangkin tuk ni.
“Lyna nak kemana tu. Jangan mengada nak ikut Akim pergi tali air. Nanti papa mengamuk baru tahu.” Ellyna hanya sengih sahaja. Satu, dua, dia mengira. Belum sempat mengira yang ketiga dia sudah membuka langkah seribu.
“Ellyna Marlisa!!!”
Bergema suara Erman dan Eimran memanggil nama adik perempuan mereka. Dan Ellyna hanya mampu tertawa dek kerana berjaya melepaskan diri dari pengawal peribadi yang tak bertauliah itu.

*******

Bayu petang menyapa halaman rumah opah dan tuk. Ellyna duduk di pangkin bawah pohon rambutan.
“Mari minum Lyna. Asyik berangan sahaja.” Ellyna hanya membalas kata-kata tuk nya dengan senyuman.
“ Dah seminggu kamu di sini, takkan kamu tak ada apa-apa yang hendak di ceritakan pada kami.”
Opah mengambil giliran berkata. Cawan berisi kopi panas itu di hulur kepada suaminya dan jugak Ellyna. Ubi rebus di cecah dengan sambal serta kepala parut menjadi santapan mereka petang itu.
“Cerita apa pulak opah, Lyna mana nak cerita apa-apa.” Bahaya opah ni bila dah keluar soalan macam ni.
Opah hanya tersenyum nipis.
“ Ellyna seorang je cucu perempuan kami. Kami tahu bila jiwa dia bergelora.” Kopi di hirup perlahan.
“Tak ada apalah tuk. Lyna cuma rindu sahaja.”
“Rindu? Rindu kami ke rindu orang yang duduk dekat dengan kami.” Eh, opah dengan tuk ni memandai je.
“Mana, Lyna rindu dengan tuk dan opah lah. Mana ada sesiapa yang Lyna nak rindu.” Boleh percaya ke Ellyna.
“Esok si Akim tu sampai kampung. Lama jugak ya dia kat negara orang putih tu.” Oh, esok baru dia balik.
“Pagi esok kamu ikut opah pergi rumah Mak Su Melah kamu tu. Dia ada buat makan- makan sikit sempena si Akim tu balik.” Oh, kira macam kenduri lah ni.
“Yalah opah.”
“Jangan pulak tiba-tiba kamu kata sakit perut lah, sakit mata lah, sakit hati lah.” Sakit hati? Bila pulak ni opah.
“ Ya opah, Lyna ikut. Opah jangan risau okey.”
“ Opah kamu tu risau kalau-kalau si Akim tu bawak balik makwe mat salih, mahunya dia pengsan. Tu yang kena ada kamu supaya senang sambut.”
Kata-kata tuk di balas dengan tawa. Dan opah hanya mencubit lengan tuk. Manja! Bibir Ellyna mengukir senyum. Esok teman sepermainan pulang ke kampung halaman.

*******

“Best duduk kampung?” Telefon di telinga kanan beralih ke kiri.
“Memanglah best. Nak harapkan abang uda balik memang tak lah kan.” Eizlan di hujung talian hanya tersenyum. Perkhabaran dari mama mengatakan adik bongsunya membawa diri ke kampung halaman yang jauh nun di desa permai.
“Alah, merajuk cakap jelah merajuk.” Mahunya tak merajuk. Abang uda janji nak balik Malaysia tapi tak balik. Duduk lah kat Indonesia tu tak payah balik Malaysia lagi.
“ Sudah lah abang uda. Indon tu kan lagi penting dari Nana kat sini.”
“Nana jangan sedih. Raya nanti abang uda balik okey?”
“Jangan berjanji kalau tak ditepati.” Eizlan hanya mampu tersenyum. Susahnya kalau adik bongsunya merajuk.
“ Betul ni abang uda tak tipu. Abang uda bukannya berfoya-foya kat sini. Cepat selesai kerja kat sini abang uda balik. Nana tak mahu lah merajuk sampai balik kampung macam ni. Kesian mama dengan papa.”
“ Nana tetap jugak nak merajuk. Dah lah abang long pergi Texas tak nak balik. Abang ngah pulak sibuk semendang je kat JB tu. Abang uda pulak boleh pulak ada conference kat Jakarta. Habis tu, Nana nak duduk dengan siapa? Mama asyik follow papa pergi meeting dua puluh empat jam.” Hah, kan dah keluar semua benda. Sebab musabab dia membawa diri ke kampung tuk dengan opah.
“ Yalah, abang uda tahu salah abang uda. Sorry okay, abang uda janji  lepas je conference ni habis abang uda tak sambung dah kontrak dengan syarikat tempat abang uda kerja ni. Abang uda balik Malaysia okay?” Susahnya nak pujuk Ellyna Marlisa ni. Abang long pun satu yang pergi Texas tak balik dah kenapa. Abang ngah ni pulak kenapa lah tak reti-reti balik tengok adik dia yang sorang ni.
“ Dah la abang uda, Nana nak tidur. Esok kena teman opah pergi rumah Mak Su Melah.”  Bacaan Eizlan pada kerja kerjanya terhenti. Mak Su Melah?
“Mak Su Melah? Mak si Akim ke?” Ellyna mengeluh perlahan. Dah tak kenal saudara ke abang uda oit.
“Yalah, macam ramai pulak Mak Su Melah kita kan.”
“Oh, ada apa kat rumah Mak Su Melah?” Hish abang uda ni. Banyak tanya pulak!
“ Akim balik sini esok. Dia pun macam abang uda jugak. Duduk US tu tak ingat dah ‘Tanah Melayu’ kesayangan ni hah.” Ceh, terkena dah. Tu lah Eizlan siapa suruh duduk Indonesia sampai tak ingat Malaysia yang sebelah ni hah.
“ Akim balik.....” meleret di situ. “Padanlah beria-ia balik kampung. Nak jumpa buah hati kesayangan.” Ketawa mengundang di hujung talian. Mak aii.. abang uda ni nak kena kan orang tak agak-agak. Kan dah macam udang kena panggang dah ni.
“Mana ada. Kita orang kan sepupu je. Di ulang SEPUPU je!” Eizlan masih lagi tertawa. Ellyna Marlisa cuba tutup rahsia.
“ I know you my dear. Setakat nak baca hati Nana bukan susah.” Ellyna diam. Betul ke?
“Dah lah abang uda. Nana mengantuk ni. Abang uda pun kena rehat kan.” Cara yang baik untuk mengelak Ellyna.
“ Okay, nanti sampaikan salam pada tuk dengan opah. Oh, terlupa pulak dengan buah hati awak tu ya. Night! Sweet dream. Take care. Love you. Assalamualaikum.” Belum sempat Ellyna membalas Eizlan sudah pun mematikan talian. Saja je abang uda ni tau!
Tapi tak betul ke apa yang abang uda cakap tu. Kalau nak ikutkan memang tak lah. Tak sengaja pun dia pulang ke kampung waktu yang sama Akim tu habis study dia di US. Selama ni pun sangatlah jarang mereka berhubung. Kalau ada pun sekadar bertanya sihat atau tak di pagi raya. Memanglah jarak umur mereka jauh sedikit. Namun, Akim tak pernah marah pun kalau Ellyna nak panggil dia Akim sahaja. Akim dah biasa, dia mana ada adikkan. Dah si Ellyna yang terakhir lahir. Lepas tu terus masuk geng anak buah je semuanya. Yalah mama kan cuma dua beradik dengan Pak Su Am. Belah papa lain cerita. Memang ramai. Belah mama je yang ciput. Ciput-ciput pun kau ada empat beradik Ellyna. Dan dia satu-satunya budak perempuan dalam family tu.
Ellyna mengeluh perlahan. Rindunya dia pada abang-abang tersayang. Dalam ramai-ramai tu mestilah abang uda yang paling dirindui. Nak ikutkan dengan semua abang-abang dia rapat tapi abang uda istimewa sebab dia seorang je yang gelar Ellyna dengan panggilan Nana. Yang lain panggil Lyna. Tapi abang ngah panggil dia adik. Hehe. Anak bongsu banyak lah panggilnya. Abang long dia, Erman dan menetap di Texas lepas bernikah dua tahun lepas. Eimran pula berkerja di Johor Bahru dan memang jarang pulang ke rumah mereka. Si Eizlan tu, lepas belajar di Indonesia terus kerja di sana. Walaupun Indonesia dengan Malaysia ni dekat je, punya lah payah nak balik. Dan dia, masih belajar di UKM.
“Ellyna.” Kepala di angkat dari telefon bimbit yang telah lama diam sejak panggilan dari abang uda berakhir.
“ Eizlan telefon kamu?” pertanyaan tuk dibalas dengan senyuman. Dia bangun mengambil tempat di sebelah tuk nya yang sedang khusyuk membaca buku agama. Tajuknya? Kisah ke si Ellyna.
“abang uda kirim salam.” Tuk mengangguk sambil menjawab salam.
“pergilah tidur, dah lewat ni.” Ellyna diam tidak membalas.
“Tuk.” Tuk angkat muka dari buku. Cermin matanya dibetulkan sedikit.
“betul ke Akim bawak balik orang?” dan tika itu senyum tuk mengambar seribu makna.

*******

Ellyna menyibukkan diri dengan pinggan mangkuk yang bertingkat di dapur. Orang lain semua dah duduk berkumpul di ruang tamu. Mama dan papa pun sampai lewat pagi tu. Paling tak dijangka abang ngah pun ada sekali. Tak ke pelik tu? Ingatkan dah tak nak tunjuk muka dah. Ellyna tak baik kutuk abang sendiri. Marah ya kak? Ke marah sebab orang tu balik bawak kawan? Kawan ke kalau dah dua puluh empat jam bergesel. Tu nak panggil kawan jugak ke. Sabar Ellyna. Nak marah kenapa, dia sepupu kau je.
“ Rasanya pinggan tu dah lama bersabun, tak reti-reti ke nak bilas.” Hampir terlepas pinggan di tangan mendengar suara yang satu itu. Eimran mengukir sengih.
“Berangan!”
“ Sibuk lah abang ngah ni.”
“Alah, nak manja dengan adik sendiri pun salah ke?” Memang lah salah. Tak tahu ke orang tengah mood merajuk.
“Dik, sorry lah. Abang ngah sibuk sejak dua menjak ni. Nak pergi dating pun tak menyempat.” Ellyna masih dalam mode bisu. Pinggan di susun atas para-para.
“ Abang ngah mintak maaf ni. Tak payah lah tarik muka macam tu.” Eimran, Eimran. Macam tak tahu adik bongsu kau ni macam mana. Nasib lah semalam uda telefon menyampaikan khabar. Kalau tak sampai sudah dia tak tahu adiknya ini di kampung.
“Ellyna?”
“ Hmm..”
“ Merajuk lagi ke?” Perlahan Ellyna mengeleng. Penat merajuk. Penat buat muka. Penat menunggu. Eh? Lain macam je bunyinya. Eimran tersenyum.
“Are you jealous with that girl?”
“ Perempuan mana pulak ni abang ngah?” Kura-kura dalam perahu lah kau Ellyna.
Eimran tersenyum sebelum membalas. “ Tu yang duk bergesel dengan Akim tu. Apa nama dia? Melisa. Macam nama adik lah. Marlisa. Melisa.”
“ Nama adik satu je tau. Ellyna Marlisa! Bukan Melisa ke apa ke.” Ada nada marah disitu. Tak patut lah abang ngah ni samakan nama aku dengan si perempuan yang muncul tetiba tu.
Eimran ketawa perlahan. Ada orang merajuk.
“ Abang ngah tak payah lah sibuk-sibuk kat sini. Pergi lah duduk dengan dia orang kat atas tu. Adik okey kat sini.” Memang okey pun. Nyampah aku tengok muka perempuan tu. Nasib opah tak pengsan tengok dressing dia. Ingat anak orang putih mana sesat. Anak melayu rupanya.
“ Adik..”
Ellyna masih buat tidak tahu. Dalam hatinya masih berperang sakan.
“Adik..” rengek si abang ngah di ibaratkan angin lalu sahaja.
Sabar Eimran. Sabar. Dia perasan riak wajah mendung adiknya sejak pagi tadi. Siapa sangka Akim akan membawa pulang teman dari US. Perempuan pulak tu. Cantiknya macam anak mat salih. Salahnya dia adalah Melayu. MELAYU. Di ulang ya. Sebab? Anak melayu ke kalau bertandang ke rumah orang dengan mini skirt dan baby tee. Mak ayah tak ajar apa. Dah tu semua orang dia bahasa kan diri I, you. Betul lah angin US. Si Akim pun satu. Yang dia bawak balik perempuan kenapa? nasiblah opah tak pengsan. Wajah Ellyna di pandang lagi. Wahai adikku, sudah-sudahlah tu merajuk. Fikirannya kembali kepada panggilan telefon malam tadi. Panggilan yang membuat dia bergegas tiba di rumah semata hanya untuk ikut mama dan papa pulang ke kampung.

“abang ngah kena balik kampung jugak!”
“Eh uda, banyak handsome muka kau. Apa kau ingat selamba badak je aku nak balik rumah pastu balik kampung. Ingat dekat macam JB-Pontian ke?”
“Nana tengan ayan tu. Akim balik esok.”
“So?”
“abang ngah, Nana tu tengah merajuk tahu tak sebab kita semua tak balik jumpa dia. Lepas tu pulak uda dengar si Akim tu nak bawak siapa ntah balik jumpa Mak Su Melah dengan Pak Su Am. Aku risau Nana tu.”
“ Mana uda tahu ni?”
“ Uda baru lepas cakap dengan mama. Tapi mama cakap Nana tak tahu lagi.”
“Uda dah call adik belum?”
“Dah, dia tengah merajuk lagi tu. Aku cuak lah nanti dia buat yang bukan-bukan.”

Dan tibanya dia pagi tu sebelum mama dan papa sempat bergerak. Mahunya tak haru berkejaran balik rumah kemudian balik kampung. Hasilnya? Adik perempuannya sedang merajuk. Muka macam tin sardin je gaya.
“Angah, Lyna. Mama nak balik rumah opah ni.” Suara Puan Aziemah memecah kesunyian.
“Lyna ikut.” Balas gadis itu. Dia bergerak menuju ke ruang tamu.
“Angah?”
“Coming mama.” Dia turut sama berlalu meninggalkan dapur rumah Mak Su Melah.

******

 Ellyna termenung di dapur rumah opahnya. Cawan kaca yang bersusun dihadapannya di biarkan sepi. Mama dan opah sibuk dengan hidangan sarapan pagi. Masing-masing berbicara sesama mereka. Tidak mengendah kan si gadis yang termenung sejak lepas subuh tadi. Eimran yang baru turun ke dapur itu memandang pelik kepada adiknya yang termenung itu. Tak sudah ke kisahnya lagi. Mana nak sudah kalau..
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”Serentak mereka yang di dapur menjawab salam. Wajah tampan Akim muncul di dapur opah.
“ Dari rumah ya Akim?” soal opah pada cucu lelakinya itu.
“ A’ah, ni mak suruh hantarkan kuih ni.” Pinggan di letakkan di atas meja. Wajahnya memandang ke arah gadis yang sedang berteleku di hadapan susunan cawan kaca itu.
“Kamu seorang je ke? Mana kawan kamu tu?” Akim diam tak membalas pertanyaan opahnya. Takkan nak jawab si Melisa tu tak bangun lagi. Malu je anak orang tu.
“Tak payah lah kamu hiraukan si Lyna tu. Entah kenapa entah dia macam tu.” Suara Eimran menjawab persoalan yang lahir di hati Akim. Akim hanya senyum segaris pada abang sepupunya itu.
“Ellyna Marlisa!” tersentak gadis itu. Suara mamanya mengejutkan dia kembali. Eh? Bila pulak mamat ni muncul.
“Ya mama!” Eimran tersenyum sumbing mendengar balasan adiknya.
“ Panggil papa dengan tuk, kita minum sekali. Kamu Akim, minum dulu baru balik rumah tu.”
Ellyna bingkas bangun. Memang lah dia tak betah melihat Akim yang muncul di dapur tu. Macam manalah dia tak perasan ni. Buat malu saja.
“ Adik.” Ellyna berpaling.
“ Tudung pun pakai sekali.” Ellyna meraba rambutnya. MAMA!!! Berdesup dia lari. Macam manalah boleh terlupa nak pakai tudung ni. Ketawa Eimran pecah di dapur.

******

“Malu lagi?” Ellyna tersentak. Aduh boleh gugur jantung aku ni. Selalu sangat sentap macam ni.
Akim mengambil tempat berdekatan dengan Ellyna di tali air itu. Ellyna kelu di situ. Mahunya tak malu. Dah sah-sah lah si Akim nampak rambutnya itu.
“ Akim dah padam dah apa yang Akim nampak pagi tadi. Akim tak ingat satu pun.”
“Hmmm..”
“Ellyna sihat?”
Dia mengangguk.
“Study okay?”
Angguk lagi.
“ Life?”
Angguk lagi.
“ Ada pakwe?”
Dan angguk lagi. Wait a minute. Apa aku angguk ni.
“ Oh kiranya, Akim punya wife-to-be ni dah berpunyalah.” Bunyinya macam kecewa je.
Ceh, banyak lah kau punya wife-to-be. Habis tu yang mengekor kau tu siapa. Anak kucing?
“ Eh, taklah Lyna tak ada siapa-siapa lagi.” Eh, Ellyna! Kenapa lah kau pergi bocorkan rahsia sendiri ni. Buat malu je.
Akim ketawa kecil. Dan di bawah sedar di menutur.
“ I miss you.”
“Apa dia Akim?”
“ Tak ada apa-apa.” Pantas dia membalas menutup ketelanjurannya itu.
Dan masing-masing diam seribu bahasa. Membiarkan angin berbicara di tali air itu. Tempat yang menjadi saksi antara mereka.
*Imbas Kembali*
“ Nanti dah besar aku nak belajar kat luar negara macam abang long kau.”
“tak payah lah, kau teman aku kat sini. Abang-abang aku semua nak belajar tempat orang putih tu.”
“ Mana boleh, nanti aku tak setandinglah macam abang-abang kau.”
“ Kenapa pulak kau nak setanding dengan dia orang?”
“ Yalah, nanti kalau aku tak jadi macam dia orang, macam mana aku nak jaga kau. Aku kan nak kahwin dengan kau.”
“ wekk... siapa nak kahwin dengan kau.”

Dan berbekalkan kenangan itu dia berdiri di kampung ini. Namun itu semua hanyalah kenangan semata. Janji kanak-kanak yang hanya di buat main. Gurauan semata. Wake up Ellyna! Dia bukan milik kau pun. Dia bukan pelita hati kau lagi!

*******
Cuti dah tamat. Dan dia pun dah selamat pulang ke rumah. Wajah papa dan mama hilang sejak pagi tadi. Notis awal sudah diberi kepada dia sejak malam tadi. Mama dan papa keluar dating! Apa, ingat papa tu tak romatik ke?
Hujung minggu ni memang lah dia tiada kelas. Kebosanan mulai melanda. Kepala tanpa sedar merawang pulang ke memori petang Sabtu hari terakhir dia di kampung. Tika itu dia bersendirian di pangkin. Abang ngah pula leka dengan tv. Mama dan papa ke pekan sebentar sebelum pulang. Tuk di surau. Opah di dapur. Dan orang yang datang menegur dia itu membuat dia tergamam sebentar.

“Akim nak cakap sikit.”
“Apa dia?” Dia menarik nafas perlahan.
“Akim dengan Melisa tu kawan biasa je. Dia yang nak sangat tengok kampung Akim. Jadi Akim bawa lah dia balik.”
Ellyna diam tidak membalas.
“Akim harap Lyna tak salah anggap.” Aku nak salah anggap dah kenapa. dia kan sepupu aku je. Jangan lebih garisan Ellyna. Akim kembali menyambung tatkala melihat Ellyna diam tidak membalas.
“Akim sayang Ellyna. Akim nak Ellyna tahu tu.” Mak aiih..
Ellyna dah lama tahu. Balas hatinya.
“Ellyna nak naik dulu.”
“Ellyna.” Gerak kakinya terhenti. “ Akim tak lupa janji Akim dulu.”

Keluhan kecil di lepaskan. Ellyna Marlisa. Sejak bila kau pandai mengeluh ni. What so ever lah cik hati. Aku dah penat. Done here. Noktah. Malas nak fikir lagi.

******

Erman memandang Eimran. Eimran memandang Eizlan. Masing-masing berperang hati. Berbicara menggunakan hati. Ellyna buat endah tak endah sahaja kepada abang-abangnya itu. Kakak iparnya sudah selamat berada di dalam bilik menidurkan sekecil Haidar. Mama dan papa sedang sibuk berdating dengan pasu bunga di taman. Dia duduk tegak di hadapan tv. Manakala abang-abangnya di meja makan. House Meeting. Semua pakat balik rumah. Yang abang long tahu-tahu je sampai Malaysia. Abang uda pun sama dan perkhabaran mereka sangatlah serupa.
“abang long nak duduk sini balik.”
“abang uda dah habis kontrak dah.”
Dan benda yang sama di utarakan oleh abang ngah
“abang ngah dapat pindah sini.”
Oh, setelah bertahun lamanya, barulah semua nak berkumpul balik. Even abang long dah kahwin kan. Tapi tetap jugak di kira pulang ke tanahair kan.
“ Uda ada tanya?” Erman memula bicara.
“ Mana, dia tu sibuk memanjang. Hari ni baru nampak batang hidung tau.” Balas Eizlan.
“ Angah?”
“ Samalah. Punya payah nak tembus dinding hati dia tu.”
“ Kau orang rasa lah kan. Plan kita ni jadi ke tidak?”
“ Uda tak kisah sangat. Cuma yang penting Nana happy.” Eizlan membuang pandang kepada adiknya itu.
Setahun berlalu datang dan pergi. Ellyna masih lagi diam. Mama dan papa sendiri sudah tidak tahu hendak buat bagaimana lagi. Lantas Erman, Eimran dan Eizlan membuat keputusan untuk kembali menetap di rumah mama dan papa. Erman pun sementara menunggu rumah barunya siap diubahsuai terpaksa lah bermanja balik dengan mama dan papa. Siapa sangka adik bongsu mereka yang dulu seorang yang ceria boleh menjadi seorang yang amat pendiam. Senyum pun hanya sekali sekala. Bicaranya pun kian berubah. Banyak benda yang berlaku dalam tempoh setahun. Kalau nak cakap soal Akim. Terus gadis itu menukar topik. Nampak sangatkan perubahannya. Maka, sebagai abang kepada Ellyna Marlisa, Erman, Eimran serta Eizlan terpaksa bertindak dengan lebih pantas. Takkan selamanya nak biarkan adiknya tenggelam dalam dunia sendiri.
“ Nana!” Ellyna terkedu. Abang uda ni panggil tak boleh elok-elok ke?
“ Hmm..”
“ Jom teman abang uda keluar?”
“ Malas. Abang uda ajak lah abang ngah ke mama ke papa ke.”
Eizlan datang mendekati adik bongsunya itu.
“ Alah, jom lah. Bukan selalu pun kan.”
“Malas lah abang uda. Abang uda ajak lah mak we abang uda ke kawan-kawan abang uda yang lain.”
See. Mana pernah adik bongsunya menolak pelawaan dia.
“ Betul ni? Abang uda belanja lah. Takkan nak tolak kut.” Bodek jangan tak bodek Eizlan.
“Tak nak lah. Nana malas. Nana naik dulu ea. Nana penat. Mengantuk. Nak tidur.” Ellyna bangun dari sofa dan menuju ke tangga. Eizlan nyata terdiam. Masalah-masalah. Memanglah dia kena buat sesuatu.
“ Abang ngah dah cakap dah. Uda yang tak nak dengar kan.” Eimran bersuara setelah melihat Ellyna selamat menaiki tangga.
“ Abang long, abang ngah. Kita memang kena pastikan plan kita jadi. Uda dah penat tengok Nana macam tu.”
Erman dan Eimran hanya mengangkat kening. Payah betul lah kalau Ellyna Marlisa sudah jadi luar alam macam ni.

*******

Gelas berisi teh o ais limau itu di kacau perlahan. Suasana di kafe itu tidak di hirau langsung. Dia hanya tunduk membisu di hadapan tiga jejaka yang dari tadi merenung macam nak telan. Macam mana dia hendak menjawab segala pertanyaan mereka jika satu pun daripada soalan itu nyata tiada jawapan. Dia orang ni pun satu. Pergi lah tanya adik dia orang, yang duk datang kusut kan kepala aku kenapa.
“Kau betul tak buat apa-apa kat adik aku tu?”
Sekali lagi soalan yang sama keluar dari mulut Eimran. Si abang ngah.
“ abang ngah, Akim memang tak tahu menahu langsung pasal Ellyna. Nak cakap dengan dia pun payah, apa lagi kalau nak buat apa-apa kat dia. Lagipun dan setahun lebih kut kita orang tak jumpa. Masa raya tahun lepas, ada dia nak datang rumah Akim? Tak kan. Akim datang rumah opah pun dia duduk dalam bilik buat tak tahu.”
Eizlan angkat kening mendengar bicara Akim. Ada betul kata Akim tu.
“Habis tu, takkan kau tahu kenapa si Lyna tu boleh berubah jadi macam tu sekali.” Erman mengutarakan soalan.
“ Ya Allah, abang long. Akim memang tak tahu. Kalau Akim tahu, tak adanya Akim nak sembunyikan dari abang-abang semua.”
Hal Ellyna Marlisa ni memang lah mencabar minda betul.
“ Hujung bulan depan Nana habis belajar.” Akim memandang Eizlan. Menanti bicara seterusnya.
“ Kau suruh je Pak Su dengan Mak Su masuk meminang.” Dan separuh rahang Akim jatuh ke bawah. Seram sejuk di buatnya. Cakap tak berlapik lah abang uda ni.

*******

Ellyna menghempas pintu biliknya sekuat hati. Bergema kawasan rumah Puan Aziemah dan Encik Rahimi. Mana pernah anak dara mereka mengamuk sedemikian rupa. Air mata membasahi bantal milik si gadis manis itu. Kenapa mama dengan papa tak faham! Kenapa abang-abang sanggup belakang kan perasaan dia. Dan kenapa orang yang kat sana itu pun sama! Ellyna benci semua!
Ketukan pintu tidak dihiraukan Ellyna.
“Lyna sayang, buka pintu ni.”
“Adik, bukalah.. abang ngah minta maaf okey..”
“Nana, janganlah macam ni, buka lah pintu ni bagi kami masuk.”
Tangan kau patah ketuk pintu pun aku tak bagi masuk! Mak aaiihh. Marah sungguh ni.
Eizlan mengeluh kecil di luar bilik  Ellyna. Kenapalah Nana tak pernah nak faham apa yang abang-abang Nana buat ni. Kami buat untuk Nana jugak. Bukan untuk kepentingan kami pun.
Eizlan kembali ke ruang tamu. Mama dan papanya memandang ke arahnya dengan wajah yang cukup tenang.
“ Mama, papa.. uda minta maaf.” Dia melanuhkan punggung berdekatan ibu bapanya.
“Angah pun.” Eimran duduk di sebelah adiknya.
Masing-masing nyata terkejut dengan tindakan Ellyna.
“Kami tak salah kan kamu pun. Kami tahu kamu sentiasa nak terbaik untuk adik kamu tu. Mama yang salah sebab terima pinangan tu.”
“ Mama pun nak yang terbaik untuk adik. Kami tahu.”
Masing-masing kembali membisu. Mahu salah kan siapa bila mama memberitahu Ellyna tentang kedatangan keluarga Akim dan mama terus bersetuju tanpa mendengar jawapan dari mulut Ellyna sendiri. Kalau dia sendiri pun akan lakukan perkara yang sama dengan mama. Dah mak cik sorang tu memang tangkap cintan dengan pakcik tu, kenapa pulak dia nak menghalang. Masalahnya sekarang kenapa si Ellyna tu merajuk tak tentu pasal. Kita suruh dia kahwin dengan orang yang dia suka kut.
Ellyna yang terbaring di dalam bilik itu hanya menahan sedu. Kenapa? Kenapa Akim buat Lyna macam ni. Jangan bagi Lyna harapan kalau Akim hanya nak mainkan hati Lyna. Lyna tak setanding dengan mana-mana perempuan kat luar tu. Nak banding dengan Melisa lagi lah jauh. Dia gadis biasa. Tak miliki apa-apa.

*Imbas Kembali*

“ You cousin Akim right?” teguran seorang gadis di kedai kasut Shoes2u itu membuat Ellyna tergamam sebentar.
“ Betul lah, I tak lupa wajah perempuan kampung macam you.” Ellyna mengetap bibir. Sabar Ellyna.
“ Anyway, I pun tak suka nak cakap dengan you ni. Tapi yalah kan, nanti kalau I dah kahwin dengan Akim, I kena lah berbaik dengan family dia.”
Saya bukan family dia pun. Balas Ellyna dalam hati sajalah. Kenapa lah lidah dia kelu berhadapan gadis moden seperti Melisa ini.
“Okaylah, I tak nak lah my friend tengok I bercakap dengan you, nanti apa pulak dia orang fikir. Bye.” Gadis itu lantas meninggalkan Ellyna. Dan air mata tanpa di pinta mengalir. Jangan menangis lah sebab perempuan tu!

Ketika itu baru beberapa bulan selepas kepulangan Akim ke tanahair. Sejak hari itu dia tak pernah pun menunjuk mukanya di hadapan Akim. Penyataan dari gadis yang tinggi lampai itu cukup membuat dia membuang segala harapan yang pernah tersimpan dalam hatinya. Setahun lebih dia memendam rasa. Langsung tidak bertegur sapa. Tapi kenapa perkhabaran dari mama membuat dia rasa seolah-olah dunia ini kejam padanya. Kerana Akim memilih dia bukan Melisa atau kerana dia merasakan Akim seolah-olah hanya mahu bermain dengan perasaannya sahaja. Dan mama boleh menerima saja tanpa bertanya dia. Perang hati lah nampaknya!

*******

“ Boleh mama masuk?” Puan Aziemah mengukir senyum. Ellyna duduk tegak di tepi katil. Angin malam singgah melalui balkoni biliknya.
“ Masih marah pada mama lagi?” perlahan Ellyna mengeleng. Mana boleh marah kat mama. Kat abang long, abang ngah dengan abang uda tu patutlah. Siapa suruh dia bagi idea gila tu kat Akim. Mana Ellyna tahu? Tak susah pun. Bukan dia tak tahu sikap abang-abangnya itu.
“Lyna tak marah dan tak kan marah pada mama. Lyna yang patut minta maaf pada mama sebab buat mama macam ni. Lyna memang bukan anak yang baik.” Ellyna meletakkan kepalanya di bahu mamanya. Rindu nak bermanja dengan mama!
“Anak mama tak pernah pun buat yang tak baik. Mama sayang sangat pada Ellyna mama ni.” Perlahan rambut Ellyna di usap Puan Aziemah.
“Mama..”
“Ya sayang.”
“Ellyna..Ellyna..” Kenapa susah sangat nak cakap ni Ellyna.
“ Mama sentiasa harap satu hari nanti akan ada orang yang pandai jaga hati anak mama ni. Mama sentiasa doa yang anak mama ni dapat jodoh yang baik.” Ellyna kaku di sebelah Puan Aziemah. Lidah kelu.
“ Mama minta maaf kalau mama nampak semua tu ada pada Akim. Mama tahu sukar untuk Lyna terima tapi mama yakin sangat masih ada secebis rasa yang terpendam dalam lubuk hati Lyna untuk Akim. Mama nampak kamu membesar bersama. Mama faham rasa yang pernah hadir dalam hati Lyna dan Akim. Mama tak nafikan yang salah abang-abang Lyna sebab suruh Akim cepat-cepat masuk minang Lyna sedangkan anak mama ni tengah kecewa dengan orang tu sebab bawak balik ‘kawan’ jumpa mak ayah dia.”
“Mama..” rengek Ellyna. Puan Aziemah ketawa kecil sebelum menyambung.
“ Mama pun pernah muda macam kamu. Mama pun pernah patah hati. Tapi bila orang tu dah tekad datang bawak cincin maksudnya dia serius dengan kita.”
“Tapi Lyna takut.”
“Tak perlu takut. Allah sentiasa bersama hamba-Nya.”
“ Mama.”
“Ya sayang.”
“Bagi Ellyna fikir lagi?”
“Boleh, mama terima semua keputusan Ellyna dengan hati terbuka.”
“Ellyna sayang mama.”
“Mama lagi sayang anak mama ni.” Pelukan dieratkan. Ya Allah kurniakanlah kekuatan pada anakku.

*******
Suasana petang di kampung opah memang lah tak kan sama petang di rumah. Memanglah, bandar manakan sama dengan kampung! Buat lawak lah kau Ellyna. Damainya petang-petang begini. Angin sepoi-sepoi bahasa. Burung berterbangan pulang ke sarang. Matahari terbenam. Sawah terbentang meluas. Amboi bunyi macam bahagia je kak.
Sekejap sahaja masa berlalu. Rasa macam baru semalam menjadi kanak-kanak bermain di tali air. Berkejaran dengan abang-abang yang tak mahu adik perempuan dia bergaul tak tentu arah dnegan budak-budak lelaki di kampung. Main sembunyi-sembunyi bawah rumah dengan sepupu yang rumah dia sekangkang kera je dari rumah tuk dan opah. Masa yang indah. Tak perlu penat-penat nak fikir masalah dunia. Macam sekarang ni. Semua benda kena ambil kira sebelum buat. Betul lah perempuan ni suka fikir pendek.
“Oit cik kak, kenapa tak cakap nak datang sini? Orang punya berpusing mencari dia kat rumah, boleh pulak dia bersenang-lenang kat tali air ni.”
Ellyna mengukir sengih. Ayoyo, pakcik sudah bising ma..
“ Kenapa duduk sini ni, kan dah nak maghrib ni. Esok-esok kan boleh datang lagi.”
“Alah, kejap je. Kejap lagi balik lah.”
“Dah-dah, jangan nak mengada. Karang mama dengan papa bising tau tengok kita bertengek dekat sini.”
“Alah, please..lima minit lagi.. lepas tu kita balik okey?” Ellyna buat muka kesian. Ceh, tahu je Akim akan cair dengan dia.
“ Janji?”
“Janji. Okay sekarang abang duduk sebelah Ellyna dan teman Ellyna lagi lima minit ea.”
Akim tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Ellyna. Nasiblah aku ni cepat cair dengan senyuman dia tu. Siapa sangka akhirnya gadis di sebelahnya ini selamat menjadi milik dia petang kelmarin. Punyalah susah nak pujuk balik hati yang kecewa sebab kita bawak balik kawan jumpa mak dengan ayah. Tapi dengan bantuan skuad tambahan dapat jugak dia pujuk hati orang sebelahnya ini. Itulah siapa suruh buat main-main dengan hati anak orang. Kan makan diri. Nasib orang tu terima tau pinangan awak.
Mesti nak tahu apa jadi dengan Melisa kan? Alah perempuan yang perasan gedik dan nak kahwin dengan Akim tu. Dia tu dah kena hantar balik US dengan family dia. Siapa nak buat isteri kalau perangai macam tu. Dia kan cantik, beribu lagi orang nak dia. Setakat si Akim seorang yang menolak, banyak lagi yang datang beratur.
“Sayang..”
“ Hmm..”
“ Nak tanya sikit boleh?”
“Apa dia?”
“ Abang ni dah jadi pelita hati Ellyna balik kan.” Ellyna senyum nipis sebelum membalas pertanyaan Akim.
“ Sejak bila pulak pelita hati Ellyna ni dah terpadam.” Amboi, pandai gurau nampak.
“ Abang minta maaf kalau sakitkan hati Ellyna, tapi abang nak Ellyna tahu yang Ellyna seorang je yang pernah menerangi hati abang. Dari dulu sampai sekarang. Pelita hati abang ni tak pernah terpadam untuk Ellyna Marlisa.”
“Dah lah tu, Ellyna tak fikir yang lepas-lepas. Sekarang ni kita fikir ke depan je. Fikir pasal hidup kita masa akan datang.”
Mentari kian melabuh tirai.
“ Sayang..”
“ Hmm..”
“Thank for being my ‘Pelita Hati’.”
“Thanks to you sebab dah berjaya hidupkan pelita itu sendiri.”
Dan pandangan mereka bertaut. Langit kian malap. Tanda mentari meminta izin memberi laluan pada sang bulan.
“ Sudah-sudahlah tu dating. Opah dah bising sebab pengantin tak tahu jalan balik.” Suara Eizlan muncul di belakang.
“Abang uda jealous!”
“ Eleh, dulu orang suruh kahwin marah, sekarang kemain tak boleh berpisah.”
“Abang uda!”
Eizlan membuka langkah seribu. Ellyna mengamuk! Akim tertawa melihat tingkah isterinya.
“Dah lah tu, kita balik ea.”
“Yalah, yalah”
Mereka melangkah pulang. Damai meninggalkan tempat jatuh lagi dikenang.

-TAMAT-

p/s: Memori di kampung. Haha. Kali ini mungkin deep sahaja. Malas memikir agaknya. This one boleh dikatakan hadiah untuk dia. Tak semua orang faham bila hati kita memilih untuk setia. Ada kala penantian itu memang satu penyiksaan. Tapi kalau hasilnya melimpah ruah, tak salah kan. Does it matter pada hasilnya? Sedangkan Allah melihat pada usaha buat pada hasilnya kan.. Sebarang kritikan di terima dengan hati yang sangat terbuka.Semoga Allah merahmati kalian. Oh ya, saya tak pandai menulis. Saya cuma tahu keluarkan apa yang ada dalam minda!